Monday, August 22, 2011

Persiapan Hari Raya

Sehingga ke saat ini tiada persiapan hari raya yang beria. Baju kurung dah ambik pun semalam cuma tudung je tak beli lagi. Alhamdulillah, badan tak besar sangat since pregnant ni, so leh sarung baju kurung lagi. Tapi nampak gemuk lak bukan perut yang besar.

Duit bonus tahun ni sungguh mengecewakan, hanya sebulan gaji sahaja. Sungguh kecewa so tak boleh berbelanja lebih. Lagi pun duit ni nak prepare untuk bersalin nanti. Kenaikan gaji jugak masih belum nampak. Huhuhu...aku rasa better cepat lah masa supaya aku leh habiskan maternity leave dan menyerahkan resign letter lepas tu. Sudah tidak tertahan lagi....

Kuih raya langsung tak tempah tahun ni sebab tak terfikir nak buat open house pun cam tahun lepas. Tapi bila teringat kot-kot la ada kawan-kawan aku nak datang ke, kawan2 husband nak datang ke, takkan nak angkat air dengan roti atau biskut jacobs je...baru semalam order, tapi tak banyak pun. Setakat dua jenis je, itu pun kuantiti hanya 50 biji. Selebihnya nanti tengoklah macamana. Buat makanan berat je kalau ada orang datang.

Baju by by dan Aisy masih belum di cari. Plan hari rabu ni coz aku akan bercuti untuk weekly check up...OOO..sekarang sudah dua minggu sekali kena berulang alik ke klinik untuk check up. Lepas raya nanti bila 36 weeks seminggu sekali lak...cam cepat je masa berlalu, dan aku rasa baby kali ni jugak akan terkeluar lebih awal dari jangkamasa..sungguh tak sabar untuk melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini..

Ada sape-sape yang tahu kat mana lagi ada buat whole sale? Malas rasanya nak ke Sogo kerana semua pun tahu kat sana macamana suasananya...menyesal lak tak ke PICC coz minggu lepas Metrojaya buat whole sale kat sana. At least aku mesti dapat cari baju Aisy dan husband aku. Kawan aku yang pergi sana dua kali pun dah settle baju untuk anak-anak dia. Cuma untuk anak perempuan dia je tak settle coz baju untuk girl baya Aisy je banyak choice & cantik.

Kalau rasa tak nak bersemak dengan orang ramai tempat yang perlu aku pergi adalah Parkson kat Selayang Mall. Tapi situ problem parking la, bukan main susah lagi nak cari parking.,. tapi orang dalam mall tu tak la ramai mana pun. Pening kepala nak fikir tapi sudahnya aku akan ke jalan TAR & Sogo jugak ni...kat sana semua ada kan!!!!

Duit raya dah tukar tapi ingat nak cut sikit dari tahun lepas coz bonus kan sikit je..Tapi tengok la, tak sampai hati nak bagi duit raya rm1 je kat anak-anak buah...kurang-kurang rm5 macam tahun lepas kan!!!tapi duit rm5 tak de waktu aku tukar duit tu, sekarang ni just ada duit rm1 je kat aku. Banyak masa lagi nak isi duit dalam angpau ni..boleh buat kira-kira untuk tambah atau tolak.

Cuti raya lak dah lulus coz office tak de orang nak kerja langsung. Boss decide tutup je seminggu. Yahooooooooooo...boleh balik raya dengan aman. Hope raya tahun ni boleh jumpa sedara mara & kawan2 cam tahun lepas gak. Kawan-kawan, aku raya rumah PIL aku dulu pastu korang leh jumpa aku dah start petang raya tu. Jemputlah datang rumah aku atau nak aku gi rumah korang dulu?????Nanti decide ok??????

No comments:

Post a Comment