Thursday, June 11, 2015

Anniversary, Birthday & Kematian

Alhamdulillah, aku masih diberi nafas untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupan ni. Mencari seribu rezeki Allah untuk teruskan kehidupan terutama untuk besarkan anak-anak.

31 Mei lepas, genap anniversary kami yang ke 7. Dah 7 tahun by kita kahwin rupanya. Happy anniversary (kami sama-sama tak wish tahun ni. Boleh?)

Alhamdulillah masih lagi bersama walaupun selalu bercakaran dalam senyap. Hehehe..kami memang suka bergaduh senyap-senyap je. Tak bising pun, sebab tu orang takkan tahu kami bergaduh dan kami pun tak tahu kenapa nak bergaduh. Tiba-tiba salah seorang mesti nak masam muka. Hehehe..saje suka-suka. Macam zaman kanak-kanak dulu pun macam ni jugak. Tiba-tiba je nak masam muka dengan kawan baik, pastu cari kawan baik baru.(Aku la tu)

9 Jun, alhamdulillah, panjang umur aku lagi setahun cukupkan 33. Wow..cantiknya umur aku...33 anak dah 3. Mujur tak bermadu 3. Hahahaha..

10 Jun, genap juga 7 tahun arwah abah pergi. Al-fatihah untuk abah. I miss u so much abah. Betul, sangat2 rindu kat abah. Masih tak boleh menahan takung airmata bila bercakap tentang abah. Huhuhu...

Sebab semuanya jatuh pada cuti sekolah, tiada tempat untuk dituju. Cuti banyak tapi malas nak pergi mana-mana sebab orang semua pergi bercuti. Semua tempat penuh. 

Sudahnya dua minggu cuti sekolah, anak-anak hanya di taska dan berhujung minggu di kampung saje. Tunggu la korang besar sikit baru leh bawa jalan. 

Waktu tu korang dah faham apa itu bercuti, bukan setakat nak tidur di hotel je. Setakat nak tidur, baik tidur di rumah sahaja kan! Lagi satu bila mak kamu ni dah tak payah nak bimbit diaper bag yang ada semua bekal untuk korang. 

Terasa nak feeling bercuti macam zaman belajar dulu je. Sempoi..duit pun letak dalam poket jeans je.

3 comments:

  1. Happy anniversary Fiza! Tak sangka dah 7 tahun ayah hang meninggal kan... Semoga roh arwah dicucuri rahmat selalu.

    Psst.. ayat ko pasal tido kat hotel tu, sikit lagi nyaris nak sentap aku. Hahahaha! Hamboi, mentang2 aku selalu stay-cation je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih..7 thn tapi rasanya macam baru semalam je aku tak tidur sambil menunggu dia yang nazak.

      Alamak..kau sentap ke?Sorry, tak bermaksud nak sakitkan hati sesiapa pun. Ni kes anak-anak aku ni, diorang bukan suka pergi jalan-jalan kalau pergi bercuti ke mana-mana. Bila check in, diorang cuma tahu nak tidur dan berehat sambil main air je. Kalau keluar je, mesti mengadu penat la, sakit kaki la nak balik hotel.

      Kau punya situation dan sebab kau stay hotel lain. Aku faham, sorry ayat aku yang tak de insurance ni

      Delete
    2. Takde lah, aku saja usik ko je la. Hahaha! tak ambik hati pun ;) hmm.. bila la aku nak blogging pasal jenjalan kat KK ni. Hadoi la...

      Delete