Tuesday, September 4, 2012

Sebelas Bulan Sudah

Sejak Amni lahir sampai hari ni jarang benar rasanya nak update blog.

Kalau update pun tak de rajin nak cerita perkembangan anak kecik yang seorang ni. Random tulis pasal dua orang sekali.

Tapi sebab celik je mata rupanya hari ni sudah 04hb lah..lagi sebulan je lagi Amni nak setahun.



Curi masa update tentang budak kecik tu

Paling ketara perkembangan dia adalah dia sudah boleh berjalan mengatur langkah gitu.

Cepatkan? Amni start berjalan sehari sebelum raya. Dia macam target nak berjalan hari raya sebab mama dia tak belikan pun kasut untuk dia.

Dia rajin nak mengatur langkah setiap hari. Selalunya berjalan selangkah berhenti, jalan lagi selangkah sampai ke destinasi yang dia nak pergi.


Selain boleh berjalan, dia dah pandai sebut "cat" bila nampak kucing.

Tapi aku sungguh pelik ngan Amni ni, 1st perkataan keluar "mama" tapi hari ni dah tak sebut pun.

"Abah" pun dah tak kedengaran dia sebut. "Baby" ada jugak dia sebut bila dengar anak abang aku.

Minggu lepas abang bawa balik anak dia yang baru je berusia dua minggu tu. Bukan main suka lagi Amni.

Suka sampai tahap nak cungkil mata, nak cabut stokin. Sebab dia bukan pandai lagi nak sayang-sayang.

Dari segi fizikal, badan dah makin berisi dan berpotensi juga macam kakak dia nampaknya. Lepas raya ni tiba-tiba badan dia berat sikit.



Mungkin sebab try bagi dia makan nasi dan bukannya bubur nasi lagi. Apa sahaja makan, pantang orang makan apa. Mesti dia nak.

Hohoho...budak Amni dah pandai marah tau. Kalau kita larang dia panjat-panjat, apa sahaja barang yang ada kat dia, dia akan baling je.

Berebut tab dengan kakak, dia lemparkan aje tab tu. Kalau kakak bising-bising kat dia, dia pukul kakak dia dengan tangan. Nakal tau budak kecik ni.

Sekarang kedengaran lah suara Aisy menangis lak. Kadang terkena sikit je, tapi dia menangis macam luka berdarah gitu. Confirm tak lama lagi Aisy kena buli ngan Amni.

Lastly about her, bila tengah breastfeed, tak pernah nak duduk diam, Kejap feed sambil duduk dan tonggeng-tonggeng, kejap berdiri lah. Memang macam ni ke budak lain? Paling best hisap kejap, main kejap, pastu nak hisap balik tapi banyak main dari serius budak kecik ni.

No comments:

Post a Comment