Tuesday, December 20, 2011

Rahadatul Aisy

Lama tak buat entry tentang Aisy. Budak kecik tu dah besar sangat-sangat dah. Mula cerita tentang fizikal dia lah.

Aisy makin montel...sudah 13kg, dah tak larat nak dukung dia sebenarnya. Tapi sebab kurang sihat untuk seminggu yang lepas, kelihatan sedikit susu berat badan dia. Paling ketara adalah perutnya tak muncit macam biasa. Hehehe..

Budak kecik tu dah makain bijak. Nama kitaorang semua dia dah hafal. Kalau bercakap tu semua perkataan pun dah boleh bercakap. Yang penting bercakap pun dah macam orang besar.

Dua bulan dok ngan aku, seminggu nak hantar ke nursery, masalah la timbul. Dia nyer melalak je kat sana pagi-pagi. Start semalam je baru ok. Kalau tak, dia asyik menangis je tak nak pergi school bila pagi nak hantar dia.

Bukan setakat melalak nak pergi nursery, Aisy kuat mengigau gak sekarang ni. Hobi dia lak melalak dalam mengigau tu. Kalau Amni tidur nyenyak, Aisy lak tidur tak lena. Dia lena lah kot sebab dia tak sedar pun. Yang sedarnya aku lah, kalau tak melalak 3 x dalam satu malam tu, tak sah lah tidur dia. Aku rasa aku kena perubat jugak budak kecik ni. Takkan nak biar lama-lama.

Ada masanya Aisy adalah kakak yang sangat penyayang. Semua yang ada dia nak share ngan Amni. Kadang nak tidur pun nak Amni tidur ngan dia. Tapi bila datang dengki dia, habis kepala Amni jadi bahan cakaran dia. Itu tanda protes, sila tanya dia apa dia nak sebenarnya sebelum lagi banyak "hadiah" Amni dapat.

Dalam nakal Aisy, dalam baik Amni, aku enjoy sangat hidup ni. Ada masa rasa nak marah sampai tahap jadi singa, tapi bila Aisy ketawa dan kadang-kadang dia buat bodo je, aku yang kalah. Terus peluk cium dia. Aisy banyak mengajar aku tahap mengawal perasaan marah. Kadang mulut aku je bising panggil2 Aisy, tapi sentuh dia dengan kekasaran tak pernah sekali. Marah marah sayang. Tapi yang nyata, Aisy adalah kakak yang sangat boleh diharapkan untuk meringankan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment