Tuesday, December 20, 2011

Amni

Dah nak masuk 2 bulan lebih dah budak kecik tu tapi tak buat pun entry tentang bdak yang super baik tu lagi. Betul2 tak de masa. Hari ni genap umur Amni 79 hari. Baru ada masa sikit nak buat entry untuk anak mama yang seorang ni.

Perasaan menjaga Amni adalah super best Amni tak banyak karenah. Dari dia mula lahir sampai la ni. Baik je dia. Dia akan menangis bila lapar. Bila dah kenyang dia tidur je. Tak campur hal orang langsung.

Tapi bila dia dah nak masuk dua bulan hari tu, dia dah pandai demand. Nak duduk luar. Dah tak mau dok sorang2 dalam baby court dah. Disebabkan adanya budak nakal yang sentiasa dengan hasad dengki, Amni asyik kena cubit je bila dia dok lepak kat luar. Eh..eh..eh..anak aku dah pandai melepak la..

Bila dah masuk dua bulan, Amni dah pandai nak ketawa2 bila kita agah dia. Dah pandai nak main2. Dan yang penting, dia macam dah kenal siapa mama dia. Kalau sebelum ni, kalau lapar je, siapa dukung dia, dia terus je nak sua-sua mulut dia nak mintak susu. Sekarang dah pandai. Dengan mama dia je dia sua-sua mulut nak menghisap.

Dari mula lahir sampai hari ni, dia kuat menangis. Kalau bangun tidur je, terus menangis. Kalau tengah menghisap pun nak nangis. Pendek kata, eh bukan abang pendek kata,,,,dipendekkan cerita la maksudnya, Amni ni kuat menangis tapi itu gimik dia je. tak pun taktik dia je.

Dengan Amni gak aku tak payah nak terbongkok-bongkok tengah malam sambil tersenguk-sengguk menghadap dia nak breastfeed. Tapi kalau siang nak sampai kul 10.00 malam tu dia "bergantung" je la kerjanya. Malam lapar sangat je bangun. Dipendekkan cerita, aku boleh tidur...yahoooooo....tapi tak yahooooo gak..aku tak boleh tidur sebab ada gangguan di tengah malam..nanti aku cerita dalam cerita Aisy lak.

Tapi sayangnya, sampai ke hari ni ruam susu Aisy tak hilang2. Sian dia. Baik je, naik semula. Tambah lak kalau kena panas, lagilah naik merah2 muka dia. Tak tahu dah nak buat macamana. Aisy dulu kejap je. Lepas aku habis pantang 44 hari, dah hilang ruam susu dia.

Dengan Amni, walaupun tak la berjaya mem"breastfeed"kan dia 100%, tapi Amni lebih banyak dapat khasiat susu badan berbanding Aisy dulu. Sebab sedar kebaikan breastfeed, aku pump jugak la dengan pump manual waktu kerja. Tapi hasilnya hanya sedikit. Cukup lah menampung 3 botol untuk Amni menghisap untuk keesokan harinya. Yang lain top up ngan susu lembu je lah. Nak beli pump electric tak jadi-jadi lagi ni. Mana lebih baik? Beli online ke direct kat kedai? Kalau kedai, nak cari kat mana? Kedai basikal ada tak? Hahaha...

Cukup lah sampai sini dulu tentang Amni. Bahagia betul kalau Aisy macam Amni. Mudah betul la perjalanan aku nak besarkan anak-anak. Tapi Allah tu dah ciptakan setiap manusia tu tak sama sifatnya. Kena banyak kesabaran untuk besarkan anak yang sedikit nakal dan terlalu bijak itu.

No comments:

Post a Comment