Friday, December 16, 2011

Aku Dihambat Masa Lagi..

Terlalu lama blog ni tak di update dengan cerita2 yang syok sendiri. Kalau ada readers yang ternanti-nanti, aku mintak maaf la ye..eceh-eceh...macam la ada pembaca setia. Boleh blah la kau ni..selalu syok sendiri je.

Kalau minggu lepas kata nak update, tapi sampai dua minggu kerja pun tak ada entry baru yang update. Apa cerita ni? Adakah aku sudah bosan dengan ini blog. Oh tidak. Masih belum bosan. Masih baru berblogging ni. Masih sayang untuk tinggalkan dan rasanya tak kan tinggalkan. Maklum la, kan ada pembaca setia. Eceh-eceh, sekali lagi aku terperasan. Pang..Tolong tampar aku pagi-pagi ni. Kuat benar perasan. Hai Nani, thanx jadi readers yang setia.

Kenapa tak update blog??? Aku busy betul banyak sangat kerja. Alasan betul la kau ni..Malas cakap la malas..eh eh eh..bukan malas tau, tapi betul2 banyak kerja. Sekarang kat office just ada 2 orang je staf. Kerja lak macam langit. Tercapai dek awan..macam lagu sape yek? Lagu hafiz tu Awan Nano..lebih kurang lah..

Balik rumah pulak nak minum air pun tak sempat inikan pulak berblogging..sungguh mencabar kesabaran bila beranak dua ni. Tambah lak yang 1st masih lagi dikira tahap baby sebenarnya. Padanlah muka kau. Yang kau beranak tiap-tiap tahun kenapa? Ada orang paksa kau beranak tiap-tiap tahun? Tapi anak ramai kan best.Sekarang pun dah meriah, boleh plan nak tambah seorang lagi tahun depan ke tahun lagi satu yek?

Balik je dari Kelantan hari Sabtu yang lepas, aku satu family tak sihat. Mulanya aku je batuk-batuk, pastu Aisy lak berjangkit. Pastu makin melarat-larat lak. Dari batuk ke sakit kepala, pastu selesema..pastu demam lak.

Dari aku berjangkit ke Aisy, pastu my by by lak..pastu Amni lak. Kesian budak kecik Amni tu, dia kena selesema gak. Kesihatan aku lak tak surut2 coz aku tak makan ubat sebab bf Amni. Tambah buruk bila Amni tak boleh tidur malam, dan aku jugak turut tak tidur sedangkan mata aku dah cukup rabak menahan panas dalam. Semoga kami sekeluarga di berikan kesihatan yang baik selepas ni. Eleh kau ni, tahun ni baru ni lah kau demam pun. Tapi boss kau tak bagi kau MC...apa cer???????? ---Resign----

Banyak nak update cerita terutama tentang Amni yang baik,muah muah muah. Aisy yang nakal, waa waa waa. Rumah yg "sweet home", huhuhuhu. Musim buah, Kelik Kelate, nak pergi JB, saiz badan yang berkembang sama besar dengan perkembangan harga nilai emas...hahaha..lebih baik aku chow dulu sebelum aku mengarut lagi. Otak yang tak sihat kalau lama-lama depan komputer akan lebih ting tong.

No comments:

Post a Comment