Wednesday, September 7, 2011

Peristiwa Di Malam Raya

Cuti Raya kali ni memang best betul la. Just ambik dua hari annual leave je dah boleh bercuti untuk 9 hari. Aku rasa ramai yang sama cam aku gak dan mungkin jugak yang hari ni pun masih lagi bercuti.

Seperti yang aku maklumkan untuk raya pertama kali ni akan beraya di rumah PIL tapi sebenarnya bukanlah rumah PIL tapi rumah emak MIL merangkap nenek kepada my by by. Sebab terlalu ramai adik beradik MIL, husband aku decide tak payah tidur sana la.

Rumah kampung biasa lah, mana la muat nak sumbat ramai-ramai. Just gi melawat di pagi raya sahaja ke sana. Sebenarnya my by by dia tak nak mengasuh Aisy coz aku dah cakap ngan dia kalau dok sana nanti, dia kena ngasuh Aisy coz aku tak larat dah nak turun naik tangga gi bilik air, nak dukung Aisy lagi. Silap haribulan kami berdua terlentang dalam bilik air ada la.

Tapi petang last buka puasa tu aku gi berbuka je kat sana coz takut pagi esok tak sampai ke sana lepas solat sunat hari raya. Bukan apa, rumah aku ada buat kenduri tahlil lepas solat, tu yang takut tak sampai ke sana. Lebih baik berjumpa di malam raya.

Seperti biasa, Aisy bukan nak dengan orang lain. Nak masuk rumah pun tak nak budak kecik tu. Dia kan biasa seorang je, mana suka ramai-ramai ni. Sudahnya aku yang penat meriba dan mendukung Aisy. Husband aku ntah hilang ke mana, waktu berbuka orang dah azan baru masuk rumah. Nak kata dia menjaga api membakar lemang, tak de pun dia. Merayap je la kerja dia.......

Siap berbuka husband hilang lagi ntah ke mana. Cuma muncul dalam kul 9.00 pm tu ajak balik rumah my mom. Perjalanan kurang selesa kerana jalan tar yang tak berapa nak elok. Lubang sana, lubang sini, jalan juga tak lurus mana. Dah la tak lurus, jalan juga beralun. Melompat-lompat dalam kereta menyebabkan aku rasa senak perut. Tambah lak meriba budak kecik yang bernama Aisy tu.


Budak nakal

Bila dah sampai rumah mak, badan pun letih, mata pun dah ngantuk. Tolong kupas ubi kentang je, pastu Aisy macam nak tidur tapi tak tidur-tidur. Habis semua mainan dipunggahnya. Sudahnya aku yang tertidur waktu Aisy tengah layan main stacking blocks tu.

Baru je terlelap jap, tiba-tiba aku terdengar kaca berderai. Aku risau kan Aisy je. Buka mata tengok dia ada kat aku sambil berdiri dan memegang balang kaca yang tinggal penutupnya je. Sebelah aku lak tersusun balang-balang kuih yang lain. Semua orang pun dah meluru ke ruang tamu.

Aisy buat muka tak bersalah dia. Siap cerita dalam bahasa dia lagi. Tapi menunjukkan dia cuba menerangkan apa yang terjadi dan menyatakan yang dia tak bersalah. Siap sebut perkataan "hantu" lagi. Ntah mana dia dapat perkataan "hantu" sejak lepas Maghrib tu.

Dalam sibuk semua orang cuba membersihkan kaca-kaca di atas permaidani baru mak tu, dia pun sibuk nak tolong. Mulut jugak tak berhenti-henti explain yang dia tak bersalah. Nasib baik dia cucu dan anak buah kesayangan, so tak la kena sembur. Siap ketawa tengok keletah dia lagi ada lah.

Nasib baik jugak C.De dia tak jadi isi kuih raya guna balang kaca ala kristal yang baru beli kat Langkawi tu. Kalau tak, habislah mama adik ni kena ganti lak. Balang kaca yang ni milik mak aku, yang biasa-biasa je. Lagi pun balang kuih aku pun ada dua set kat rumah mak. Tu yang semua orang tak kisah walaupun pecah.

Lepas je pecah, semua balang kuih angkut letak atas meja makan coz Aisy tak nak ada barang apa-apa pun even alas meja atas coffee table tu. So, clear kan je la. Dia nak main duit syiling dia atas meja tu. Anak mama ni makin nakal, makin pandai bercakap dan makin tembam. Geram betul tengok dia sekarang ni, nak gomol je dia bila dia buat nakal tu.

Malam hari kedua last puasa aku tengok Aisy seolah-olah bercakap dengan seseorang di tepi almari. Aku tanya dia tak jawab tapi aku rasa dia cakap ngan arwah abah aku kot. Kan roh semua dah nak balik coz Ramadhan pun dah sampai ke penghujung. Kalau betul aku yang sangat gembira coz Aisy dapat jugak jumpa dengan arwah Tok Abah dia..huhuhu...

No comments:

Post a Comment