Monday, September 12, 2011

Aisy Terkunci Di Dalam Kereta

Sabtu yang lepas merupakan hari yang paling sedih kot dan juga malang...huhuhu..

Tok Ayah (Tok Sedara) yang aku kenal dan baik dari kecik dah kembali ke rahmatullah. Last aku jumpa raya pertama hari tu. Itu pun dia dah tak bercakap macam biasa. Senyum pun tak. Mungkin itulah tanda-tanda dia akan pergi, tapi tak sangka. Al-fatihah untuk Tok Ayah.

Sebab ingin menziarahi arwah untuk kali terakhir, aku hanya pergi setelah Aisy bangun dari tidur. Dalam pukul 10.00 am aku sampai ke rumah arwah. Kali ni membawa Gen2 kerana hanya dihantar pulang oleh husband sahaja.

Seperti biasa, Aisy adalah budak yang tak nak naik rumah orang. Aku macam main kejar-kejar lak dengan dia. Dia memang dok sebelah pemandu, tapi bila aku turun, dia terus melompat ke tempat pemandu. Dan seterusnya bermain kejar-kejar dengan dia.

Bila aku nekad untuk mengambil dia, dan kali ni bimbang dia akan terjatuh sekiranya pintu kereta tidak ditutup, aku menutup pintu dengan tidak rapatnya. Tiba-tiba Aisy dengan pandainya menekan butang lock. Kunci juga sudah berada di tangannya. Pintu yang tidak rapat juga ter lock sama. Bukan macam myvi kalau tak rapat tak de la pulak dia lock.

Aku jadi panik, tak tahu nak mintak tolong dengan sape coz semua orang dah ke masjid untuk solat jenazah. Bila aku cuba bercakap dengan Aisy, dia melompat2 kegembiraan pulak dalam kereta tu coz tak payah keluar dari kereta.

Bila aku cuba lambai kat dia menunjukkan aku cuba untuk tinggalkan dia, dia sedih. Bila aku suruh dia tarik lock tu ke atas, dia tak pandai. Dia menekannya lagi ke bawah. Aku panik gila dan nasib baik mak & adik masih lagi di rumah tu. Baru je nak ke masjid.

Terlalu ramai yang berkerumun di sekeliling kereta, Aisy menangis dalam kereta. Takut atau apa, aku tak pasti. Bila aku berkomunikasi dengan dia, dia nak dengar tapi bila dia terpandang orang lain yang ramai, dia menangis.

Tiba-tiba Aisy nak makan mee yang aku bawa bekal dari rumah. Dia menangis-nangis mintak aku buka kan tupperware tu. Macamana nak buka anakku? Aku cuba arahkan dia menekan alarm tapi bila usaha dia diperhati orang lain, dia menangis lagi. Aku cuma dengar dia berkata "Nak mee" sambil menunjukkan tupperware tu.

Adik dah balik ke rumah untuk mengambil kunci spare dengan memecah masuk sahaja rumah kerana kunci rumah juga di dalam kereta. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan mudah. Adik berjaya masuk ke rumah dan datang dengan kunci spare.

Aku tersangatlah happy bila budak kecik tu dah selamat. Pengajaran buat aku adalah tidak meninggalkan anak walau macamana keadaan sekali pun keseorangan dalam kereta.

Tapi sesungguhnya aku tak larat untuk tterus mendukung dia. Aku perlu turun dulu dan pergi ke arah tempat dia duduk supaya aku boleh mendukungnya. Sebab tu aku dah tak suka pergi mana-mana kalau kami berdua sahaja. Aku perlukan seseorang yang boleh mendukung nak mengejar Aisy.

Pic Aisy terperangkap tidak dapat di capture oleh hp kerana hp juga berada di dalam kereta. Kalau tak gambar tu mungkin kenangan paling abadi buat Aisy kan!!!! Budak nakal.......

Note : Malam sebelumnya aku mimpi kami accident kat atas bukit lebuhraya Karak kat Janda Baik tu. Kereta kami dirempuh dan Aisy tercampak keluar dari kereta. Adakah itu pentanda buruk akan menimpa dia???Mintak dijauhkan........

1 comment:

  1. Tingat masa Abg Jun terkuncikan Khayla dlm keta sorang2 masa umur dia baru 2 bulan. ada dlm setengah jam dia melalak, tido, bangun & melalak lagi smp la aku smp. Nasib baik kiteorg dua masing2 pegang kunci keta. Lepas tu dia fobia bila kena tinggal sorang2. Huhu...

    ReplyDelete