Friday, May 6, 2011

Modifikasi Tingkahlaku

Salam Jumaat....
Walaupun tak ada mood nak gi kerja, tapi sebab fikir hari ni hari Jumaat je buat-buat rajin nak gi kerja. Husband pun terkejut apasal 6.30 am dah siap mandi. Itu namanya buang tebiat ye kawan-kawan...

Aku kan dalam misi nak berubah nak rajinkan diri dan motivasikan diri..dulu pun pernah belajar modifikasi tingkahlaku..sekarang tengah apply la ni..apa guna belajar kalau tak digunakan ilmu tu...

Bila bangun awal, semua kerja pun settle, rumah pun kemas untuk gi kerja. Nanti balik pun tak la semak mata memandang. Boleh la keluar awal sikit

Yang paling best sebab pagi ni Aisy mood baik sangat-sangat. Walaupun masih lagi dalam ngantuk dia, mamai-mamai tu masih dapat menerima arahan..salam abah dulu, sayang abah dulu sebelum mama hantar ke nursery.

Naik kereta ngan aku dok baik je dalam carseat tu, rupanya dia tertidur. Bila angkat dia, dia masih lagi tidur tapi bila dah sampai depan pintu nursery, sendiri terbangun.

Bila dah terbangun tu dengan baiknya dia senyum kat aku dan angkat tangan lambai kat aku lepas aku cium dia. Paling best dalam mamai dan dalam dukungan penjaga nursery tu, dia leh cakap "Bye..Bye.." sambil lambai tangan. So sweet...

Rasa macam tak puas lak tengok Aisy senyum, lambai tangan dan say "Bye..bye bye" tu.

Ok, kat sini nak share sikit info macamana nak buat modifikasi tingkahlaku macamana kitorang apply di bawah pengawasan pensyarah yang best gile C. Norashikin dulu.

Modifikasi Tingkahlaku :

1. Tetapkan apa yang kita nak ubah dalam diri kita. Cth : Bangun pagi

2. Bina satu jadual target. Cth : Jadual aku hanya boleh buat untuk sehari sekali je lah coz pagi hanya sekali sehari ye kawan-kawan tapi target untuk modifikasi tingkahlaku ni adalah sebulan. Kalau korang nak kurangkan berat badan ke, jadual korang mestilah ditandakan pangkah pada waktu makan yang anda tidak makan. Boleh kira ye satu hari berapa kali makan.

3. Tetapkan juga ganjaran bagi yang berjaya dan hukuman jika tidak berjaya. Kalau boleh get involved usaha kita ni dari orang yang dekat ngan kita lah. Yang dah kahwin tu aku galakkan suami yang akan tentukan ganjaran mahupun hukuman.

4. Teruskanlah usaha anda untuk berubah dan perhatikan jadual tu setiap kali tau. Yang penting tengok target tu dah nak capai ke tak.

4. Bila dah habis tempoh modifikasi tingkahlaku, buatlah penilaian sama ada anda berjaya atau tak. Kalau berjaya itukan bagus untuk diri sendiri dan yang penting dapat ganjaran. Kalau tak berjaya, perlu usaha lagi, perbaiki kesilapan dan buat lagi sekali. Tapi bersedialah dengan hukuman yang diterima.

Ok, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment