Friday, May 20, 2011

Cerita Tentang Big Day Part 5

Ini last entry cerita big day. Kali ni pun bukan nak cerita pasal big day, tapi penutup je...(kerja gotong royong la)

Bermula pukul 4.00 pm lepas solat Zohor, kami semua mengemas pinggan mangkuk, basuh pinggan mangkuk. Pengantin lak lepas solat Asar dan lepas photo shoot diorang, cuci kawah lah jawabnya.

Tetamu mak masih lagi ada yang datang. Makanan pun ada lagi. Cuma lauk kari daging je dah habis. Pinggan mangkuk yang disewa settle petang tu...

Malam lak semua terbongkang tidur keletihan. Aisy je tak tahu penat coz dia leh tidur petang tadi. Maghrib tadi gak tidur waktu kami kuar nak beli susu kat Bandar Raub.

Cuma masing2 bangun menjelang kul 12.00 malam. Siap makan2 lagi coz perut lapar. Siang tak makan. Barulah nak rasa bubur pulut hitam tapi tak leh makan banyak dah.

Hari Isnin solat Isyak kul 5.30 am terus tunggu Subuh. Ambik surah Yassin tapi tak baca pun coz asyik tersenguk-sengguk je. Terdetik nak charge battery hp yang tak onnsejak hari Sabtu dan tak tahu kemana sebenarnya hp tu.

Bila buka je ada 6 miss call dari Ruziana(budak office aku) dan 1 msg. "Na, Gee dah masuk wad". Terus reply dah bersalin ke belum. Alhamdulillah, dah besrsalin pun dia. Ini bermakna aku kena balik jugak untuk bekerja hari ni.

Tapi mata tak boleh buka, husband suruh cuti je. Lantak la office tu tak ada orang nak kerja. Bukan company sendiri pun nak jaga untung rugi. Untung tak dapat apa, rugi pun tak dapat apa. Yang penting gaji masuk bulan2.

Sambung tidur semula sebelum bangun breakfast dan sambung kerja2 mencuci pinggan mangkuk yang dalam rumah lak. Lepas habis kat dalam, sambung kat luar lak. Sebab Aisy dah bangun, aku hanya mengemas dalam rumah. Mujurlah ada jiran-jiran dekat rumah datang menolong mencuci pinggan dan mengemas segala barang yang disewa.

Sampai ke petang pun basuh-basuh tak habis lagi. Kemas-kemas pun tak habis lagi. Bukan setakat pinggan mangkuk aku rasa, ngan pakaian-pakaian pun tak habis-habis nak dibasuh.

Nampak cam clear sikit, pelamin pun dah buka. Ada sikit2 je lagi nak settle.

Selasa lak coz public holiday, kami stay lagi kat kampung. Kebetulan gotong royong turun khemah dan angkut semua barang sewa ke balai raya kampung. Menu makan petang tu mee kari.

Datang sakit kepala coz tak cukup tidur dan rehat. Mata tak payah cakaplah, dah rabak gila. tapi tak leh tidur, banyak kerja lagi nak buat. Tambah Aisy yang asyik merengek je.

Dalam kepenatan, malam tu lepas Maghrib bertolak pulang ke KL dengan menaiki Kia Picanto. Hanya membungkus mee kari untuk En. By by je. Aku dah tak larat nak makan. Drive pun mata jegil-jegil coz ngantuk sangat2 ditambah ngan sejuk2 aircond tu. Blow je mata mata suruh tidur.

Alhamdulillah, sempat gak sampai KL dan balik rumah. Terima kasih gak kat by by coz berjaga malam tu untuk main ngan Aisy. Dia dah cukup rehat coz dia dok KL dari Isnin sampai Selasa tu tak ada orang kacau dia rehat.

No comments:

Post a Comment