Thursday, February 24, 2011

Kehidupan Yang Lintang Pukang

Sejak dua minggu kebelakangan ni kehidupan kami satu family lintang pukang...bukan setakat perjalanan kehidupan yang lintang pukang, tapi keadaan rumah jugak...

Sudah hampir dua minggu solat subuh husband dan aku jadi solat subuh gajah...kalau paling awal pun pukul 7.00am..paling lambat tentulah pukul 7.30am...itupun nasib baik tersedar...orang lain dah solat sunat dhuha kalau 7.30am tu...nasib juga anak tak ada yang bersekolah rendah, kalau tak tiap-tiap hari namanya dengan rekod buruk datang lambat ke sekolah....

Kami berdua sekarang seolah-olah tidak mempunyai tenaga langsung untuk terus berdepan dengan karenah Aisy yang sedang melasak sekarang ni...bila sudah melayan Aisy saje, kami berdua pasti akan tidur keletihan.

Kalau dulu walaupun tersedar pukul 2.00am atau 3.00am apabila Aisy menangis mintak susu, aku akan cuba siapkan semua kelengkapan Aisy dan juga mengemas rumah setelah Aisy kembali menyambung lenanya. Tidak kisah dengan jam walaupun pukul 4.00am masih lagi di dalam bilik air memberus pakaian Aisy mahu pun sedang menjemur atau melipat pakaian Aisy...tidak kisah walaupun masih lagi sedang menyapu dan mengemas rumah yang bersepah.

Itu kisah sebelum ini...tapi tidak dua minggu kebelakangan ini. Melayan karenah Aisy yang asyik dengan permainannya dan barang yang tersimpan dalam almari juga menjadi permainannya...semua habis dipunggah keluar. Setiap sudut hingga tiada ruang kosong yang tinggal bersepah dengan pelbagai barang. Bukan aku & husband tidak mengutipnya dan menyimpan semula, namun dalam masa sejam dia akan keluarkan semula semua barang tu.

Maklumlah, budak kecik tu tengah nak meneroka dan belajar bertatih, semua almari jadi tempat dia bergantung. Semua benda pun dia nak belek. Sejak pandai buka pintu almari juga, barang-barang dalam almari pun jadi 'mainan' dia. Aisy suka sangat keluarkan barang-barang dalam almari, dan susunkannya di luar. Bila aku cakap simpan balik, dia akan simpan semula dalam almari. Lepas simpan semula, keluarkan semula. Aisy macam nak main jual-jual barang lak. Ye lah, waktu kat kampung mak aku kan buka kedai runcit. Kalau ada orang nak beli barang, dia lah yang merangkak pergi, bila bagi barang, dia dulu yang ambik duit. Dah pandai berniaga kecik-kecik lagi.

Aisy lak sejak balik dari Kelantan hari tu mana dia nak tidur sebelum pukul 12.00 malam...paling awal 12.30...itu pun dua jam bangun sekali nak susu...sekarang ni bukan nangis je nak susu, tapi siap duduk sambil nangis-nangis...Pastu siap minum susu sambung main...kalau bangun kul 3.00am, tidur semula pukul 5.00am, kalau bangun kul 5.00am, tidur semula kul 7.00am...kadang-kadang geram sangat kat Aisy ni...kenapa lah dia nak main je kerja dia...please, ada tips tak nak jaga baby umur 11 bulan lebih ni bagi dia ok sikit....waktu tidur, dia tidur dan waktu main, dia main.

Bila dah macam tu, macamana mata tak ngantuk. Walaupun dah sedar pukul 6.30am, tapi rasa nak baring kejap...langsung tertidur...kena disiplin diri supaya tak tidur semula sebenarnya. Bila dah bangun lambat, nak hantar AIsy lak, ke office juga dah jadi lambat. Jalan bukan main jam lagi sekarang ni...naik highway pun sangkut jugak...sampai-sampai je office tepat kul 9.00am...kadang-kadang terlewat jugak dua tiga minit...

Tapi syukur alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, husband aku bertukar rajin sikit. Dia selalu membuta je malam dan tengok aku letih sangat, banyak jugak lah kerja rumah dia dah buat. Sekarang ni kalau dia sampai dulu, dia pergi ambik Aisy kat nursery...tapi tunggu kat tepi padang bola la...kalau tak ke padang sebab hujan, sampai kat rumah dia dah siap lah masak nasi dan basuh semua pinggan mangkuk dalam sinki...

Pagi-pagi lak sebab dah lambat je sekarang, jadi wajib lak kat dia tukarkan pampers Aisy dulu sebelum dihantar ke nursery. Dia juga akan memasukkan 10keping pampers dalam beg Aisy, cuma baju je tak coz dia tak tau macamana aku susun baju Aisy..Kadang-kadang botol susu dan susu pun dah siap...bagus by by ni sekarang..macam ni lah baru ayah yang mithali...

Pernah disarankan pihak nursery supaya membekalkan sahaja susu dan botol di sana untuk seminggu kerana setiap hari aku akan menggalas beg yang penuh dengan berisi barang Aisy. Aku bukan tak nak tinggalkan botol susu dan susu terus di nursery, tapi aku kurang yakin dengan tahap penjagaan botol dan juga susu di sana sebab balik je aku tengok botol susu Aisy adakalanya tidak dicuci dengan betul-betul bersih. Sudu di dalam bekas susu juga seolah-olah basah terkena air dan susu telah melekat pada sudu. Kalau dibiarkan sahaja di sana, aku tak tau lah macamana botol susu dan susu Aisy tu. So, lebih senang aku bekalkan botol yang siap dibersihkan dan susu yang cukup-cukup untuk digunakan dalam tempoh 12 jam sahaja di dalam satu bekas kecil.

Dalam hidup yang tak tentu arah ni, sempat lagi melihat perkembangan Aisy. Sekarang Aisy dah boleh melangkah satu atau dua langkah. Tapi masih lagi berat nak angkat kaki.Aisy suka bangun dan berdiri sambil buat imbangan badan. Tapi untuk mengangkat langkah, dia tidak punya keyakinan diri dan hanya melangkah apabila di dalam keadaan terdesak dan juga ketika tahap keyakinan itu tinggi.

Yang menambah hibur hati apabila si kecik tu dah pandai menggunakan straw. Baru sahaja Jumaat lepas Aisy dibekalkan dengan air kotak dan sedikit makanan ringan sempena sambutan hari jadi salah seorang anak di nursery tersebut. Namun Aisy masih lagi belum tahu menyedut minuman menggunakan straw.

Sungguh menakjubkan apabila hari Isnin petang, sedang aku minum air kotak soya, dia memintanya. Aku saje suakan ke mulutnya, sungguh memeranjatkan kerana dia sudah pandai menyedut minuman tersebut. Cuma bila sedutan sudah masuk kali ketiga, dia lebih suka mengeluarkan semula dan bajunya basah. Dan dengan bangganya dia akan menepuk-nepuk dadanya yang basah. Suka sangat main air sebenarnya budak kecik ni...

Kalau ada sesiapa ingin ke rumah aku buat masa ni, aku bukan sengaja hendak menolak tapi keadaan rumah yang lintang pukang, malu rasanya kalau ada yang menyinggah. Kalau lah rumah sebenarnya dikenakan lawatan seperti kedai makan untuk menetapkan gred, rumah aku mesti dapat gred E..paling tercorot..rumah yang tak patut di masuki..hahaha....

No comments:

Post a Comment