Monday, February 7, 2011

Cerita Cuti Tahun Baru Cina

Semua jalan nak balik ke KL atau keluar dari KL semalam jam teruk...aku bernasib baik kurang sikit terperangkap dalam jam..sebab apa?

Pertama, niat husband untuk pulang ke KL ikut jalan alternatif (Sertik - Lebuhraya Karak) bertukar, kami hanya ikut jalan bandar Bentong..Tak jam ke?Jam, tapi bergerak, so ok la...

Kedua, dari Bentong ke Genting Sempah melalui jalan lama....so terlepas kesesakan yang biasanya akan sangkut sampai Genting Sempah dari Plaza Tol Bentong....

Ketiga, dari Genting Sempah ke KL hanya melalui lebuhraya Karak dan hanya sangkut 5km dari plaza Tol Gombak..alhamdulillah..cuma mengambil masa 2jam setengah je untuk sampai ke rumah...

Sebenarnya nak cerita sempena tahun Baru Cina ni kami semua pulang ke Kota Bharu untuk cuti-cuti dan jalan-jalan cari makan..Mak dan adik-adik aku dah bertolak ke KB pada Selasa yang lepas lagi..tapi disebabkan aku kena bekerja juga hari Rabu, aku & husband terpaksa bertolak ke KB hanya pada hari Khamis..Niat nak bertolak hari Rabu terkandas juga kerana semua kerja-kerja claim salary foreign workers dari Flextronics hanya siap pada pukul 3.30 petang..kami hanya pulang ke rumah mak untuk memendekkan perjalanan ke KB pada hari Khamis nanti.






Bermain sementara menunggu mama siapkan kerja tapi Aisy takut bila duduk dalam tu

Ni lah cerita cuti aku....

03.02.2011 (Khamis)

Seawal pagi lagi kami bangun dan bersiap. Nasib baik Aisy tidur awal malam tu, so pagi tu dia bangun sendiri tanpa perlu kejutkan dia...yang paling best tengok dia menggigil kesejukan bila lepas mandi..kami mencari breakfast di pekan sehari..tak ramai yang menjual mungkin sebab cuti, kami hanya membeli nasi lemak dan sate untuk di bawa bekal.

Pukul 9.00 kami bertolak ke KB dari bandar Raub..waktu tu punya la banyak kereta dari KL menuju ke KB..dan kami juga menyertainya...ni 1st time aku bawa Aisy ke Kelantan..1st time juga dia akan menaiki kereta melebihi 4 jam...tentu dan pasti banyak karenah....


Mata yang ngantuk dipujuk dengan merasa angin tu macamana

Hey Abah, makan apa tu?

Huhuhu...nak jugak...

Sepanjang jalan perjalanan agak lancar...walaupun kereta banyak, tapi tak jam...sepanjang mendaki bukit 7 untuk sampai ke Merapoh, menyaksikan ada sebuah bas tebalik. Mungkin malam tadi coz tak ada penumpang dan hanya ada polis yang menunggu di sana...cuma perjalanan agak slow bila ada sebuah lori tangki, tapi pemandu lori tu berhemah,dia memberhentikan kenderaannya ke tepi bila ada kawasan lapang di tepi dan memberikan laluan kepada kenderaan kecil. Tapi ada pemandu kereta yang kurang bertanggungjawab..memotong sesuka hati...nasib baik tak banyak..cuma segelintir..ni lah sikap sebenarnya....

Berhenti breakfast di tempat perkelahan Sungai Yu...tempat baru aku rasa..sebelum ni aku balik KB tak pernah ada pun...tapi tak ramai sangat yang berhenti kat sana,...mana taknya, tempat tu betul-betul bawah bukit, semua orang pun tengah laju, sampai ada yang bagi signal last minit, tu yang hampir berlaku kemalangan depan mata kami ketika tengah syok makan....

Sepanjang perjalanan ni Aisy hanya tidur sekali sewaktu kami melalui bukit 7 dan bangun bila kereta berhenti di sungai Yu..sepanjang perjalanan ke Gua Musang, walau pun mata nampak macam berat, Aisy masih menahan kantuknya dan hanya berdiri sepanjang perjalanan.


Budak yang mengamuk

Baru bangun tidur....

Sedikit mengamuk di dalam kereta..husband berhenti di R&R di Gua Musang...memujuk dengan membeli air kotak MILO..sudahnya, habis baju Aisy kotor..Aisy bukan pandai lagi menggunakan straw untuk menyedut minuman. So,aku terpaksa la menyedut dan menyuakan ke mulutnya...biasa la, dia akan marah kalau sikit-sikit dan lambat...aku buat keputusan buka kotak dan tuang ke dalam bekas air, tapi ditepisnya..sudahnya tumpah terkena alas kaki..mencabar kesabaran betul sehingga aku meninggikan suara memarahinya..

Husband aku memangku Aisy yang sedang merengek dan mengamuk hinggalah perjalanan hampir 10km untuk sampai ke Lata Rek, Aisy tertidur di dalam dukungan husband aku. Kasihankan husband aku, aku mengambil Aisy dan meletakkanya ke seat belakang yang dah stand by untuk Aisy tidur..Husband aku juga sudah mengantuk, so kami bertukar pemandu...husband mengambil keputusan untuk tidur di hadapan sebelah pemandu berbanding duduk di belakang...

Sampai sahaja di masjid Kuala Krai, kami berhenti solat dan bertemu dengan mak dan adik-adik aku...kami memulakan perjalanan secara konvoi ke KB namun pemanduan husband aku yang lebih banyak memotong jika ada peluang, kami berada di barisan hadapan...kerana kurang sabar juga,berhampiran wakaf Che Yeh, husband aku mengambil lane di sebelah  kanan menyebabkan kami terpaksa membelok ke kanan apabila lampu isyarat hijau ke kanan. Sudahnya untuk buat pusingan U kenderaan terlalu banyak, kami meneruskan sahaja perjalanan yang menunjukkan arah ke Pasir Putih, Kuala Terengganu.


Lama lagi ke nak sampai?

Lapar la..lambat lagi sampai

Dah nak sampai ke abah?

Tu KB Mall, dah sampai la kita ye...

Nasib menyebelahi kami apabila terjumpa papan tanda menunjukkan arah ke kiri untuk ke pusat bandar...kami melalui kawasan yang bernama Telipot dan terjumapa Sek Keb Zainab I di sana...akhirnya jumpa juga kami jalan ke pusat bandar dan adik aku sudah menunggu di hadapan...

Jalan masuk ke bandar KB agak jam dengan kereta yang banyak dan juga terdapat flyover yang dalam pembinaan..fly over ni untuk menggantikan jambatan dari Wakaf Baru- Kota Bharu..jambatan tu dah tak boleh menampung kenderaan yang banyak...

Dua tahun lepas aku rasa pasaraya PArkson ni macam tak ada lagi coz kami hanya parking kat luar Pasar Ct Khadijah je..sekarang dah boleh parking kat situ..so ok sikit, aku rela bayar parking dari memusing 10x nak cari parking...

Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang ketika kami sampai di pasar tersebut..mak ajak makan dulu baru pergi beli barang...tempat makan yang selalu kitorang makan tu dah habis lak makanan dia..terpaksa la makan kat tempat lain..yang agak mahal sikit...kawasan makan di sana agak kotor...kurang selesa tapi makan jugak la..cuma adik aku melarang Aisy memegang air tin yang disusun di atas meja kerana bimbang terkena air kencing tikus...apa lagi, mengamuk la si kecik tu...


Saya tukar baju lain sebab baju saya terkena air MILO


Tolong ambik kipas saya, jatuh la

Sudahnya kami bergilir-gilir mendukung dia kerana perut perlu di isi...aku mengumpan Aisy dengan membeli kipas yang berharga RM1.00 tu supaya dia akan leka dan seronok bermain dengan kipas tersebut jika kipas itu berpusing terkena angin yang bertiup..diamnya hanya 5 min, yang lain lebih kepada mengamuk dan membuang sahaja kipas tersebut ke lantai...

Pusing-pusing tempat menjual tudung dan baju..biasanya aku pasti membeli kain pasang dan tudung di sini...kali ni aku kurang berkenan dengan tudung-tudung bawal yang ada..aku lebih sukakan tudung bawal yang berkerawang, namun sekarang lebih kepada trend tudung pakai sarung je...tudung bawal pun dah kurang keluar...

Akhirnya jumpa satu kedai tempat mak dan adik-adik aku memborong pakaian semalam, dengan harga RM15.00 sehelai tudung, aku membeli 3 helai..kurang cantik tapi sebab murah, beli sahaja untuk dipakai ke tempat kerja...terpandang pula baju cosmic yang patung pakai...cantiknya..sudahnya, aku mengambil 2 pasang warna yang berlainan...aku tak tau la murah ke tak, dengan tak ada tawar-menawar, dia bagi aku harga RM50.00..aku pun beli je...


Baju Cosmic yang aku beli

Selesai membeli, aku mendapatkan husband, mak dan Aisy yang hanya duduk di bangku berhampiran tandas..di sana tempatnya ada angin masuk dan Aisy seronok bermain dengan kipasnya....niat untuk membeli batik sutera sudah bertukar kepada baju lain pulak...huhuhu....

Kami terus pulang ke rumah Ayah Mud yang berada di Chabang Empat, Tumpat. Niat untuk ke Kg. Laut terpaksa cancel coz jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang...mak aku beritahu, sepupu aku, K.Feti nak ajak makan kat rumah dia..so balik terus lah rumah Ayah Mud...sampai sana, tak ada orang pulak..nasib baik tiba-tiba anak lelaki dia, Shawal terbangun dari tidur....kalau tak,aku nyer solat Asar terlepas....

Keluarga Ayah Mud sudah pergi ke rumah K.Feti, so malam ni kitorang makan kat rumah je lah...Aisy lak, sejak sampai ke rumah A.Mud, menangis je dia..nak letak pun tak nak...bila dah lepas mandi, dia pun ok..merangkak ikut suka hati...tapi tetap tak nak bila keluarga A.Mud nak ambil dan dukung dia...

Pukul 10.00 malam kami bersiap-siap untuk ke Wakaf  Che Yeh...jalan punya jam start dari bandar Kb ke sana...sudahnya, kami hanya berlalu tanpa singgah di Wakaf Che Yeh kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.50 pm tapi kami masih belum lagi sampai berhampiran Mc.Donald...kami juga terpaksa balik ke Chabang 4 melalui Tendong kerana untuk membuat pusingan U jalan terlalu jam....

Pulang dengan rasa kecewa, tapi esok masih ada...so esok mesti pergi...

04.02.2011 (Jumaat)

Pagi Jumaat, kami ke Kawasan Bebas Cukai Pangkalan Kubor pulak...biasa lah..kat sini mesti beli NARITA dan pinggan mangkuk..memang niat nak beli ni pun...kami pergi awal, so orang pun tak ramai lagi...parking kereta pun ada lagi...Aisy lak tidur bila dah sampai pintu masuk Pangkalan Kubor..terpaksa la mak lak yang pangku Aisy di pondok sahaja..aku, husband & De pusing-pusing cari barang....


2 km nak sampai Pgkln Kubor

500m nak sampai Pgkln Kubor

Saya ngantuk ni...(mula-mula turun dari rumah)

Sudahnya, aku hanya membeli pinggan mangkuk Duralex untuk kegunaan di rumah aku, set periuk crocodile tu, & jug air panas..Narita yang dicari sudah habis stok kerana semua barang sangkut kat seberang, tak boleh keluar untuk dua hari...huhuhu...lain kali lah beli...husband aku belikan Aisy patung katak yang besar tu...ntah Aisy buat main ke tak, tak tau lah...

Pulang dari P. Kubor, kami singgah di Pantai Sri Tujoh. Dah lama tak ke sana. 2 tahun lepas kami balik Aisy tak ada lagi dan kami hanya makan malam di sebuah restoran di sana dan bukannya menjejakkan kaki ke pasir pantai...

Dengan sedikit bekalan dari rumah, kami makan di sana...husband aku cuba meletakkan kaki Aisy ke pasir tapi sangkaan kami yang dia sukakan pasir meleset. Aisy sepanjang di pantai hanya menangis. Aku cuba bawa dia ke gigi pantai...tangisnya lagi kuat bila dia lihat ombak...kami tak lama di sana kerana Aisy menangis tak berhenti. Bila tangisnya berhenti, husband aku cuba lagi untuk meletakkannya di atas pasir namun tangisnya makin kuat. Husband aku suka sangat bila tengok Aisy menangis dan memasang niat untuk menanam Aisy di dalam pasir jika kami ke sana memang untuk berkelah dan mandi-manda....

Destinasi kami seterusnya adalah ke Kg. Laut iaitu kampung kelahiran mak aku...melawat saudara mara yang masih ada dan yang untungnya adalah Aisy lah...orang cina sambut tahun baru dapat angpau, Aisy gi rumah sedara mara pun dapat ang pau...dan yang pasti mama dia juga kuar duit angpau...hehehe...

Kalau ke Kg. laut ni, tak sah kalau tak beli sambal daging a.k.a serunding...disebabkan tidak menempahnya terlebih dahulu, makcik tu cuma boleh bagi kat mak aku 5 paket je..kira ok la tu...makcik ni kalau ngan mak aku tak pernah berkira...selalu beli dia bagi lebih, tapi sebab tak de, dia bagi murah lak...sambal daging dia the best aku pernah makan...walau pun ada jual atas pasar, tapi aku suka beli kat rumah dia....

Pulang ke rumah A.Mud berehat untuk sementara waktu sahaja kerana petang selepas Asar kami akan ke rumah K.Feti di Kubang Kerian...ye ke?aku pun tak tau tapi rumah dia dekat la ngan wakaf Che Yeh tu coz dia kerja kat CIMB sana...

Cakap je lepas Asar, sudahnya kami bertolak dari rumah sudah pun pukul 6.00 petang...tapi jalan, subhanallah..jam..1 km keluar dari rumah, tengok botol Aisy tak ada dalam beg...dia dah ngamuk nak susu...puas pujuk, siap bancuh susu dalam bekas air je tapi dia minum sikit...jalan jam, nak pusing pun tak leh..kereta berderet nak menghala ke Pangkalan Kubor...kali ni kami ikut jalan dalam ke rumah K.Feti...tentu sekali ikut Tendong bagi mengelakkan jam...tapi kami juga terperangkap dalam jam..sampai di rumah K.Feti jam dah menunjukkan 7.15 pm...

Kami dijamu dengan Beehon Goreng, keropok dan sate...A.Mud dan keluarga dia selepas Maghrib bertolak ke rumah sahabat mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kami pula masih di sana berbual-bual.

Terlalu lama tidak berjumpa dengan K.Feti...murah je rumah K.Feti beli, RM130K..rumah lot banglo..rezeki dia..kalau area sana lot banglo pun tak dapat lagi harga tu, tapi sebab owner tu nak sangat pakai duit dan pergi ke bank bertemu penasihat (k.Feti) pelaburan harta tanah, k.Feti pun ambik keputusan beli rumah tu...besar dan sangat selesa...

Aisy paling seronok bermain kat sana..maklum la, anak K.Feti keluarkan semua mainannya dan Aisy lah paling seronok bermain. Lagi satu, mesti dia ingat nursery dia...leka sangat bermain sehingga aku cuba melambaikan tangan untuk balik pun dia tidak peduli. Betul-betul happy dia kat sana...

Selepas husband aku dan A.Mi (husband K.Feti) pulang dari masjid (ntah apo kono ngan laki aku gi masjid), kami pun bertolak pulang..bukan pulang terus ye..tapi singgah ke wakaf Che Yeh..kali ni kami bernasib baik..dapat tempat parking dekat la jugak ngan pasar tu....



Aisy ngan abah kat Wakaf Che Yeh

Gila murah kain pasang english cotton tu...RM25.00 utk 2 pasang..tapi style aku dah, kalau berpusu-pusu orang aku pun malas nak pilih...dah berhenti dan pilih, tapi bila diasak-asak dan ditolak, aku pun blah je...tak beli apa pun, cuma beli keropok pedas yang husband aku suka makan je...

On the way balik tu, jalan biasa lah jam nak naik jambatan tu...ntah kenapa, Aisy yang seronok bermain ngan adik-adik dan mak aku, tiba-tiba meraung..kami semua takut...aku bancuh susu dalam botol yang dipinjamkan oleh K.Feti, namun dia masih lagi meraung...puas semua orang memujuk, tapi tak berhenti juga raungannya...

Pada waktu ini, Aisy hanya ingin berada dalam pelukan aku...puas juga pujuk dan gosok kaki dia, namun Aisy masih lagi dalam tangisnya..tapi tidak lah meraung seperti mula-mula dia meraung....apabila kereta masuk ke dalam pagar rumah A.Mud, tiba-tiba dia berhenti menangis...terus tunjuk-tunjuk...apa tu apa tu lagi dia tanya...cheh..nak balik rupanya....ni dua kali dia buat macam ni..dulu kat Melaka macam ni jugak....macam-macam ragam Aisy ni...

Masuk je rumah, mata yang ngantuk tu pun dah jadi bulat...merangkak ke sana sini...walau pun diberi susu, namun masih lagi aktif...bila kami semua mengusik, siapa budak yang nangis-nangis tadi, dia senyum je nampak gusi yang tak ada gigi...apa lah adik ni....

05.02.2011 (Sabtu)
Bangun awal pagi untuk pack barang dan yang penting susun barang-barang dalam kereta...Kereta adik bawa memang penuh gila coz ada 2 comforter set, barang-barang mak nak berniaga lagi...aku nyer kereta sama cam pergi gak cuma bonet je penuh..cuma seat belakang ada seekor katak besar duduk...

Perjalanan seawal 9.00 am tak la jam sangat dan panas..masih lagi selesa..kereta menghala ke KL memang banyak tapi ok lagi la..still berjalan dan tak ada stop..

Aisy lak waktu nak balik ni asyik tidur je...tidur dia lak lena coz malam tadi kan tidur lambat, awal pagi dah bangun mandi..mata masih lagi dalam keadaan terpejam pun sudah kena siram dengan air..kesian adik...lagi buat Aisy tidur lena bukan apa, bila dia tertidur, aku angkat letak dia kat belakang...so dia boleh tidur dengan keadaan yang selesa (tangan depa, kaki pun kangkang)..macam orang tak de masalah...(memang la, dia bukan tau apa..tau main je)

Sampai di Kuala Krai, husband sakit perut..berhenti di stesen minyak Petronas, tapi subhanallah...ramainya orang beratur...dia dah tak tahan sangat nak beratur...dia pusing kereta menghala jalan ke KB semula coz berdepan ngan Petronas tu ada Shell..tapi depan lah sikit....kat sana beratur gak, tapi tak ramai...

Kami teruskan perjalanan, niat nak singgah kat R&R Gua Musang dibatalkan coz tak ada keadaan mendesak pun...Aisy tidur lena..kami lak, ok je nak teruskan...

Tapi bila dah sampai bandar Gua Musang, Aisy terjaga dari lena dan 'membuang' pulak...akhirnya kami singgah juga di stesen minyak Caltex untuk bersihkan Aisy dan tukarkan pampersnya...

Perjalanan balik ni ok sikit...tak ada pun orang yang memandu tanpa rasa bertanggungjawab terhadap orang lain...cuma bila kawasan yang selamat, ramai yang memotong dengan cara yang selamat...alhamdulillah..pukul 2.00 kami sampai di Kuala Lipis...

Singgah di kem tentera di Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan tiga pupu kami...majlis yang hampir selesai dan nasib kami baik kerana makanan masih ada,...terlupa membeli hadiah untuk pengantin, hanya memberikan angpau sahaja...

Jalan yang agak jam di Kg. Gali menyebabkan kami berpatah balik dan masuk ke jalan menuju ke Kg.Jelu untuk solat Zohor di rumah makcik aku...ingat sempat sampai rumah, tapi sebab jam, takut nanti terlepas waktu, selesa bersolat di rumah makcik aku...

Kami hanya sampai di rumah jam 5.20 pm..Mak dan adik-adik aku sudah sampai lebih dahulu...mak sempat tunaikan solat Zohor di rumah tapi di hujung waktu kerana terperangkap di dalam jam di Kg. Gali...

Ini sahaja lah cerita cuti-cuti di tahun baru Cina..trip yang seterusnya ke KB mungkin bulan Jun nanti untuk menghadiri majlis perkahwinan anak A.Mud...semoga trip yang akan datang berjalan lancar

No comments:

Post a Comment