Thursday, February 17, 2011

Bila Aisy Bertemu Dengan Uncle Ady & Pemandu, Penunggang Yang Pro

Malam tadi tiba-tiba abang aku telefon kata on the way ke rumah aku. Mak pun dah suruh masakkan nasi je coz dia dah masakkan lauk kat rumah tadi...tapi takkan lah masak nasi je, pemalas betul la nampaknya...lagi pun dalam peti ais ada lagi ayam yang dibeli minggu lepas jadi aku goreng kunyit sahaja. Husband aku lak nak sup ekor...buat la untuk dia...untuk Aisy lak kena lah gorengkan ikan. Lagi pun mak hanya buat goreng kicap daging je...

Hampir pukul 10.30 malam barulah mak dan abang sampai. Adik aku tiba lebih dulu lagi dan ingatkan mak aku sudah lama sampai...Bila mak aku sampai, adik aku dukung Aisy pergi sambut mak kat bawah..aku tak la..tak larat nak turun naik tangga...

Bila semua dah sampai pintu rumah, semua pun dah kepenatan mendaki tangga yang setinggi empat tingkat tu...bila la nak tukar rumah baru ni..landed house...huhuhuhu..target bila Aisy sekolah mesti kena ada landed house...

Yang paling seronok aku tengok Aisy la..mula-mula je dia malu-malu ngan abang aku, pastu dia nyer manja bukan main lagi...habis semua mainan yang ada dia punggah ke ruang tamu,,,konon-konon nak tunjuk mainan dia la tu....

Yang tak tahan nya, bila main-main je sekejap, pergi kat abang aku cium pipi abang aku...amboi, sayangnya dia kat uncle dia...dah lama dia tak jumpa ngan uncle dia sebenarnya, lebih dua bulan. Last sekali waktu raya haji tahun lepas tu, pastu tak jumpa dah walau pun abang aku balik, tapi tak jatuh hari hujung minggu, tu yang tak jumpa.

Walaupun lama tak jumpa, tapi Aisy tetap ingat kat uncle dia tu..mana taknya, dari kecik lagi dah biasa sangat jalan-jalan ngan uncle. Naik kereta elok je dok kat seat sebelah tanpa carseat just pakaikan seatbelt je pun dah dok diam. Tu yang dia boleh ikut uncle dia gi jalan.

Lagi satu, bila abang aku balik, dia suka sangat layan Aisy ni...bergurau dan bermain dengan bersungguh-sungguh...kalau Aisy tidur je mesti abang aku akan kacau-kacau suruh bangun...Aisy lagi suka kalau orang tu layan dia main Play Station...walaupun tak pandai pun main, tapi dia nak gak picit-picit....tu yang dia suka....

Bila abang aku nak tidur je malam tadi, Aisy pergi kat abang aku dan kejutkan. Aku ambik la dia coz Aisy ni kalau dia tak bagi orang tidur, dia akan cubit mata dan mulut kita bagi kita bangun. Dia nyer cubit tu, sakit yang teramat sangat. Bila Aisy dah ngamuk-ngamuk, aku tidurkan dia je dalam bilik..dah ngantuk pukul 9.00 lagi tapi tak nak tidur...nak tunggu Uncle dia.

Kasihan dia, tak puas agaknya nak main-main ngan abang aku, tapi sebab abang aku memang dah penat sangat. Pukul 4.00 am dia sampai dari JB, balik kampung nak settlekan permohonan kebenaran kahwin di luar kawasan tu..banyak tempat nak pergi dan banyak doc tak ada, tu yang tak settle gak..hari ni kena pergi semula...sampai mak aku kata on the way ke KL petang semalam tu mata abang aku dah tak boleh buka tapi kena drive gak coz tengah-tengah highway tu mata tak leh buka...kalau aku dah rabak mata, kena berhenti takut excident. Tapi beza ngan orang yang pro memandu, diorang pun dah pandai nak kawal macamana.

Sebut pasal pro gak, husband aku excident pagi tadi. Dia kan tunggang motor je pergi kerja. Sampai kat Batu caves tu tiba-tiba ada satu teksi ni tukar lane ke lorong laju tanpa signal. Ada mamat ni macam budak skema jugak la, tak sempat nak elak terus terlanggar teksi tu. Teruk gak husband aku kata, husband aku lak belakang mamat tu, tak sempat nak brake dah, terus je langgar budak tu.

Husband aku campakkan badan dia melayang ke tepi divider jalan. Sampai tersangkutlah dia kat divider tu...dia kata kalau jatuh ke bawah, confirm kereta belakang langgar...cedera sikit  je tapi sakit lah jugak badan dia. Risau gak aku tengok dia diam semacam je malam tadi. Dia kalau sakit pun bukan nak cakap, pastu suka cari ubat kat farmasi je...

Bila cerita depan mak, mak kata kalau kita tak fikir apa dah..kalau jatuh, jatuh lah...tak terfikir dah nak campakkan badan ke tepi jalan ke...itu lah bezanya orang pro bawa motor ngan yang tau bawa motor je (aku la tu. sebab tu aku tak bawa motor gi kerja)....

Untuk Aisy, nanti Aisy jumpa uncle lagi bulan depan ye...untuk my by by, hati-hati tunggang motor ye...jangan jatuh-jatuh lagi tau....







No comments:

Post a Comment