Thursday, December 30, 2010

I'm Proud To Be Malaysian.....

Tengok tajuk entry pun orang dah boleh tau..ni mesti kes menang bola malam tadi....

Itu yang pasti..aku dari dulu memang menyokong pasukan Malaysia dan Liga di Malaysia..(walaupun aku selalu complaint pasal laki aku pentingkan bola, tapi aku tetap suka kan bola sepak)..Team Europe aku tak pernah layan...MU ke, Chelsea ke..Real Madrid ke..aku tak pernah tengok pun..kecuali world cup final....

Balik cerita team Malaysia...Kalah ke, menang ke mereka..aku mesti tak pernah miss la tengok game diorang ni...dari aku kecik2 dulu sampai la sekarang...cuma tak pernah menjejakkan kaki ke stadium....bimbang waktu solat yang akan tergadai bila berpusu-pusu di stadium...

Menonton final adalah wajib bagi aku..tak kira la untuk game peringkat apa, tapi mesti nak tengok...yang pasti aku rasa sejak akhir2 ni aku tak begitu hampa dengan team Malaysia kita..walau pun ada masanya kita kalah, tapi aku puji cara mereka main..mereka berusaha tapi sebab bola itu bulat, sebab bola tu cuma ada sebiji, sebab mereka semua pakai kaki je..apa yang mampu mereka lakukan itu sudah yang terbaik..


Menjulang Piala Suzuki AFF, Syabas!!!!!
Pic from Utusan Malaysia

Kalah pun mereka berusaha, menang pun sebab usaha mereka...aku suka barisan anak muda team Malaysia kita...tapi mereka ni memang banyak pengalaman..ada yang pernah berlatih kat luar negara..ada yang pernah main dengan team luar negara..tu yang mereka hebat....

Cuma semalam aku tak puas hati best player dapat capten Indonesia..aku arsa sepatutnya Khairul Fahmi yang dapat..tapi mungkin diorang tengok dari keseluruhan perlawanan dari mula game sampai final malam tadi...

Syabas untuk pasukan bola sepak Malaysia kerana menamatkan kemarau selama 14 tahun piala Suzuki AFF ni..semoga korang terus success..semoga tahun 2011 menjadi kejuaraan berganda buat kalian...Thanx to PM coz cuti umum esok...

Monday, December 27, 2010

Lagi-lagi Aisy...Sikit-sikit Aisy..Semuanya Aisy...

Entry aku kali ni gila sikit coz aku pun tengah tension..bengang..benci kat boss aku..nekad, perlu resign dan cari kerja lain next year....

Aisy lah pengubat hati yang lara ni..lebih baik aku menulis tentang Aisy dari aku mengadap kerja2 bos aku ni..aku benci dia....

Kali ni nak cerita pasal Aisy hujung minngu baru ni sampai la pagi tadi..sebab entry ni kat office, kena cerita sampai pagi tadi je..kalau entry ni malam ,nanti, boleh la cerita sampai dia tertidur...mama rindu Aisy..muah

Friday, 24 Dec 2010

Ambik Aisy dari nursery hari ni awal dalam kul 3.40 pm tapi itu pun dah lambat..dia dah nangis2 coz aku kata nak ambik 3.30 pm..tak boleh lambat si kecik ni...Balik rumah dulu sblm ambik husband kat Gombak...Niat di hati ada 1 jam sebelum keluar rumah sempat la mengemas rumah yang macam tongkang pecah..bersepah-sepah ngan baju aku dan Aisy yang tak berlipat kat ruang tamu..sudahnya berlonggok baju sampai pukul 5.00 petang pun tak buat apa...Apa aku buat? Layan karenah dia je dah kul 5.00 petang..dia bukan nak tinggal seorang pun..baru je aku angkat kaki, dah merangkak sambil nangis-nangis...manja lebih....

Bila jam dah menunjukkan 5.15 pm, aku gagahkan juga kemaskan semua baju husband aku sambil dukung Aisy...katil dan comforter yang tak berkemas dan berlipat pagi tu pun aku kemas sambil dukung Aisy...solat Asar aku letakkan dia dalam walker...sudahnya, habis sejadah aku dia lanyak ngan walker dia..tapi dia macam tau2 je waktu nak sujud, dia pun beralih ke tepi..so tak de la masalah nak sujud walau pun kena sujud atas lantai...

Settle bilik, dah kemas, pergi luar lak...kemas2 mainan Aisy sambil berperang ngan dia..mengejar dia yang kadang2 suka memanjat sofa..takut dia jatuh bila cuba untuk memanjat..nakal betul Aisy ni....Settle semua, rumah pun dah kemas....

Nak kunci rumah sempat la letak balik remote control DVD yang Aisy buat main...dah siap kunci rumah tengok2 ada lak remote tu kat tangan dia..ntah bila dia ambik aku pun tak tau...Dalam hujan lebat, tangan kiri mencempung Aisy, tangan kanan membimbit walker Aisy, payung disangkut di lengan kanan, ada beg sandang di belakang sambil diikat dengan satu beg plastik berisi boot bola husband, bahu belah kiri juga mengendong beg susu Aisy..bayangkan...aku rasa macam orang gila..cuma waktu tu cakap ngan Aisy"Aisy dok diam2 ye..mama banyak barang ni"..alhamdulillah, diam je dalam dukungan dengan menggigit remote...kalau biasa aku dukung dia, tak dok diam..terpaksa memeluk dia untuk mengelak dari jatuh...

Alhamdulillah...dalam kesusahan tu ada insan yang betul2 aku rasa insan terbaik yang aku kenal..k.Yah..dia la tolong aku payungkan ke kereta..terima kasih..kalau tak aku pun tak tahu macamana...thanx K.Yah..budimu hanya Allah saje yang dapat balas. Semoga kau sekeluarga mendapat rahmat dari Allah SWT atas segala kebaikan yang kau hulurkan kepada semua orang...

Haa..ini la saat yang mencabar aku..seminit Aisy di dalam car seat ok lagi...masuk minit kedua dah merengek2 nak bangun..menangis-nangis sambil dipujuk..tak jalan..akhirnya dia tertidur dalam car seat tu sambil kepala terteleng-teleng..sian dia..sampaikan aku isi minyak kat Petronas tu pun dia tak sedar..tidur je dia...sampai la kat Tmn Desa Gemilang, Sg. Pusu, dia tersedar bila husband aku cuba mengangkatnya untuk dialihkan ke belakang..kesian dia..menangis tak puas tidur kerana tidurnya diganggu....

Apa yang aku belajar tentang Aisy ialah bila dia mengantuk gila, mukanya akan masam mencuka, mencebik, muncung panjang macam boleh diikat..waktu tu kalau tegur dia tengok je..kalau berkata2 atau pun cuba untuk ambik dia, dia akan menangis dengan semahu-mahunya...ini lah Aisy yang dah besar....

Aisy sekarang ni bukan nak pun dah dengan orang lain..tapi alhamdulillah, dengan tokma dia walaupun dah 2 minggu tak jumpa, dia masih ingat...dengan c.su dan C.de dia jugak dia masih ingat...aisy ni mak aku pun dah tak berani ambik dia bawa balik kampung kalau adik tak de coz dia akan menangis bila malam..yang boleh pujuk dia hanya adik..mungkin sebab adik mempunyai iras2 aku...

Malam tu aku sibuk membantu menyiapkan decoration untuk team asyura mak, aisy pun sibuk jugak...aku tulis tag nama, dia pun nak tulis..aku lekat2, dia pun nak lekat...akhirnya terpaksa tidurkan dia gak dalam kul 12.30 coz dia dah mengamuk-ngamuk..

Hahaha...pukul 1.30 am aisy menangis2 dalam tidur..macam mengigau..biasa nak susu, aku pun buat..tapi dia tak nak pun...aku buka lampu, rupa-rupanya dia kena gigit semut. mata bengkak, badan2 semua merah2 kena gigit semut. sian dia..sudahnya tidur buka je la lampu coz senang aku nak tengok semut2 tu kalau ada lagi...

Saturday, 25 Dec 2010

Bangun agak lewat coz ngantuk kot Aisy ni..lagi pun dia tak boleh tidur pun semalam..aku balik dari kubur abah baru lah dia bangun...makan-makan, minum-minum..terus mandikan dia...Lepas mandi siap-siap nak gi festival Asyura..waktu ni dah nampak dia ngantuk tapi tak tidur pun dalam kereta..lompat2 lagi..tapi sepanjang berada kat padang tu, dia nyer cebik2, dia nyer muncung, dia nyer garu2 kepala, dia nyer rambut,...masyaallah..serabai habis..macam orang tengah tension..ingat nak tidur tapi bila naik kereta nak balik, dia tak tidur pun....

Balik tu leh lagi dia main2 dulu...ish-ish...tapi tak lama pas tu dia tidur..lama la jugak..sempat aku memasak dan mengemas rumah mak..Bila mak balik, kami nak makan2, dia bangun lak..biasa la, kalau dah bangun, kena la layan dia makan..main-main..sampai kami pun penat...dia lak macam tak penat...

Petang lepas aku mandikan dia, mak aku bawa dia gi jalan2 depan rumah..menangis bila M.Engku depan rumah aku tu nak ambik dia..belum ambik lagi, baru je cakap.."Laa...sama ngan Fizah watu kecik2 dulu"..of coz la, dia kan Norhanafizah junior...

Sian dia mak bawa dia naik motor lak jalan2 ngan adik. Menangis lagi bila M.De & Anura nak ambik dia...mak terus balik, bila balik elok je dia diam...siap P.De datang beli barang dia boleh tegur lak..pada hal tadi kat rumah orang tu dia bantai melalak...buat malu mama je Aisy ni...

Cerita yang ni paling aku suka..malam tu lepak2 sambil tengok tv..Aisy biasa la baca buku animal dia la..Adik aku saje je nak tunjuk2 kat dia tapi dia nyer kedekut, mana nak bagi buku tu kat orang lain...adik pun sorokkan buku bawah badan..Aisy dia cari tak jumpa..dia jerit..."Ah..ah...ah"..cari2 lagi..jerit lagi..cari2...jerit lagi...buku tu memang tak de kat situ bila De lak ambik sorok bawah bantal. Tak nak tengok dia marah, mak suruh bagi je buku tu..so letak tepi aku...dia tak nak ko..dia ingat buku lain..dia cari2 lagi kat bawah badan adik...sambil jerit2...mak marah kitorang la usik dia..lastly kitorang letak balik buku tu bawah adik & dia jumpa..bila jumpa dia terus merangkak gi kat abah dia..merajuk la tu..terus tak datang dah kat kitaorang ni.....

Sunday, 26 Dec 2010

Hari ni Aisy macam biasa je..tak de apa pun yang menarik...tapi dia nyer manja, tak tahu lah nak cakap macamana..sebelum balik tu minum susu dengan C.Su dia bukan main lama lagi..hisap lambat2..tak nak balik agaknya...

Sepanjang jalan yang jam tu dia leh bantai tidor je...lenguh aku pangku kepala dia yang dah berat tu...sampai je rumah rehat2 dulu sebelum layan bola..layan si kecik makan la..bila dah start Malaysia gol, aku ngan husband memang jerit, tapi husband aku pi lambung budak tu..dia nyer terkejut..senyap je dia tengok mama & abah dia menjerit macam orang kena histeria..sian Aisy, berapa kali kena lambung aku pun tak tau ngan husband aku sampai diam terkedu...

Monday, 27 Dec 2010

Pagi tadi menghantar Aisy bersama husband ke nursery..sama2 hantar ke muka pintu..waktu tu Aisy dah menangis kerana sudah 2 hari bersama mama...petang nanti mama ambik ok..jangan nangis2 ye sayang...

Festival Asyura Peringkat Negeri Pahang

Dua hari berhujung minggu di kampung adalah perkara yang amat-amat aku suka..i lke it..suka suka suka...walaupun masa tu macam tak terkejar bila berada di kampung, tapi itu sungguh membahagiakan..

Hari Asyura, 10 Muharram, bukan sahaja disunatkan berpuasa tapi juga biasanya kampung aku juga meriah dengan bubur asyura. Biasanya family kitorang akan buat kat rumah share ngan jiran2 kat rumah dan yang lagi satu part buat satu kampung. So dua kali mak pergi kacau bubur asyura.

Bubur asyura resipi mak aku adalah bubur asyura yang berempah..yummy, sedap betul..i like it..tambah lak kalau yang baru je masak yang masih lagi lebik2 kat dalam kawah tu...panas2 pun dah cedok dalam pinggan then makan ngan sudu..sedap sungguh...kalau yang kampung aku lak yang warna kelabu dan rasa dia manis-manis je..sedap lagi resepi mak..manis2 dan pedas..sedapnya...

Sabtu, 25.12.2010 berlangsungnya Festival Asyura peringkat negeri Pahang kat Felda Lembah Klau, Raub, Pahang. Sebelah kampung aku je..kampung aku sendiri menghantar 4 penyertaan. setiap group ada 5 orang. Bila daftar je JKIP pun dah bagi RM500 untuk penyertaan.

Pertandingan mak yang masuk, tapi yang bersengkang mata menyediakan alat2 hiasan dan peralatan kami adik beradik. Sekejap kuar ke bandar Raub untuk beli barang tak cukup, tak tidur malam menyiapkan hiasan meja..kelakar lak..itu yang aku cakap ngan adik aku, rugi tul, kalau kita masuk buat satu team pun dah cukup. tapi duit RM500.00. Berbaloi apa balik kampung...hahaha, tapi betul apa...

Pertandingan ni bermula seawal 8.00 pagi tapi aku gi sana pun dalam kul 11.00 lebih..tak dok lama pun coz mata Aisy macam tak boleh buka, macam ngantuk gila..pastu berpeluh dia tak tau la...basah habis baju,panas la katakan..kul 12.00 lebih kami balik..waktu kami datang tu, pasukan mak dah sipa masak pun..tapi ada gak yang belum siap...

Festival ni disertai oleh pelbagai persatuan, pelbagai daerah..maklum la, peringkat negeri Pahang. Tak silap aku ada 60 lebih team yang sertai..tapi mak aku tak menang pun...yang menang 1st persatuan isteri2 Bomba, MPK Kuantan tempat kedua, Third aku tak ingat la...

Apa yang kami dapat, penat tapi happy...dapat makan bubur asyura yang yummy yummy yummy..yang aku terkejut gak bila aku tengok husband aku pun dah terikut2 macam aku yang makan bubur asyura waktu panas...tapi dia bukan panas je, yang aku simpan dalam peti pun dia belasah makan..macam suka lak...dulu mula2 kahwin dia tak suka pun makan...macam2 la....

Friday, December 24, 2010

Quilling Paper.........

SEmalam aku saje-saje buka gambar yang ditag untuk kawan aku dalam FB..tajuk photo album tu 'Dunia Kertas'..bila buka je semua photo dalam tu,subhanallah..cantiknya...aku jatuh cinta dengan seni quilling paper ni...

SEmalam jugak aku terus menggoogle dan layari you tube untuk lihat lebih terperinci macamana mereka-mereka ni menghasilkan seni quilling yang indah ni..alhamdulillah..aku rasa aku dah tau dan akan cuba....

Yang pasti, aku berusaha untuk mencari quilling tools secepat yang mungkin...bila dah expert nanti, boleh la aku ajar Aisy nanti...dan yang pasti,aku rasa macam nak belajar macam2 seni lagi supaya aku boleh ajar Aisy bila dia dah pandai dan tau macamana nak pegang kertas..gunting2 kertas..boleh jugak hantar dia ke kelas craft...macam2 boleh dia belajar...kelas bakery pun ok gak..boleh dia belajar buat kek...em,panjang sungguh angan2 aku ni....

Untuk semua kawan-kawan, jom joint activity ni dengan anak2 bila ada masa lapang...banyak manfaatnya...







All pic credit from FB Namizam Itu Aku

Wednesday, December 22, 2010

Lagenda Budak Setan............

Emmm...thumbs up untuk penulis cerita ni..Ahadiat Akashah..I love so much this storey...since aku budak2 sekolah lagi aku dah baca buku ni...

Dulu buku dia kuar dalam banyak version..1st, budak setan,cerita zaman sekolah..yg 2nd, budak setan II..cerita kat Universiti  tak silap aku...dah tak ingat sangat novel dia tapi aku masih lagi ingat part2 yang sedih..

Bila Budak Setan dibukukan menjadi Lagenda Budak Setan, aku teringin sangat memiliki novel yang teramat tebal tu..aku ingat lagi, waktu tu ada pameran buku kat DSI, UTM waktu aku study kat sana..baru 1st year kat U waktu tu..teringin memilikinya tapi aku berbelah bahagi untuk memiliki buku 50 Wasiat Untuk Wanita Daripada Rasulullah SAW...sudahnya, aku tolak novel Lagenda Budak Setan. Lepas pada tu, aku dah tak jumpa pun novel tu sampai sekarang...

Bila Lagenda BUdak SEtan difilemkan, teringin nak tengok tapi takut perasaan hampa bila hasil filem tersebut tak seindah dalam novel...pelakon? Aku rasa sangat sesuai Farid Kamil - Kashah & Lisa Surihani - Ayu..walaupun skrip dan cerita asal masih lagi Ahadiat Akshah yang buat, tapi aku tak yakin..tunggu CD je la....

Dan akhirnya, aku berkesempatan menonton DVD Lagenda BUdak SEtan...sedih betul cerita tu kan..cuma kurang menarik coz LIsa Surihani dah tak de bila dia dah ubah muka...huhuhu...tapi bila dah sampai situ, mula la rasa sedih je..bercucuran lah air mata aku..terlalu emosi kah aku atau cerita tu memang sedih? Aku pun tak tahu..husband aku rileks je tengok....

Kenapa aku buat entry ni? bila sekarang ni aku kat office aku terdengar lagu Gio- BIla Cinta....huhuhu..rasa macam nak nangis....jom layan lagu ni....

Lirik Lagu – Gio – Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan