Friday, March 26, 2010

Pendaftaran Sijil Beranak.........

Hari ni husband aku akan pulang ke KL untuk mendaftar kelahiran adik..nama yang kami pilih akhirnya "Rahadatul Aisy"..nampak sesuai dengan adik bila panggil dia Aisy..dia tak menangis atau mana2 reaksi tidak menerima.....alhamdulillah..boleh diteruskan...

Tapi biasa la..bila pergi sana, dia nak buku merah aku yang original lak..macam2..terpaksa husband aku dari KL patah balik ke Raub..lepas Jumaat baru pergi semula...

Husband aku tak balik semula ke sini coz ada majlis perkahwinan di rumah pakciknya di Cheras. PIL aku juga ke sana. Bila hari jumaat, C.De & C.Su akan balik tengok Aisy la hari ni...diorag tu memang rindu sangat kat Aisy...

Wednesday, March 24, 2010

Gastrik.........

Seperti biasa sarapan aku adalah roti dan air milo..ntah apa kena hari ni aku mengalami muntah2 dan cirit-birit..nasib baik waktu nurse datang rumah tadi darah aku tak naik...pada hal, perut aku memulas dan rasa nak muntah...

Sehingga ke tengahari masih tak hilang..masih dalam keadaan yang sama dan makin teruk nampaknya...mak aku suruh husband aku bawa ke klinik sg. Ruan..

Bila dalam kereta rasa sakit berkurangan...ni la aku..bila nak jumpa doc je mesti dah ok..hahaha..macam budak kecik je..apa la aku ni...

Sampai je di klinik cheam, doc perempuan ni memang baik sangat...dia juga akan bual2 dengan kita..banyak info yang dia akan share ngan kita..dari aku pregnant hari tu lagi dia banyak bagi aku ilmu...

Dia beritahu aku, aku dah kena gastrik..dia tanya sama ada nak inject atau ubat..aku ambik injection lagi cepat baik...memang betul2 berkesan. dalam kereta on the way balik tu pun aku dah tak sakit...tak rasa nak muntah atau perut memulas-mulas..

Doc tu pesan jangan makan roti coz roti ada yis..tak elok untuk orang bersalin..dia juga macam malayu..cuma boleh makan sayur sawi, ikan rebus je..jangan letak kunyit...minum hanya milo..betul2 macam apa aku makan sekarang cuma tiap2 pagi aku breakfast roti ok..mungkin roti dah expired hari ni...

Secara kesimpulannya, berpantang ni banyak benda kena jaga..so aku akan ingat semua ni bila anak kedua nanti..insyaallah..kalau ada rezeki...

Tuesday, March 23, 2010

BP Tinggi...Nyaris ke Hospital...........

Hari ni hari kedua nurse datang rumah..hari kedua jugak aku berurut dan mandi air pelbagai daun..untuk kuruskan badan, kena iukt amalan orang2 tua...

Kali ni teruk..yang datang rumah nurse Mazni, dia senior sikit..bila bp aku mencecah 140/110 dia nak refer aku ke hospital lepas dia call doc kat Raub...aku nangis2 tak nak..bukan apa..kalau kat wad aku ngan Aisy je..aku betul2 tak larat...kat rumah ok sikit..ada gak mak yang tolong aku...

Dia bagi peluang kat aku makan ubat dan lepas kul 2 dia datang semula...tapi bila aku makan je ubat, kepala aku berdenyut gila..macam nak pecah je rasanya...aku tak pernah rasa sakit kepala yang amat sangat macam hari ini...pukul 2.00 lebih nurse tu datang bawa ambulan sekali...tapi bila check tekanan darah aku dah turun...110/80...aku menarik nafas lega walaupun kepala aku saki sangat sekarang ni....

Tadi waktu nurse tu datang, husband aku pun tak de...Aisy lak dah naik kuning kat dada...mak cepat2 suruh by belikan bunga kuning...petang ni boleh mandikan Aisy dengan bunga kuning tu...

Sebelum bersalin, bp tinggi, dah bersalin pun bp tinggi..dahsyat tul aku ni..baru anak 1st, kalau ada rezeki yang secong nanti aku tak tau apa lagi masalah aku...harap2 ok...

Monday, March 22, 2010

Hari 1st nurse datang rumah tengok adik....

Hari ni abah bawa buku adik pergi ke Klinik Kesihatan Kecil kat Lembah Klau untuk daftar kelahiran..nanti nurse akan datang check adik dan mama juga...

Baru je abah pergi, nurse pun dah datang..tapi abah tak balik lagi dari Raub..ntah apa dia cari kat raub tu...
darah mama tinggi sikit tapi ok lagi...

Nurse datang kejap je...mama pun hari ni 1st berurut dan bertungku...harap-harap boleh kurus semula....makan ubat juga..ubat aku beli ngan sendayu tinggi ni tak tau la mujarab ke x..aku cuma fikir malas nak susahkan mak aku je untuk buat ubat letak kat perut..beli lagi senang...lagi satu dengan harapan akan kurus semula...badan aku naik sampai jadi 72kg bila last skali aku check up sehari sebelum bersalin..gemuknya aku.....

Adik hari ni macam biasa jugak..tak ada perubahan langsung....tidur, minum susu, berak..tu je...senang betul nak jaga..tak nangis pun kecuali berak tapi lambat buang pampers adik...adik geli agaknya...cuma malam macam biasa la,tidur pasti tak lena coz adik akan berjaga waktu malam...

Sunday, March 21, 2010

Adik Hari ke 3.......

Hari ni hari ketiga adik...mama tak pandai lagi mandikan adik..tokma adik yang mandikan adik..adik macam nak kena kuning dah..tapi tokma adik mandikan adik dengan air daun belimbing buluh...semoga adik tak kena kuning ye...

Adik baik je hari ni...hisap susu mama tapi adik suka gigit puting mama sampai luka..gusi adik kuat sangat..macam ada gigi...baru 3 hari tapi adik macam dah kuat je....

Hari ni juga C.Su & C.De balik ke KL..minggu depan lak baru balik..abah cuti seminggu..jaga mama dan adik...