Tuesday, March 23, 2010

BP Tinggi...Nyaris ke Hospital...........

Hari ni hari kedua nurse datang rumah..hari kedua jugak aku berurut dan mandi air pelbagai daun..untuk kuruskan badan, kena iukt amalan orang2 tua...

Kali ni teruk..yang datang rumah nurse Mazni, dia senior sikit..bila bp aku mencecah 140/110 dia nak refer aku ke hospital lepas dia call doc kat Raub...aku nangis2 tak nak..bukan apa..kalau kat wad aku ngan Aisy je..aku betul2 tak larat...kat rumah ok sikit..ada gak mak yang tolong aku...

Dia bagi peluang kat aku makan ubat dan lepas kul 2 dia datang semula...tapi bila aku makan je ubat, kepala aku berdenyut gila..macam nak pecah je rasanya...aku tak pernah rasa sakit kepala yang amat sangat macam hari ini...pukul 2.00 lebih nurse tu datang bawa ambulan sekali...tapi bila check tekanan darah aku dah turun...110/80...aku menarik nafas lega walaupun kepala aku saki sangat sekarang ni....

Tadi waktu nurse tu datang, husband aku pun tak de...Aisy lak dah naik kuning kat dada...mak cepat2 suruh by belikan bunga kuning...petang ni boleh mandikan Aisy dengan bunga kuning tu...

Sebelum bersalin, bp tinggi, dah bersalin pun bp tinggi..dahsyat tul aku ni..baru anak 1st, kalau ada rezeki yang secong nanti aku tak tau apa lagi masalah aku...harap2 ok...

No comments:

Post a Comment