Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu.

Terima kasih atas segala ilmu yang dikau curahkan.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik cikgu-cikgu.

Terima kasih sekali lagi.

Sayang kamu semua dari hati yang paling dalam.



Bila tiba Hari Guru, rasa macam sangat-sangat teruja je nak wish family terutamanya sebab rasa macam ramai je jadi cikgu.

Tapi kali ni bila kira balik, eh dah tak ramai pun..cuma ada bapa saudara dengan wife dia dan cousin aku dua orang dan husband cousin aku. Ada lima je? 

Sebelum ni pun bukan ramai pun cuma seorang jer yang dah tak de tapi rasa macam ramai pulak.

Setiap tahun Hari Guru aku tak sempat pun nak prepare gift untuk teacher sekolah GA anak aku ni tapi tahun ni rasa nak bagi. Lagi pun sebab Aisy dah last year.



Tak beli apa-apa pun, just buat kad dan letak dalam frame je. Itu pun malam tadi baru siap. Bayangkan semua barang nak buat dah prepare last week tapi bukan main susah lagi nak mulakan kerja-kerja DIY ni.

Bukan tak de masa, ada masa nak buat tapi aku cari masa yang anak aku terutama si kecik tu tidur. Tak suka nak keluarkan gunting dan kertas ni kalau ada dia. Nanti dia paling sibuk.

Sebab buat last minit malam tadi, terpaksa la bersilat dengan anak-anak tiga orang tu nak siapkan dua kad je pun.

Bila dah siap, Aisy request nak bagi kat semua cikgu-cikgu kat GA. Aku just prepare dua je untuk teacher kelas dia dan Amni je sebab aku tahu aku banyak halangan nak bagi siapkan benda alah ni.

Hari ni kena la pergi cari bahan lagi untuk siapkan lagi enam kad dan enam lagi frame. Mampu ke aku siapkan 6 kad dalam satu malam ni?????

2 comments:

  1. Kreatif nye hang... aku just beli hadiah letak dlm paper bag je. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kreatif sangat pun. Sj lama betul aku tak dpt pegang gunting kertas colour ni. Aku rasa aku ni tersalah bidang bljr & kerja. huhuhu...dah terlambat

      Delete