Monday, November 30, 2015

Little Ihtifal Genius Aulad 2015

Biasa la hujung-hujung tahun mesti semua sekolah tak kisah la dari sekolah tadika sampai la ke sekolah menengah mesti ada majlis graduation la, majlis penyampaian hadiah la. Yang paling meriah mestilah budak tadika sebab mak pak kena datang sekali.

Tahun ni tema bagi Little Ihtifal Genius Aulad adalah " Stories From Sea". Aku rasa semua branch buat benda yang sama start dari cerita, tarian dan juga nyanyian. Venue masih sama macam tahun lepar di Dwan Auditorium Muzium Negara..




Tahun ni aku ada dua anak yang terlibat dengan persembahan tapi budak berdua ni hanya pergi practice dua tiga kali je kot sebab hujung-hujung thun ni banyak sangat ponteng sekolah. Start dengan jerebu sampai la terkena chicken pox.

Amni anak aku yang 4 years tu cuma kena nyanyi beramai-ramai je. Kena pakai baju dan tight kuning. Ikan apa yang kuning? Selar kuning ke ikan yang kena jaundice?

Nasib baik juga la dia nak joint waktu sampai kat tempat registration tu sebab pagi tu dia tak nak mandi. Nangis-nangis tak nak pergi. Lepas mandi elok je pakai baju kuning dia. Kesian dia, chicken pox tak baik baik lagi. Parut bersepah dekat muka. 

Aisy pula memang sentiasa over excited. Diorang sekolah tau satu minggu lepas. Aku tanya dia buat apa pergi sekolah? Dia kata practice...dan paling dia suka hari Rabu lepas sebab dapat naik bas ramai-ramai ke Muzium Negara untuk rehearsal.

Aisy pegang watak Jelly Fish so dia kena pakai dress sambil pegang payung. Dialog yang dia kena cakap cuma "I'm so hungry". Tak pergi practice pun tak pe..senang je nak hafal...

Macam biasa, majlis start dalam pukul 9.30 dan kali ni kami adalah parents yang agak terakhir jugak datang sebab last year kami datang awal tapi lambat jugak show tu start. Langsung penat melayan anak kecik bujang tu. Lagipun dari rumah aku just 10 minit je dah sampai Muzium Negara tu.



Majlis mula dengan sessi konvokesyen untuk six years. Tahun ni yang aku perasan diorang pakai jubah ke tahun lepas dah pakai tapi aku yang tak perasan.



Habis sessi konvokesyen, start show dengan persembahan 6 Al-Razi cerita Bahtera Nabi Nuh. Then show untuk 5 Andalus & 5 Baghdad yang cerita tentang kehidupan dalam laut dan sikap manusia yang suka buang sampah. Habis cerita diorang menari pulak lagu "Let It Go" dalam slot No One Knows.




Lepas tu sambung balik show budak 6 years kelas 6 Damsyik & 6 Istanbul untuk slot Little Orange Clownfish. Aku tak pay attention pun persembahan yang lain sebab anak bujang ni bukan boleh duduk diam. Habis satu dewan tu dia nak road tour. Habis 6 years, 5 Kaherah & 5 Ibnu Khaldun pulak yang buat persembahan "Funny Looking Seaweed"

Habis yang 5 years tu barulah Amni buat persembahan pulak nyanyi lagu "I am thankful". Four years ni ada satu kelas je sebab 6 orang je kan...Dia tak nyanyi sangat pun. Mujur dia nak naik pentas je.

Last sekali acara lucky draw yang tak pernah nak ada luck untuk aku. Ada 6 hadiah kot..nombor yang dipanggil pun banyak parents tak naik may be dah balik. Tapi tak dapat jugak kat aku. Nampak sangat tak de luck. 

Balik...kesian budak-budak ni lapar. Aku ingat makanan yang parents makan kat luar tu budak-budak dapat makan, rupa-rupanya diorang tak makan apa-apa pun. Nasib baik anak-anak aku dah aku siapkan bekal yang diorang makan dalam kereta otw ke show tadi.

Secara overall, banyak yang aku rasa kurang puas hati cara susunan aturcara majlis dan juga persembahan. Sepatutnya show ni lebih baik dari tahun lepas, tapi tahun ni lagi kurang menarik.

Kat sini aku nak bagi cadangan la kepada yang rasa-rasa akan terlibat dengan persembahan anak-anak tadika ni kan...

1. Majlis Rasmi

Sepatutnya mana-mana majlis rasmi kita mulakan dengan nyanyikan lagu Negaraku dulu dan bacaan doa. Waktu tu kita boleh tengok semua parents berdiri tegak dan hormat pada Negara kita ni.

2. Acara konvokesyen

Mainkan lagu gamelan atau mana-mana muzik tradisional lagi menarik kot. Pastu scroll tu pun tukar dalam bentuk macam buku ni. Cantik kan?



3. Piala Iringan / Trofi / Medal

Sertakan juga pelajar terbaik. Walaupun GA ni tak de exam, tapi penilaian tu tidak semestinya dari exam sahaja. Pelajar terbaik juga bukanlah 100% akademik. Macam aku sekolah tabika KEMAS dulu, dapat pelajar terbaik dapatlah piala iringan tu. Pegang la setahun je..

Bagi la jugak cenderahati dalam bentuk medal atau plaque untuk semua anak-anak tadika yang konvo ni. Boleh simpan dalam bilik anak-anak dengan gambar konvo diorang. 
 

3. Persembahan

Sepatutnya show 6 years tak boleh buat lepas majlis konvo sebab budak2 ni semua ambik masa nak tukar baju untuk perembahan. So, kita bagi kat kelas yang tidak terlibat dengan konvo.

Bagi kat budak 4 years adalah lebih baik sebab diorang ni kan kecik lagi. Kesian diorang nak tunggu yang last sekali baru buat persembahan.


Persembahan yang menarik adalah persembahan yang tidak membosankan. Memang kita nak tunjukkan yang anak-anak ni bersekolah sampai dah boleh bercerita tapi aku rasa kalau cerita tu tak boleh difahami lebih baik kita yang dewasa ni jadi suara belakang pentas. 

Tapi tak payah la kau buat story telling pulak. Just mukadimah dan penutup je. Banyakkan dialog budak-budak ni bercakap macam nampak diorang ni berbual sambil bercerita. Pastu cerita buat macam ala-ala musical gitu.

Kalau tanya idea aku macamana nak buat event ni? 

Aku campur je budak ni bagi penuh pentas sebab pentas Auditorium ni sangat besar tau. Setiap cerita tu bersambung-sambung tapi dari berlainan sudut. Contohnya kalau kita nak startkan dengan nyanyian, kita letak diorang kat depan pentas tapi kiri kanan ni ni dah penuh dengan susunan watak-watak cerita lain. 

Habis je budak group A nyanyi, kita ajar diorang gerak ke belakang sedikit ambik alih tempat group B yang akan ke hadapan untuk bercerita. 

Dalam bercerita patut ada selingan nyanyian dan juga tarian. Barulah macam seronok. Tambah lak budak-budak kecik ni kalau pakai baju macam-macam fesyen boleh bagi. Diorang kan comel-comel je. 

Pasal props? Tak jadi masalah la..props boleh masuk keluar dengan senang je sebenarnya. Kan ada person in charge yang dah ditugaskan untuk susun props, so diorang akan masukkan dan keluarkan props secara tersusun tanpa cacatkan persembahan. Percaya la..benda ni kalau practice memang makes perfect.

 







No comments:

Post a Comment