Friday, April 24, 2015

Aisy : Pengalaman Pertama Ambil Darah

Setelah hampir empat tahun tak silap aku, akhirnya demam tu datang kembali kepada Aisy. Hehehe...

Friday last week balik dari sekolah tiba tiba je badan dia panas sangat2. Kebetulan pulak dia tak duduk nursery sebab mak aku ada kat KL, tu yang kena tunggu abah dia balik baru boleh makan ubat.

Khamis malam tu dia memang tidur awal sebab dia tak tidur siang. Bila tengah malam tu aku tersedar yang dia mengigau bercakap marah-marah. Dia marahkan mak aku biarkan rumah kat kampung tu hitam. 

Aku rasa Aisy ni masih lagi takut atau trauma dengan kebakaran. Rumah mak tu memang ada lagi la kesan2 asap hitam di dinding dan siling. Ada juga kayu atap yang terbakar mak tak tukar sebab tak boleh nak buang dan gantikan yang baru.

Lepas makan ubat petang jumaat tu dia ok. Weekend tu memang tak balik kampung tapi dia macam tak demam la. Setakat 37 je suhu dia. Bila Isnin malam dia demam semula. Pagi selasa pun sama membawa sampai ke petang.

Kira-kira dah masuk lima hari dah ni dia demam. Kita ni dah takut la sebab macam2 kes berlaku kat budak di Johor (HFMD) dan Melaka (suspek H1N1) sampai meninggal. Kes Denggi lagi area kawasan rumah aku tu.

Tanda-tanda semua sakit di atas memang tak ada tapi selama lima hari dia demam onn off, cirit birit, hilang selera makan, tak aktif macam biasa. Bercakap pun  tak nak sangat. Aktiviti melukis langsung la tak de. Dia asyik tidur je.

Lepas Mahgrib je, kami terus ke Hospital Selayang di Fever Centre. Lepas jumpa doctor, dia decide ambik darah jugak walaupun semua simpton sakit di atas memang tak ada. Aku memang dah standby beg dalam kereta in case kalau kena warded kan. Pengalaman mengajar aku untuk bersedia dalam apa jua keadaan.

Ala..kesiannya Aisy. Badan dia kan chubby, so bila MO ke MA aku pun tak pasti jawatan2 kat hospital ni nak ambik darah dia, 1st try kat tangan dia. Aisy kental sungguh, tak nangis pun bila jarum tu dah masuk dalam tangan di tolak ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan sampai tak terkira la aku tengok Mo tu buat tapi darah tak keluar juga. Ni confirm tak jumpa cari salur darah.

Tukar pulak ke lengan. Kali ni dah tak tahan sangat dah agaknya, langsung menangis. Mujur sangat la dia tak meronta atau lari cuma menangis je. huhuhu... kesian kat dia. Akhirnya, bila result keluar semuanya negatif. Platlet darah dia pun 200 doc cakap, cuma doc bimbang jugak sebab sudah lima hari kan demam. Doc cakap kalau demam jugak dalam dua hari ni, kena datang semula hospital.

Tapi anak2 aku ni memang kena bawa ke klinik atau hospital, baru la sembuh agaknya. Diorang ni suka sangat agaknya bila dapat jumpa doctor. Semoga besar nanti korang je la jadi doctor, mama pun senang sikit. Tak payah bersusah payah ke hospital.

No comments:

Post a Comment