Friday, August 15, 2014

Jamuan Raya Anak-Anak

Start Jumaat minggu lepas jamuan di taska Amni, Jumaat minggu ni pulak jamuan raya tadika Aisy lak.

Kat sini aku nak kongsi apa je yang aku sedekahkan untuk hidangan anak-anak memandangkan mak budak tak ada cuti untuk masak makanan berat. Niat hati memang ada tapi takkan aku hantar makanan berat tu pagi2 sekali sama macam aku hantar diorang kan!.

Untuk taska Amni, aku just belikan biskut-biskut yang boleh budak-budak ni makan la. Memandangkan tahun ni aku tak beli langsung kuih raya, maknanya aku tak de kuih raya kat rumah.

So, aku belikan 5 jenis biskut yang kebiasaannya budak-budak suka. Aku beli biskut Oreo, Chipsmore, Munchy's Music Cubes, Munchy's Music Gigabite dan biskut Panda.

Semua biskut tu aku isikan dalam balang kecik plastik yang tutup merah tu je. Senang diorang nak makan, kalau tak habis still taska boleh simpan untuk makan kemudian hari.

Untuk jamuan tadika Aisy lak, niat hati nak share dengan adik je masak nasi minyak sebab offc adik aku pun ada jamuan hari ni. Dia pun ambik tempahan untuk makan 50 orang.

Tapi memandangkan pukul berapa nak hantar nasi tu sebab budak tadika kan balik pukul 11.00, adik aku lak baru siap masak kot pukul 11.00 tu sebab offc kan makan tengahari je.

Aku pun terniat jugak nak masak sendiri je tapi rasa macam awal pagi lak hantar nasi tu. Kalau diorang makan pukul 10.00 pun, macam tak kena lak kan.

So, aku decide share dengan adik aku gak buat agar-agar. Kira tumpang yang dia masak lah. Aku tak pandai buat agar-agar ni, takut tak jadi lak kan. Karipap lak aku order dari jiran aku. 20 biji je aku order sebab budak bukan makan banyak mana pun kan.

Cerita pasal karipap ni, sebenarnya aku nak order yang dah siap goreng je. Al maklum la, aku ni bukan rajin sangat nak bangun pagi2 memasak kan. Tambah lak kalau goreng karipap, kan kena selalu balik-balik kan dia. Nanti hangus lak kan kalau main tinggal je dalam kuali.

Husband aku ni lak tak fikir macam tu, dia terus je order yang frozen. Nah bagi kat aku. Malas nak cakapp apa, aku just niat dalam hati kalau rajin bangun goreng, kalau malas tak payah bawak.

Nasib baik pagi tadi malas-malas pun aku bangun juga. Gigih goreng karipap pagi-pagi buta ko Jah. Kau ada?

Jadilah menu jamuan yang Aisy bawa ke sekolah dia, agar-agar merah, karipap, biskut chipsmore & biskut oreo je.

Tak pe la, kalau ada rezeki tahun depan mama masak betul2 punya menu raya sebab tahun depan insyaallah, korang berdua akan sekolah sama-sama kan!

P/S : Sesiapa nak order makan nasi minyak yang bukan dalam kuantiti banyak I boleh arrange ok. Sama gak dengan karipap frozen. Karipap ni sedap tau. Harga boleh pm aku ye kat fizah_hana@yahoo.com

No comments:

Post a Comment