Thursday, August 14, 2014

Hari Raya 2014

Hehehe...

Ketupat,rendang dan lemang dah basi baru aku nak cerita tentang hari raya. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua readers blog ni.

Family Potret Raya 2014. Cantik tak?

Sorry, blog ni on off, on off, on off lama-lama off selamanya. Banyak cerita nak tulis tapi tak de masa betul nak menulis dalam blog ni. Ececeh..macam kan busy sangat la, cakap je la engkau malas kan. Ketuk kepala sendiri sebab kemalasan yang melanda



Sebab apa baru hari ni nak buat entry hari raya, sebab aku baru raya hari ni...hahahaha..raya aku raya sakan tau sebab aku dah berjaya menggantikan puasa yang tinggal dan jugak puasa sunat sekali. Ko ado????Kalau ado kito geng la. Boleh rayo sakan...

Cerita pasal raya, raya pertama of course ikut husband balik rumah dia la. Cakap macam kan tiap2 tahun balik raya rumah mertua je pada hal dah lima tahun kot raya rumah aku. Setelah lima tahun, ni la kami balik semula ke perak untuk beraya sebab selalunya mak mertua aku akan beraya ke pahang jugak sebab mereka semua beraya rumah nenek husband aku. Cuma sebab akan ada kenduri kahwin kat rumah pakngah dia this weekend je la menyebabkan mak mertua aku tak balik ke Pahang.

Kami ke Perak sehari je sebelum raya iaitu Ahad sebab kami berjaya memujuk Aisy untuk pergi ke rumah orang lain selain nak tinggal di rumah sendiri dan jugak rumah mak aku. Sebelum tu dah gaduh ngan Rizal sebab dia kecik hati aku tak nak balik Sabtu lagi rumah mak dia. Aku bukan tak nak balik, tapi memandangkan cik abang nak beraya, lebih baik kita balik sehari sebelum raya. Kalau Aisy menangis nak balik pun kita pujuk dia dapatlah semalaman then lepas solat raya boleh balik Pahang

Buatnya balik Sabtu ke Perak, dia mengamuk nak balik, Ahad dah kena balik ke Pahang. Lagi hang kocik hati ye dak Rizal.

Apa yang aku jangka memang terjadi punya. Kami sampai Perak dalam pukul 11.00 lebih je sebab bertolak awal, jalan pun tak jam. Mula-mula sampai walaupun tak segembira kalau balik rumah mak aku, kurang-kurang dia nak salam dan masuk tu kira ok la kan. Tambah ada wifi.

Kerja dia asyik je la nak melayan cerita Winx Club tu. Anak aku dah rupa iklan raya kat RTm tu je kan!!!

Aisy ok, Amni lak tak ok. Sepanjang hari menangis sampai ke petang, abah dia syok je tidur tinggal kat kita ni nak mengasuh lak. Geram jugak sebab dia janji dengan budak-budak tu nak bawa gi Tesco (1km) je dari rumah mak mertua aku tu, tapi dia bantai tidur. Yang budak dua orang tu asyikla hok hek hok hek kat aku bila nak pergi Tesco.

Happy dapat gi Tesco balik tertidur budak2 tu. Tapi bila bangun tidur, pukul 7.00 macam tu sebab tunggu masa nak berbuka je, husband nak minum laici, so nak beli kat Tesco lagi ni..mentang-mentang Tesco dekat kan, asyiklah nak ke sana je. Samapai kat Tesco, Aisy menangis nak balik KL pulak.

Sudah la.....dia punya mengamuk sampai abah dia pun naik angin. Aku dah cakap..aku dah kenal anak aku macam mana

Wan dia pujuk-pujuk, senyaplah kejap. Siap boleh makan nasi lagi buka puasa tu. Aku tak tahu apa yang mereka pujukkan dalam bilik sebab aku tengah mandikan Amsyar kat luar. Tapi bila dah lepas Isyak tu dia remind kat aku pukul 11.00 malam nanti kita balik KL.

Pujuk-pujuk punya pujuk sampai tidur lah malam tu. Pagi-pagi bangun pakai baju raya dia dah bising abah dia lambat sangat balik dari masjid sembahyang raya. Dia dah sibuk nak balik KL dah ni. Sambil2 tu aku pujuk jugak dia ajak dia pergi rumah kawan2 aku. Alhamdulillah , dia nak.

So, jadilah sesi berjalan raya ke rumah kawan2 aku sama study kat UTM dulu, sama2 dok bujang sewa rumah kat Pandan sebelum kami semua kahwin.

Beraya kat rumah Rubi. Tengok betapa serabai nye aku


1st, rumah Habibah kat Tanjung Tualang. Tak jauh pun dari Seri Iskandar tu. Alhamdulillah, anak2 aku ok je. Siap makan kuah kari si Aisy tu, orang makan dengan tosei..dia makan ubi kentang je. Kenyang makan ajak balikle, apa lagi. Bagus tak anak aku.

Tapi siap makan kami ke Parit pulak rumah Rubi. Makan lah kami lagi kat sini sebab ada nasi minyak macam kat rumah mak aku je pagi2 raya kan. Harus teringat kat kampung aku kan...

Tapi tak lama dah dok sini, Aisy n amni ajak balik, Amsyar dah mengamuk nak susu. Mereka dah penat kot..aku n Rizal je rasa tak penat..tak puas nak berbual dengan kawan2 lama ni. Jumpa dah la jarang sekali, tapi tak boleh lama pulak.

Tunggu dua tahun lagilah boleh raya sama-sama lagi sebab next year diorang raya belah husband lak.

Sampai rumah mak mertua aku pun dah pukul dua, kemas-kemas semua..pukul 3.00 kami bertolak balik. 

Dah sampai ke Perak ni, rasa tak sah kalau tak beli buah limau bali tu. Singgah RTC Gopeng, ingatkan murah tapi harga lebih kurang sama je. Tapi beli jugak la sebab teringin nak makan.

Gila laju Rizal bawa kereta, pukul 7.00 dah sampai rumah mak aku kat Lembah Klau tau, bukan sampai kat KL. Laju tak lajunya. Itu pun aku tegur dia bila dia dah masuk jalan ladang sawit area kawasan kampung rumah aku tu. Dia bawa 40km/j je.

Aku : Dah puas tekan minyak ke?
Rizal : Ni jalan kampung mana boleh bawa laju

Ingat dah penat kaki tekan pedal minyak, asal boleh memotong, dia memotong. Mujur aku banyak antara sedar tak sedar sebab ngantuk n tertidur. Kalau tak mesti aku berzikir je sepanjang dalam kereta tu.

Rumah mak tiada hidangan istimewa langsung sebab abang aku pun tak beraya kat sana. Setakat ada nasi impit yang hanya dimasak 20 bungkus yang kecik tu, kuah kacang yang dibeli, sate 20 cucuk buat sendiri tapi bakar dalam periuk ajaib tu je. Lemang ada sebatang yang dibeli pun tak habis, rendang orang bagi pun tak habis.

Diorang pun tak buka rumah langsung, lepas sembahyang raya terus ke kubur dan beraya ke beberapa buah rumah di kampung tu then terus ke rumah sedara mara aku je. Kami sampai pun diorang tak kat rumah.

Raya kedua aku tak ke mana-mana pun sebab penat semalam pun tak habis. Pastu esok dah nak kerja, kna simpan energy nak drive ulang alik dari Lembah Klau ke tempat kerja 3 hari ni.



Cuma malam tu seperti yang telah dirancang, majlis barbeque di rumah kakak arwah abah aku. Itu pun aku pergi lepas Isyak, siap makan aku terus balik.



Bagus la perangai, orang berpanas-panas menghadap asap api, aku sampai je makan terus. Amalkanlah selalu...tapi aku kan ada 3 orang anak yang kena kelek kehulu ke hilir. Tu yang susah nak buat kerja tu. (Alasan baik punya)



Balik cepat sebab majlis pun dah selesai dengan segala makanan sold out. Lagi pun kita nak kerja lah esok wak.

Sebelum tu..nah I belanja uols gambar raya I




No comments:

Post a Comment