Wednesday, December 11, 2013

Welcome to the new world my twins baby



Percaya tak uuoollls kembar di atas adalah anak-anak I? Tak percaya? Sebab apa tak percaya? Kenapa tak percaya? Cer cerita sikit ngan aku kenapa....

Betul la..sebenarnya twins di atas bukanlah anak aku. Cuma anak saudara sahaja.

Kakak ipar aku selamat melahirkan kembar tu pada 09.12.2013 pada jam 3.00 petang kot secara ceaserian.

Nama kembar masih belum tahu lagi tapi mungkinlah Nadzim dan Nadzif tapi tak confirm lagi. pastu yang mana satu tok sah tanya aku la sebab aku tak berapa nak cam la.

Tau je la kan, muka baby baru lahir ni semua pun sama je, inikan kembar lak kan. Lagi la aku confuse.

Cuma beza dua orang ni seorang lahir dengan panjang 51cm and berat 2.4kg tapi yang seorang lagi tu 48cm dan berat dia cuma 2.2kg or 2.0kg. Tok sah tanya aku la mana satu abang dan mana satu adik..aku mana nak ingat...kah kah kah...

Dengan ini, cucu mak aku dengan rasminya telah mempunyai 5 orang. Tiga lelaki (anak abang aku la) dan dua perempuan (anak aku la tue)....mungkinkah akan bertambah? Jawapannya, insyaallah....

Kepada abang dan kakak ipar, tahniah sebab dapat baby twins..untuk anak saudaraku yang jambu lagi mulat, Naqib tahniah sebab dah jadi abang long pada usia setahun empat bulan..hahaha..setahun seorang tu...

Note: Kronologi cucu mak aku : 2010 (Rahadatul Aisy), 2011 (Rauhillah Amni), 2012 (Mohamad Naqib Haiyan), 2013 (Twins boy & boboi), 2014 (??????). Adakah?????



1 comment:

  1. Tahniah..hang dah on d way ke for 2014 baby?

    ReplyDelete