Thursday, December 26, 2013

Pusat Sains Negara

Asal cuti je tak boleh dok diam kat rumah..gatal je kaki nak keluar berjalan..tu yang buat aku tak suka kalau public holiday jatuh tengah2 minggu kerja. Kalau Isnin atau Jumaat boleh la balik kampung. Duit habis kat minyak & tol je...

Destinasi pertama Aeon Jusco Kepong untuk memenuhi permintaan dan janji ditepati kepada puteri tercinta. Isnin tu dia nangis tak nak pergi nursery, nak ikut mama pergi kerja. So kita pujuk dia pergi Jusco hari Rabu. Nah..ambik ko..habis RM 20.00 beli token buat main kat Molly Fantassy tu..mainan yang ntah apa2 tuh...

Setelah menghabiskan duit di Jusco sekali ngan makan la..kami ke Pusat Sains Negara..Niat hati nak ke Aquaria tapi iolls pun tau la husband iolls tu macamana. Dia paling tak suka KLCC kecuali taman mainan tu. Itu pun malam je tau boleh. Siang2 tak boleh pergi sana..Inikan pula hari public holiday kan..confirm jawapan dia menyakitkan hati, lebih baik kita pergi tempat yang dia tak pernah pergi...hahahaha...

Pusat Sains Negara ni terletak di Mont Kiara..dari rumah aku 10 minit je sampai..sungguh heaven kalau dapat kerja kat Suruhanjaya Sekeruti tu ke..dekat gila pergi kerja..jalan pun tak jam..yang jam nyer lepas tol penchala tu pun bukan apa..terlalu ramai orang nak ke The Curve, IKEA & One Utama. Kami sangkut kat situ jap je..sebab jalan lain kan....




Last aku ke sana aku rasa aku form 3 la..Rombongan asrama rasanya. Dari Pahang ke KL pastu ke Melaka. Yang aku nak bawa anak aku ke sana bukan apa, just nak tunjuk aquarium yang kat pintu masuk tu je untuk budak2 tu.






Tiket masuk masih sama macam dulu. Kalau rombongan sekolah still RM2.00 macam dulu. Sekarang pergi sendiri so dewasa RM 6.00. Kanak2 umur anak aku free je tapi ada kanak2 umur berapa ntah RM 3.00 je..Pintu entrance tu kalau tak beli tiket pun aku rasa macam boleh masuk je. Mana ada yang kesah...Tapi kita kena jujur kan..

Kami lama kat pintu entrance tu je sebab banyak ikan kan..anak2 aku suka...kat dalam tu bukan anak2 aku tau pun pasal sains kan..cuma ada la bab sains nak tunjuk macamana daya yang tak nampak tu dijelaskan, diorang boleh nampak bila kita tekan button. So diorang macam seronok kan..

Paling seronok kat Kid's Zone la..anak aku takde nyer main kat tempat umur diorang..dia pergi main kat umur 6 tahun ke atas tu. Dua orang je budak kecik yang berlagak besar main kat situ.




Amni paling suka kat tempat pintu cermin tu. Ulang kali dia masuk lari2 dalam tu. Ada masa dia berlaga gak dengan cermin sebab dia kan kecik lagi, tak tahu mana satu jalan dan mana satu cermin yang boleh nampak orang sebelah kan..Tak tahan nak mengejar dia la..

Lepas tamat lawatan dalam pusat sains tu..kami keluar lepak kat taman luar tu dulu sambil makan aiskrim sebelum masuk Taman Rama-rama kat situ. Water park dia tengah renovate..aku pun tak ingat lah dulu ade ke tidak tapi seingat aku macam tak de pun water park dengan taman rama-rama ni. Kalau water park dia open, mesti orang ramai giler kan..aku rasa macam tak de tempat entrance so free je la kot...




Anak-anak aku sebenarnya dah letih sangat-sangat sebab tempat parking tu jauh sikit la..dengan mendaki lagi, pagi lak bangun awal sangat. Aku baru je nak syok bangun lambat2, tapi diorang lak dah bangun..naik je kereta, Amni dah tertidur. Aisy lak menahan mata sebab nanti tak de orang boleh angkat dia dah ke atas tu..Itu je lah cerita Pusat Sains Negara aku...

No comments:

Post a Comment