Monday, April 29, 2013

Aku Cintakan Tanah Tumpah Darahku

Sekarang ni kalau tengok mana-mana tempat penuh dengan bendera. Macam2 color ada. Meriah je kan..Maklum la..tak lama je lagi, ada enam hari je lagi nak mengundi.

Kalau kat luar perang poster/ bendera, kat laman sosial pun perang gambar dan kata2. Ish ish ish..apa nak jadi lah diorang ni.

Sebab sibuk bercakap pasal pilihan raya ni...aku pun nak luahkan apa pendapat dan apa yang aku rasa.

Sebagai warganegara Malaysia dan telah hidup kat Malaysia ni selama hampir 31 tahun, aku rasa aku sangat2 cintakan Malaysia yang aku ada dulu, sekarang dan kalau boleh yang akan datang. Korang cuba tanya diri, korang sayang tak Malaysia ni?

Aku bukan nak berkempen kat sini tapi tergerak nak menulis apa yang aku rasa. Sebab aku rasa kempen pilihan  raya kali ni macam seolah-olah dua pihak ni nak merebut negara. Semua nak berkuasa.

Sedangkan setakat yang aku tahu, pada mulanya wujudnya pilihan raya ni parti pembangkang wujud untuk mendemokrasikan negara. Setiap pencadang mestilah ada pembangkang. Bila ada pendapat dari pembangkang, pencadang akan terima dan timbal balik. So, apa yang baik dan terbaik itu hasil yang kita dapat. Terhasil la Malaysia yang ada hari ini.

Tapi sekarang wujudnya pembangkang seolah-olah nak merampas kuasa, merampas negara. Berebut nak mentadbir negara sebab nak tunjuk kuasa masing-masing. Siapa lebih hebat mentadbir negara. Siapa yang boleh jaga lebih banyak kebajikan rakyat.

1st aku nak meluahkan apa yang aku tak puas hati dengan barisan nasional.

Aku bukan nak komen pasal apa yang ada hari ni, apa yang aku dapat sebab aku tak layak pun nak persoalkan apa yang aku patut dapat sedangkan aku tak pernah sumbangkan apa-apa kepada negara. Setakat cukai LHDN dan cukai jalan je. Itu tak seberapa pun...

Apa yang ada dan kerajaan bagi pada aku selama ni...keamanan, kestabilan, keselamatan..dah syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada para pemimpin dari Tunku Abdul Rahman sampai Dato' Seri Najib hari ni. Terima kasih banyak-banyak...Ikhlas dari hati aku.

Cuma aku tak puas hati dengan wakil-wakil rakyat yang dilantik untuk setiap kawasan. Aku tak ambik tempat lain, cukup tempat aku Dun Dong, Raub, Pahang. Bila nak pilihanraya ni sampai hari ni pun dia tak de datang setiap rumah tanya ada apa masalah.

Ini dah masuk tiga penggal kalau dia menang dia dilantik jadi wakil rakyat. Dari dia mula jadi wakil rakyat sampai hari ni, tak pernah sekali pun dia jejak rumah aku. Mungkin hampir lebih 10 tahun dah dia jadi wakil rakyat. Korang boleh imagine tak? Dun bukan besar sangat kan. Setahun ada 365 hari tolak cuti2 dan mesyuarat dia kena hadir mungkin ada 300 hari dia boleh bekerja.

Dalam kawasan Dun Dong, cuma ada dalam 10 hingga 15 je kampung dia perlu jaga...tak cukup ke 300 hari untuk melawat setiap rumah. Aku pun bukan nak mintak apa-apa pun, sebab semua dah ada kat kampung aku walaupun semua ada tu rumah aku tak dapat apa pun tau..tapi tak mengharap pun...

Kalau tak cukup setahun, kan ada lagi tahun berikutnya...tapi tak kunjung tiba...fine, tak dapat datang buat kunjungan hibah setiap rumah selalu..ni kita jemput datang kenduri kahwin pun tak datang..fine, tak de masa kebetulan ada kenduri lain jugak..kan boleh datang hari lain...ok ok ok..kahwin tu tak penting mana pun kan..ini orang meninggal lak..tak pernah kot datang...kampung aku dah hampir 10 orang kot yang meninggal (suami) so yang tinggal ibu-ibu tunggal...

Tak kesian ke kat ibu-ibu tunggal ni..(termasuk mak aku la tu)..banyak hari kot boleh datang kalau tak dapat datang hari nak kebumikan jenazah kan..kenduri tahlil pun banyak kali buat..tak datang pun..boleh tak imagine sebab tak de masa...

Ini ke kita nak cakap pemimpin berjiwa rakyat..aku memang nak kutuk habis-habis pasal wakil rakyat tempat aku sebab kalau Pm baca dia boleh tahu calon tu tak bagus.

Lagi satu wakil rakyat tempat aku ni kroni kot..kalau orang atas2 main kroni ok la...boleh terima sebab projek juta2 kan. Ini nak kroni apa ngan orang kampung. Wakil rakyat tempat aku ni boleh dia datang wedding, kenduri arwah, tahlil, cukur jambul untuk ahli JKK kampung anjurkan je (termasuk rumah ahli jkk). Boleh macam tu? Pilih bulu kan...

Ikut calon, aku tak pangkah pun dia untuk pilihan raya kali ni...

Ni nak kutuk pembangkang lak....korang tak suka, korang punya pasal. Ni blog aku...

Manifesto diorang mengarut-ngarut kan...korang kalau boleh percaya dengan janji-janji manismu macam Aishah nyanyi tu...sebab tu dia bertanding dalam pilihan raya kali ni..aku tak tahu lah...

Pasal nak hapus PTPTN..waktu korang nak pinjam duit, korang tak kisah pun sign agreement tu kan. Tak baca pun pun aku janji tu kan. Bila suruh bayar balik, pung pang pung pang nak buat reformasi hapus PTPTN.

Suruh jadikan PTPTN biasiswa. Pala hotak hang la...fikir la..nak biasiswa, ko belajar pandai2 dapat kelas pertama PTPTN dah jadi biasiswa. So tak payah nak reformasi mintak jadi biasiswa. Nak biasiswa lagi, ko apply la..banyak biasiswa ditawarkan...JPA ada, MARA ada, PETRONAS ada, SiME ada..TNB ada..yayasan negeri ada..apply la..ini dapat duit PTPTN tak ingat nak belajar pun...

Nak turunkan harga minyak..ni lagi tak masuk akal. Korang nak turun tang mana lagi. Tak payah bayar duit minyak ke? Isi minyak free ke? Korang tengoklah senarai barang yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Petrol tu kan termasuk dalam subsidi. Hampir setengah harga minyak kerajaan tanggung. Nak murah mana lagi. Kalau nak murah, korang pergi la korek minyak tu sendiri, pastu proses jadi petrol.

Yang pakai Ron 97 tu tak de subsidi sebab kereta mahal2 je yang pakai kan. Kereta mahal maknanya dia hidup mewah. padan lah tak de subsidi pun. Patut barang makan pun tak payah bagi subsidi pada orang yang kaya-kaya ni, duit subsidi tu boleh guna untuk bagi kat rakyat lain lagi.

Belum menang lagi dah tak tentu arah nak lantik sape jadi PM. Korang rasa sape yang layak jadi PM dan sape yang korang sanggup nak jadikan dia PM? Karpal Singh? Anwar Ibrahim? Hadi Awang? Nik Aziz? Rafizi? Khalid? Lim Kit Siang?

Korang rasa sanggup tak nak duduk negara yang diperintah oleh tokoh2 yang ada kat atas? Korang dapat bayangkan negara ni boleh aman dan selamat tak bawah mereka. Aku tak imagine yang lain pun kalau salah seorang ni yang naik jadi PM. Confirm kita huru hara coz diorang ni berebut nak jadi PM...so apa jadi kat rakyat...

Korang ingat Karpal nak bagi Anwar jadi PM? Dia kan tahu semua rahsia Anwar..Pastu nak lantik Karpal jadi PM? Confirm Malaysia akan berubah jadi Singapore. Orang Melayu terpinggir di negara sendiri. Nak lantik Hadi jadi PM, korang rasa dia layak ke nak mentadbir negara?

Memang kita nak pemimpin kita yang beragama, mampu menjadi imam kepada rakyat...tapi dalam masa yang sama, kita perlukan seorang pemimpin yang ada standard. Korang bayangkan Nik Aziz/ Hadi pergi ke sidang luar negara, mampu ke dia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemimpin negara luar. Jangan nak jadikan negara kita ni katak bawah tempurung je.

Hapus tol...tol tu kan syarikat konsesi punya. Diorang yang labur duit buat lebuhraya, kenapa kita nak hapuskan pulak. Sape yang nak tanggung kos diorang buat jalan tu. Duit negara la ye. Korang ingat senang nak buat lebuhraya kalau tak de syarikat konsesi ni. Harap duit kerajaan, pui la..bersyukur kita tak pinjam duit dari tabung dunia je..boleh berdiri atas kaki sendiri dengan pendapatan yang ada. Siap dapat BR1M lagi..

Pendidikan percuma...bukan sekarang pendidikan percuma ke? korang nak percuma macamana lagi...dulu tak percuma pun mak ayah kita yang gaji RM500.00 sebulan pun boleh tanggung anak sekolah lagi

Tarif elektrik & air turun...aku cukup tak faham la..korang tak pernah ke tengok bil elektrik dan air tu..semua pun ada subsidi kerajaan tau. Kalau bawah RM20.00 kan tak payah bayar. Sape yang bil mahal tu sebab dia tak bijak menggunakan elektrik & air. Aku ok je boleh control elektrik & air aku sampai tak payah bayar. Kenapa tak puas hati lagi. Lain kali, carilah mana silap diri dulu sebelum nak mintak itu..mintak ini..aku sungguh tak faham...

Nak turunkan harga kereta..aku sokong tapi berpada-pada la nak turunkan pun. Korang ingat kereta apa yang kos dia RM25,000 je...enjin kereta je dah kat rm5k..yang lain-lain tu sape nakn tanggung? Orang yang kerja kat kilang kereta tu sape nak bayar gaji? Nanti gaji ciput buat reformasi lak..bila kereta tak berkualiti sape yang marah? Kita jugakkan..aku rasa boleh kuar kereta harga RM25k tapi mungkin warranty barang cuma 6 bulan atau setahun je...waktu tu baru korang tahu kenapa harga kereta turun...

Eleh..diorang tu mengarut je...nak mintak turun harga kereta, pada hal orang yang cakap tu tak pakai pun kereta Malaysia. Pakai kereta import yang mahal2 je..jaga standard la katakan...pui..

Aku kan kalau BN menang aku cuma nak kerajaan review balik semua income syarikat insurance je..diorang untung million2 lepas tolak cukai korang tak tahu...kalau korang nak tahu, ramai yang kaya raya terutama bangsa c**a tu sebab diorang jual insurance tau.

Korang dok la buat reformasi bantah itu, ini..yang tak masuk akal..tapi tak nak lak buat reformasi tentang bayaran insurance. Patutnya kalau aku jadi wakil rakyat, aku akan keluarkan manifesto kaji balik motor insurance punya premium tu. Confirm aku pangkah calon tu je dan bukan parti..

Aku dah letih la merepek meraban...kat sini aku nak pesan kat BN dan PR, sudah2 lah janji yang tak masuk akal tu..buat diri tu nampak macam bodoh je..

Psstt...aku suka Tan Sri Muhyidin Yassin & Pn. Sri Noraini...vote diorang jadi orang no.1 boleh?

2 comments:

  1. Best, best! aku suka baca luahan perasaan hang especially part manifesto nak hapuskan PTPTN tu! hahahaha! Memang, time nak pinjam duit semua dokumen sanggup nak sign. Time nak bayar balik, liat pulak, demand nak tukar jadi biasiswa bagai. Padahal duit tu aku berani cakap mostly pegi berfoya2, beli motor, beli kereta, beli hp, pegi tgk wayang dsb! Dah la belajar pun main2, ada hati nak mintak biasiswa!

    Ingatlah, klu dh hutang, buat la cara hutang. Pegi la bayar balik sblm mati, klu tak nak roh tergantung je nanti.

    ReplyDelete
  2. Betul tu,..kalau belajar sungguh2, dapat result gempak macam hang confirm tak payah bayar pun kan.

    Lagipun untuk anak2 kita jugak nanti, sebab tu dia suruh kita bukak SSPN pulak. Kalau rasa tak nak pinjam lagi, simpanlah duit untk anak2 kan

    Lagipun kan hutang, wajib bayar..

    ReplyDelete