Monday, October 8, 2012

Birthday Amni

Dah terlambat rasanya nak update pasal sambutan birthday Amni yang pertama sebab aku sekarang ni "busy" je nak update blog.

Apa yang kau busy kan sangat hah????? Hehehee...aku syok melayan cerita Adam & Hawa kat internet waktu tak de kerja kat office. Best kan tempat kerja aku????? Boleh layan apa sahaja kat office tak ada sekatan mana-mana website.

03Oct hari tu genap Amni setahun. Pagi pergi klinik untuk ambik suntikan umur setahun la..MMR kan? Tak ingat dah aku nurse tu terang kat aku tapi aku masuk telinga kanan kuar telinga kiri.

Lama gila okeh pergi klinik. Sampai pukul 10.00 am tapi balik kul 11.45 pm. Patient tak ramai pun tapi biasalah sebab misi2 kat klinik kesihatan kampung ni sangat prihatin. Peramah lebih tu yang entertain patience seorang minima setengah jam ko.

Kalau kat KL ni paling lama pun 15 minit je. Kalau lebih 15 minit je confirm kena Q panjang gila baru sampai turn ko.

Sebab daftar anak kat kampung, birthday nak celebrate kat KL kena lah dengan segera dan pantasnya memandu jet pejuang supaya sampai ke KL secepat mungkin. Tapi aku percaya ngan pilot aku, dia akan bawa dengan laju tapi selamat so dalam pukul 2.30 je kitorang dah sampai rumah setelah berhenti hampir 4 tempat tu.

Sampai je rumah mula lah episod bersilat kat dapur dengan mak. Menu telah bertukar dar Beehon goreng - Mee kari dan akhirnya sekarang nasi minyak lak. Ni request by husband aku lak. Mula-mula dialah orang yang membangkang sekeras-kerasnya aku nak celebrate birthday Amni.

Bersilat nak siapkan nasi minyak, ayam masak merah & kuah lontong tapi penat lagi bersilat dengan dua orang budak yang asyik nak bercakaran. Sudahnya mak banyak menjaga anak aku. Hehehe...

Menu hari tu: Masak sendiri : Nasi minyak, ayam masak merah, kuah lontong, acar timun, nasi impit. Masak yang segera: Nugget, Fries, Samosa. Beli kat Kedai: Sate Hj Samuri, Kuah kacang. Yang lain snek2 untuk budak-budak.

Tetamu undangan : Family budak-budak nursery, family blok D6, Logesh (colleague), Jiey (x-colleague) & A.long (cousin). Sikit je kan aku jemput. Kedekut tahik hidung masin tul aku ni.


Ni la kad design dari aku sendiri. Simple je coz tak pandai nak buat pun

Dalam kad jemputan aku jemput pukul 8.30 pm tapi pukul 8.45 baru dua family je datang. Mak aku suruh je tiup lilin terus coz takkan nak tunggu lagi.

Tapi bila dah tiup lilin, jam pukul 9.00, semua family budak nursery datang. Budak-budak blok datang jugak waktu yang sama. Punyalah ramai sampai penuh dan tak muat ok rumah aku. Rumah aku kan kecik je. Dari tak meriah terus jadi meriah gila.


Sticker untuk goodies bag

Makanan takut tak cukup je coz tak bajet pun family budak nursery akan datang. Pastu semua pun cari nasi pulak tu. Pendek kata semua pun orang pun makan yang sama, 1st ambik nasi, pastu ambik sate & nasi impit lak, pastu baru makan kek.

Nasib baik gak cousin & jiey aku tu datang lambat sikit bila semua orang dah nak beransur balik. Ada lah space nak duduk.

Majlis tamat dalam 10.30 malam macam tu lepas cousin and jiey aku balik. Pastilah sesi buka hadiah lak. Sebenarnya aku malas nak jemput orang datang tapi sebut birthday party coz aku nak orang datang untuk meriahkan majlis je.

Tapi nak jemput family budak-budak nursery tu terpaksalah aku buatkan kad jemputan, tu yang bersusah payah diorang bawak hadiah untuk Amni lak. Tak sedap hati tau, aku nak ajak meriahkan majlis Amni je.

Tapi sebab yang jiran-jiran aku tak sebut nak buat birthday, semua pun bagi duit untuk Amni. Aisy pun dapat jugak. Sebab diorang berdua tu kan macam kembar je. Lagi pun mood raya tu masih ada agaknya.

Seronok lak buat birthday kat KL ni berbanding kat kampung hari tu. Aisy dua kali pun buat kampung, so dia claim birthday dia tak pernah buat tau coz dia rasa happy sangat bila ramai kawan-kawan dia datang.

Cuma kalau nak buat lagi kat sini, aku perlukan space yang besar sikit mcam sewa Club House ke. Hahaha...boleh blah la kau...

Gambar-gambar semua akan di upload kemudian ye. Sorry


No comments:

Post a Comment