Thursday, March 24, 2011

Perkembangan Bayi Anda Pada Usia 12 BUlan

Langkah-langkah pertama bayi

Pencapaian bayi yang paling utama sudah hampir tiba – pada bila-bila masa di bulan ini bayi anda mungkin akan mula mengambil langkah-langkah pertamanya (sesetengah bayi tidak akan berjalan untuk beberapa minggu atau bulan lagi, jadi janganlah risau sekiranya status bayi anda belum lagi berubah kepada bayi yang boleh berjalan pada bulan ini). Kebanyakan kanak-kanak mengambil langkah awal mereka dengan berjengket sambil mengarah kaki mereka ke luar. Sudah tentu anda tidak mahu terlepas peluang untuk mencatatkan saat ini, jadi bersedialah dengan kamera anda. Pada waktu ini juga, bayi anda sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya.
Langkah pertama? Aisy memang dah bertatih sebelum usia 12 bulan tapi sampai sekarang pun macam ada sedikit malas untuk berjalan..
Kalau berjalan kaki jengket-jengket terutama bila pijak lantai...kalau nak belajar bertatih pun atas permaidani atau toto..tempat lain tak nak...:-(...
Makan sendiri? Em..yang ni sekarang memang lebih nampak...kalau dulu kita suap nak jugak makan tapi sekarang tak nak..so tak bagi dia lapar coz makan sendiri setakat masuk seulas dua je nasi tu, aku bagi dia satu pinggan dan sudu, dan aku juga satu pinggan dan sudu untuk suap dia...dia punya suap kat aku, aku punya suap kat dia..so, banyak la dia makan...nasi dia lak bersepah atas lantai.... :-)

Permainan baru bayi

Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. Sesetengah kanak-kanak pada umur ini sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama dua hingga lima minit – walaupun bayi anda mungkin lebih gemarkan permainan yang bukan jenis senyap.

Permainan apa ni? Tapi yang kelakar malam tadi, dia dah lah jalan senget-senget nak jatuh, ada hati pegang bantal kat sebelah tangan bawa pergi kat abah dia yang duduk kat sofa...memang kelakar gila lah...hahaha....

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Sekarang Aisy memang suka baling barang...semalam jugak abah dia kena baling ngan pinggan nasi Aisy punya...hahaha..sakit gak la kepala husband aku...walaupun pinggan plastik, tapi tenaga yang telah dilontarkan oleh Aisy terlalu kuat sampai terdiam lah husband aku kesakitan..
Siap cakap lagi, "nasib baik anak aku...kalau anak orang dah lama dah"....hahaha....
Sekarang ni hobi dia suka buka klinik, farmasi dan kedai runcit...tapi ada masa dia simpan balik..ada masa dia biar je coz dia tau mama dia 'rajin' mengemas....
Kalau mainan dia lak, sekarang dia dah suka ball yang aku beli tu..ada macam2 bentuk yang dia kena isi..dia memang tak tau nak letak mana satu, tapi setiap kali dia pegang mana-mana bentuk, aku tunjukkan lubang yang sepatutnya dia letak, dan ada masa dia masuk dengan betul..ada masa terpaksa betulkan..tapi bila dah masuk, dia akan tepuk tangan..aku saje je ajar dia, kalau betul tepuk tangan dan letak tangan kat mulut sambil bunyi wa wa wa wa....(ibu yang sengal..hahaha..)

Memudahkan waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.


Sekarang ni waktu tidur dia sama lagi la..Siang pagi nak tidur kejap pas mandi, pastu petang mesti tidur kejap...tapi sekarang kalau nak tidur, mulut bising sangat...maklum lah, dah pandai nak bercakap, tapi aku pun tak faham..

Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan ”urutan” yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir.

Nak tidurkan Aisy senang je..kena layan dia main kaw kaw punya sampai dia penat..sekarang dia suka melompat atas soopa doopa yang aku beli tu...memang main hard core punya lah ngan husband aku..bagi dia penat..
Pastu dia penat, dia nak susu, tukar pampers, baju tidur..bagi susu..usap-usap kepala sikit..tidur lah dia...ini masa senang, masa susah, aku tutup je lampu bagi gelap gelita rumah, dia takut dan terus menyondol-nyondol atas bantal nak bagi tidur..hahaha

 

Sukar berpisah

Beberapa bulan kebelakangan ini, anak anda mungkin menunjukkan perangai meragam disebabkan bimbang berpisah. Ini perkara biasa: dia menyayangi anda dan memerlukan anda, jadi dia akan berasa tertekan apabila anda meninggalkannya. Untuk memudahkan proses pemisahan, cuba minta pengasuh datang lebih awal supaya bayi anda mempunyai masa untuk membiasakan diri dengannya. Tinggalkan dia secara bersahaja saja dan jangan menyulitkan keadaan dengan memanjangkan ucapan selamat tinggal anda; lakukannya dengan cepat, iaitu hanya dengan satu ciuman. Bayi anda akan berhenti menangis apabila anda hilang dari pandangannya.
Em...memang, hantar Aisy kat pintu nursery je...kalau masuk dalam dia akan manja, biar kat pintu je..dia nangis pun kejap je...

Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia.

Ala..ye ke..tak boleh dekat ngan dia selalu ke? Kalau dia panjat katil jatuh macamana? Tapi aku selalu gak buat, bila kami kat ruang tamu, dia sibuk nak merangkak ke bilik...aku panggil je dia dari luar..malas nak ikut coz tengah layan cerita kat tv...hahaha...biasanya Aisy kalau kitorang tak follow dia, dia akan keluar semula...tapi kadang-kadang bila lambat dia keluar, kena pergi tengok..dia suka cuba untuk panjat katil....

 

Lebih memahami bahasa

Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain ”mama” dan ”dada”, didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.

Yang ni aku tak perasan lah..cuma aku perasan, memang dia panggil 'abah' dengan betul...'abang' dengan betul...nak makan dia sebut 'mamam''...nak tau apa dia panggil aku 'abah'...hahaha..pada hal 'mamam' ngan 'mama' tu kan sama...pelik sungguh...

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah “Di mana mulut kamu?” dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, “Tolong ambilkan cawan” dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan “tidak”.


Geleng kepala Aisy tak buat lagi tapi dia memang bagi respon ngan arahan kami..kalau mak aku la, dia suka sangat cakap ngan Aisy...bila cakap apa sahaja dengan dia, dia dah faham..cuma bab bab suruh tunjuk mata ke, kaki ke, tangan ke..dia malas nak layan..kalau dia layan pun time dia bermood baik sambil minum susu..itu pun dua soalan je...masuk ketiga dia dah malas nak tunjuk...

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata “sila” atau ”boleh ke?” dan “terima kasih”. Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.


Oooo...kena start ajar dia bersopan santun coz Aisy ni jenis kasar sikit...kalau tak dibentuk dari awal, nanti dah besar susah dah nak bentuk....

Memberi nama kepada benda-benda

Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka.


Yang ni dah praktik lama...dia dah tau kalau kita tanya mana car atau lorry..tu yang dia suka sangat naik kereta..kalau dia dah mengamuk dalam kereta gak, aku suka ajak dia mengira kereta yang lalu...so dia jadi seronok...

Bab buku pulak, aku suka bagi tau dia colour-colour tu, bila suruh tunjuk, ada masa betul, ada masa tak betul..sama gak ngan barang-barang atas meja solek aku..beritahu dia semua benda, dan dia dah tau kalau letak bedak kat tangan, dia bedakkan pipi dia..kalau letak losyen kat tangan, dia sapu kat kaki, bagi minyak baby oil, dia sapu kat rambut, bagi sikat, dia sikat rambut, dan bagi berus gigi, dia nak gosok gigi,,,tapi dia tak de gigi lagi...hahahah
Sumber : http://www.babycenter.com.my/

No comments:

Post a Comment