Monday, March 7, 2011

Kalau Tak Balik Kampung, Mak Pula Yang Datang Ke KL...

Tajuk entry yang aku sendiri tak tahu nak letak apa...tapi betul la...sebab rindu kat cucu, aku tak balik kampung mestilah mak pulak yang datang tengok cucu dia...hehehe

Sebenarnya tak ada lah suka-suka mak datang melawat cucunya di KL, kebetulan ada kenduri di Jalan Jambu, Meru, Klang pada hari Sabtu & Ahad, so mak datanglah bermalam di rumah...Kalau tak, tak nak jugak mak aku datang..bukan apa, rumah aku tu tinggi sangat...nak naik confirmlah penat, nak turun pun penat gak...tu yang aku pun kasihan kalau mak aku datang...bila lah nak dapat landed house ni...huhuhu....

Nak cerita pasal kenduri kat Meru pun malas lah...ada sedikit ketidak puasan hati cara layanan pihak keluarga perempuan kepada kami pihak keluarga lelaki. Tak apalah...nak buat macam mana, bukan semua tempat kita pergi mesti mendapat layanan yang baik kan...yang penting jangan buat orang lain macam kita dah lalui ok....

Ada yang buruk tak semestinya tak ada yang baik kan...dengan adanya kenduri ni area KL atau Selangor ni, dapatlah kitorang berkumpul sedara mara...memang ramailah sepupu sepapat yang datang...macam kenduri rumah sendiri pulak bila ramai sangat sedara mara kita sendiri kita jumpa kan...tu agaknya tak dilayan...hahahah...

Kami pulang dari Meru jam sudah pun menunjukkan pukul 2.00 petang dan sampai di rumah sudah pun 2.30 petang...bila dah sampai rumah, masing-masing penat dan mengantuk...semua layan mata je kecuali husband aku yang konon-konon macam nak demam tiba-tiba bersiap untuk gi main bola...

Apa hal la budak seorang ni...pukul 3.00 lebih dah keluar...tak reti penat kalau nak main bola agaknya..bila aku tanya husband aku, dia kata inilah kepuasan peribadi...pastu aku kata kat dia, ok lah...aku nak pun nak kepuasan peribadi...sebab dah lama aku tak ada kepuasan peribadi sejak Aisy lahir...tapi dia menarik muka masam bila aku utarakan inginkan kepuasan peribadi....

Disebabkan ini juga, aku cuba mengambil kesempatan terhadap husband aku...untuk hari Ahad tu, Aisy dimandikan oleh abahnya...tukar pampers pun abahnya..tiada alasan menolak kerana mak dan adik-adik aku berada di rumah...walau pun tiada kepuasan peribadi sepertimana yang diharapkan, cukuplah sekadar tugas aku diringankan sedikit....

Itu cerita pasal husband aku, cerita Aisy lak...dia sekarang ni sikit-sikit 'abah'...'abah'...'abah'...abah ke bilik air , ikut...abah keluar rumah nak merokok, nak ikut..abah masuk bilik pun nak ikut..abah dok kat dapur pun nak dukung...sikit-sikit 'abah'...'abah'...'abah'...ni je la dia tahu panggil..suara dia lak bukan perlahan jenis stok2 ayu gitu, tapi kuat gila...kalau dia keluar ngan abah dia kat bawah tu, aku dok atas ni pun dengar dia jerit panggil abah dia...

Waktu kami semua berhimpun di sebuah surau di Jalan Jambu tu, ramai lah budak-budak yang berlari dalam surau tu...dia pun nak jugak berlari...tapi dia tak boleh berjalan pun lagi...so akulah yang memegang bahunya berlari-lari dalam surau tu...puas berlari, merangkak lak...sampai berpeluh-peluh lah dia...ngan aku-aku sekali penat...dah exercise lak aku jaga anak kecik seorang ni...

Waktu kat rumah pengantin lak, dia tak nak makan pun...sekarang Aisy ni betul-betul tak nak makan kalau makanan kat kedai atau rumah kenduri..tak macam dulu...kalau suap je nak makan, sekarang bila suap je, keluarkan semula...so, just isi air orange tu dalam bekas air dia yang baru aku beli tu...bukan main lagi minum air...sekejap-sekejap minum...kejap-kejap minum...maklum lah, dah pandai guna straw....sampai orang nak pegang bekas air dia tu pun kedekut nak bagi....takut orang ambik la tu...

Sejak dua menjak ni, Aisy dah pandai merajuk...sikit-sikit merajuk kalau kita tak bagi dia nak buat apa-apa..kalau dia nak ikut abah dia, kita tak bagi, dia mula lah menangis sambil muka sembam ke lantai...tak kisah lah, apa sahaja perkara yang dia nak, kita larang atau tak bagi, itulah dia akan buat...

Sekarang lak dah tak betah nak dok dalam rumah...sekejap-kejap berdiri kat pintu nak buka pintu..nak keluar...kalau tak bawa keluar, lagi tu tunggu kat pintu...kalau tak layan, dia merajuk...susah betul anak kecik yang dah besar ni sekarang...dulu kecik-kecik senang je...boleh tinggal-tinggal..sekarang dah besar, dah tak nak ngan orang lain...nak ngan abah & mama je...tapi lebih pada abah la...

Bukan setakat merajuk je, marah pun dah pandai...kalau dia tak merajuk, dia akan marah...macam malam tadi..C.De dia ambik bekas air dia coz asyik bila sedut je air, sembur ke atas toto...habis basah..apa lagi, dia marah sangat-sangat...bila C.De dia pulangkan bekas air tu pada dia, dia balingkan bekas air tu kepada C.De dia..pastu terus merangkak keluar bilik...bila nak susu, C.De dia buat, dia tak nak minum....apakah budak yang nak masuk umur setahun sudah pandai marah?

P/s: Tengah berkira-kira nak celebrate ke tak birthday Aisy yang 1st ni...

No comments:

Post a Comment