Wednesday, March 30, 2011

Cerita Tentang "Sahak"

Kenapa aku buat entry ni? Sbenarnya kan pagi tadi topik hotfm pasal lagu waktu sekolah rendah..aku pun teringat lah zaman-zaman aku sekolah dulu-dulu...tambah lak aku cukup tersentuh ngan lagu Bila Cinta nyanyian Geo tu...

Cerita bermula tentang admire waktu sekolah-sekolah dulu..aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah mana ada cintan cintun coz aku target nak masuk U dulu pastu kerja..baru nak fikir pasal cintan cintun..so kesimpulannya tak ada boypren la...

Dalam aku memengang prinsip yang tak nak cintan cintun ni, ada lah seorang mamat ni suka kat aku..dari sekolah rendah lagi..sampai lah ke sekolah menengah...macam-macam lah aku dengar cerita tapi tak ambik pot...sampai satu masa tu, ada seorang classmate aku nak masuk hostel pastu form 4 nanti dia nak pindah..dia saje-saje nak cari girlfriend dan saje-saje tanya kat seorang kawan lelaki aku ni tentang aku...kawan aku ni terus direct cakap yang aku tak leh kacau coz dah ada yang punya...merujuk kepada mamat tu ye...

Pastu ada lagi satu cerita, mamat ni pun couple la ngan budak kelas dia, tapi mintak brake off sebab tak dapat nak mencintai sepenuh hati coz dalam hati dia dah ada somebody yang memang dia tersangatlah suka dari dulu...aku la tu...jangan perasan lebih tau...

Nak tau kenapa aku tak memilih sesiapa dalam hidup aku waktu sekolah selain prinsip baik tu? Sebabnya aku tersnagatlah suka kat mamat yang namanya "Sahak' dalam cerita Blues Untuk Aku dalam majalah Ujang tu...betul-betul suka lah kat mamat tu..dalam hati aku kata, kalau 'Sahak' yang datang, aku pasti pertimbangkan...demand tak aku????


Inilah lelaki pertama yang aku suka
Sumber : Google

Perasaan tu terus aku bawa sampai ke Universiti...sehingga aku telah melukakan dua hati...dalam masa yang sama walau pun bukan 'Sahak' yang datang, ada seorang mamat ni macam 'Sahak' sikit...sebab "Sahak' la aku rasa aku suka kat mamat tu...walau pun dia tak sama, tapi cermin mata dia sama pun kira ok la...lagi satu dia baik sangat & caring sangat ngan aku...tapi aku kecewa di tengah jalan..mamat tu buaya darat rupanya..bukan macam 'Sahak' yang aku impikan....

Setelah hampir 5 tahun aku rasa sedikit kecewa, akhirnya aku terjumpa "Sahak' lagi..kali ni "Sahak" yang tak pakai cermin mata...Fizikal 80% sama kecuali tak ada cermin mata...tersangat lah baik dan sehingga ke hari ini aku tak pernah dengar dia meninggi suara dengan sesiapa walau pun dia marah...Kalau dia ada masalah, dia suka lari dari masalah bukan cuba untuk settle kan...dan aku betul-betul suka kat "Sahak" ni...sehingga ke hari ini....semoga perasaan aku ni kekal untuk mamat ni sehingga ke syurga....


Rambut dia dah tak panjang lepas kami decide nak kahwin

Buat my by by yang tersayang, walaupun by by dah tak rambut panjang macam "Sahak", I tetap lap u sampai ke syurga...

No comments:

Post a Comment