Tuesday, May 31, 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Ahad lepas berkesempatan untuk berkunjung ke Royal Floria Putrajaya ni. Bukan berkesempatan sangat la, memang merancang tapi takut tak jadi pergi je sebab kita kena ikut boss kita (Rizal) dia nak pergi ke tak.


Cadangan kepada sesiapa yang berminat nak pergi :
1. Beli la tiket online sebab kena beratur (huhuhu panas dan lama)
2. Pergi la pagi / petang (10.00 am pintu buka tu dah boleh masuk sebab kawasan sangat luas, besar dan panas kalau dah tengahari)
3. Magical Gardens tu ada timing masuk rupanya (Jangan harap boleh masuk je terus, kena tunggu turn sebab show)


27 May 2016 - 04 June 2016
10.00 am - 11.00pm
Adult : RM  7.50
Kids : RM 3.50

Magical Gardens (Malaysian & Non Malaysian)
Adult : RM 10.50
Kids : RM 5.50 


Sangat-sangat cantik bila tengok banyaknya nyer bunga tambah lak tahun ni Bunga Chrysanthemum ni dijadikan tema. So kebanyakkan dekorasi adalah berdasarkan bunga dan bunga-bunga ni semuanya didatangkan dari Cameron Highland.



Tak tahu berapa kontena la bunga ni di tanam untuk hasilkan taman-taman ni. Macam -macam idea dekorasi laman dan yang jadi fokus tahun ni dari Royal Garden Johor.





Mula-mula entrance tu memang taman-taman satu badan organisasi / negeri tu besar-besar. Siap ada yang bina rumah la..Bila dah pergi yang belakang-belakang tu, kat sana ada idea dekorasi dari sekolah-sekolah dan juga universiti. Taman-taman dia kecik sikit la tapi masih lagi cantik.



Kalau terasa panas, boleh la masuk dalam satu tempat yang berhawa dingin ni. Dalam ni boleh tengok idea-idea dekorasi perkahwinan dan juga arca daripada bunga-bunga ni. Memang sangat cantik.




Untuk yang berminat dengan Magical Gardens tu, nama macam best kan???? Itu yang buat aku nak pergi sebenarnya sebab apa yang ada dalam minda aku ni adalah jauh dari realitinya. 



Dalam tu tak silap aku macam ada 4 atau 5 part 3D visual la tapi tak la 3D mana sangat. Cuma aku rasa yang kedua tu macam menakutkan kot sebab bunyi kilat tu kuat sangat sampai anak aku menangis terkejut. Secara kesimpulannya, persembahan 3D dia bukanlah Magical sangat mana pun. Kalau tak masuk pun tak pe...Kalau nak masuk dipersilakan..akak dah payung apa yang ada dalam tu ye..kalau rasa nak tengok in real, dipersilakan..cuma kena ambil tips kat atas tu..ada timing nak masuk. Akak dah penat round satu taman ingat nak masuk, tapi petugas mintak datang lagi satu jam tau sebab ada batch baru je masuk. Aku bodek-bodek mintak masuk jugak, giler nak tunggu lagi satu jam..tak pe la terlepas satu show yang first tu pasal Raflesia je pun..Ke yang tu yang magical????Rugi la I sebab terlepas. Ada yang boleh share dengan saya tak show yang first ni???


Kalau ikut tips aku bagi di atas, kalau pergi petang lepas Asar macam tu, cuaca dah tak panas dan harap-harap tak hujan la kan..boleh jalan dengan selesa dan boleh tunggu sampai malam pulak untuk show "Magic Of The Night" lak. Boleh la tengok lampu-lampu kat cruise yang akan melintasi tasik-tasik tu.

Anak-anak aku enjoy pergi Floria Putrajaya 2016 ni dan asyik ulang tayang video yang ada. Siap request nak pergi lagi minggu ni. Aku cakap kita pergi tahun depan pulak. Semoga kita berjumpa lagi ye Floria Putrajaya 2017 pulak.

Monday, May 30, 2016

Genius Aulad Sports Day 2016


Pada Sabtu lepas berlangsung la Sports Day GA BSD dengan tema tahun ni Little Me Big Dream. Lokasi masih di tempat yang sama di Kompleks Penyayang seperti tahun lepas.


Tapi Sports Day tahun ni tak macam tahun lepas yang game semua ikut umur diorang. Kali ni tak kira umur berapa, students dengan parents kena joint lima game untuk dapatkan lima kupon dan ditukarkan dengan cenderahati. 

Props memang tabik spring kat teachers GA BSD sebab sediakan props dan segala alatan sukan yang sangat best dan cantik je. Budak-budak pun enjoy je nak main terutama si Amni ni la. Kalau tak, tahun lepas mana dia nak main langsung.


Seawal jam 9.00 pagi semua parents berkumpul, students & parents kena dengar taklimat dari crew yang bertugas. Sememangnya setiapkali event GA BSD ni akan guna khidmat crew luar untuk handle program. Tapi aku terlupa pulak nak ambil business card diorang. Yang jadi urusetia pagi tu memang best la, bercakap tak berhenti-henti. Husband aku kata la, lelaki tu la yang jadi suara dalam salah satu watak animasi Boboiboy. Ntah ye ntah tak aku pun tak tahu sebab aku jarang tengok Boboiboy.


Jom kita check out satu-satu game yang ada . Yang ni aku cerita ikut urutan yang anak-anak aku main sekali dgn kami sebagai parents la. Terpaksa susun sendiri sebab abah dia datang lambat dengan anak teruna kecik.

First station : A Fruit Farmer.

Ibu / Ayah kena sama-sama berlari ke kotak yang disediakan di tengah-tengah lane tapi parents kena pegang bakul. Parents serahkan bakul kepada anak dan seluk dalam kotak cari kertas arahan buah apa yang anak kena ambil. Ada tiga jenis buah yang kena ambil, so kita kena beritahu anak kita tu bagi dia faham buah apa nak kena ambil. Anak berlari ke hujung lane dengan bakul & pick up 3 jenis buah tu, kita patah balik kat garis mula pegang baldi pulak. Anak akan patah balik sampai kat satu garisan, dia kena baling buah tu dan kita sambut dengan baldi. Kalau salah buah, kena ulang semula. Tapi Aisy & Amni alhamdulillah dapat ambil buah yang betul tapi I dua kali tau lari dengan diorang.


Second Station : Animal Farmer

Yang ni game tak payah parents tapi aku ikut jugak anak-anak tu sebab nak ambil gambar je. Sepanjang lane ada 4 sarang/bakul yang yang ada telur ayam. Diorang kena bawa bakul (sarang telur) dan pick up setiap satu sarang tu sebiji je telur dan sampai hujung kena susun telur tu dalam sarang telur kotak yang biasa ada jual kat kedai tu. Lepas susun kena ambil rumput letak dalam kandang bagi haiwan-haiwan lain makan pulak.



Third Station : A Fisherman

Yang ni diorang kena lari zip zap then pergi sauk ikan. Kena sauk seekor je pastu letak dalam baldi. Simple je yang ni.

Fourth : A Fireman
Yang ni kena junjung pundi kacang dan sampai hujung ambil pistol air, tembak sampai jatuh gelas yang berisi air tu. Mencabar jugak la kan sebab pistol air tu bukan jenis yang kalau tembak tu sekejap je boleh jatuh. Aisy sampai tiga kali tukar pistol pun tak jatuh juga gelas yang bersusun tu, tapi tukar gelas yang lain, sekali tembak je dah jatuh. Lepas tu kena patah balik dengan junjung balik pundi kacang tu.



Fifth : A Postman
Yang ni memang aku buat last sekali sebab menunggu abah dia. Parents kena kayuh basikal bawa student ni kat belakang. Anak2 ni akan cabut satu sampul surat yang ada task untuk parents buat kat post box sebelum abah dia kayuh. Aku bukan tak boleh kayuh, tapi segan la. Tapi aku tengok rilek je ibu2 yang kayuh. Sebab game ni terlalu ramai yang menunggu, aku mintak untuk Aisy & Amni jalan sekali je sebab takkan la abah dia kena kayuh dua kali kan. Cuma bila sampai buka sampul surat tu berdebor jugak aku buatnya kena tiup tepung ke, nasib baik aku cuma kena baling gelung kecik masukkan dalam skitter kecik tu je. Aku sekali baling je dah masuk, Rizal tiga kali baling pun tak masuk lagi. Tu la bezanya orang jadi shooter bola jaring dengan orang yang main bola sepak. Hihihi..lepas task, kena patah balik kayuh basikal tu semula.

Best kan game kali ni sebab parents semua kena ada je dengan anak sebab kita yang kena bawa diorang nak main game apa. Lepas setiap task tu complete, diorang akan dapat kupon dan bila dah cukup lima kupon, pergi tukar dengan hadiah. Semua orang boleh dapat hadiah cuma antara lambat dengan cepat je. Aisy & Amni bukan lah yang terawal dan bukan lah yang terakhir dapat..kami yang tengah-tengah je..yang paling lama menunggu turn kat tempat basikal tu la..


Hadiah berbentuk botol air aluminium yang ada straw dan dicetak dengan tulisan Sports Day Genius Aulad. Ok la hadiah kali ni, walaupun satu, tapi banyak kegunaannya. Terima kasih ye teachers sebab bagi anak-anak ni happy dan enjoy sports day hari tu. 

Friday, May 20, 2016

Good Luck Team Piala Thomas 2016

Alhamdulillah...

Dah mara ke semi final kita selepas kalahkan Chinese Taipei dan akan bertemu dengan negara Denmark  hari ini, kalau tak silap game malam ni.

Harap tahun ni kita dapat mara ke final pulak. 

Yang paling best China dah tersingkir di suku akhir di tangan Korea semalam. Alhamdulillah.

Kalau Malaysia menang kalahkan Denmark, kita akan bertemu dengan Korea atau Indonesia.

Wah...tak sabar nya..



Teringat tahun 1992, aku duduk depan tv tengok final Thomas Cup ni.



Waktu menang tu, yang paling aku suka dan paling ingat aksi Tun Dr. Siti Hasmah. Betapa dia sukakan badminton kan? Sampai sekarang pun aku rasa dia masih peminat badminton walaupun bukan lagi penaung BAM.








Jon catch up jadual perlawanan badminton kat sini bwfbadminton.com

Hope kita dapat masuk final. Kalau final jangan lupa tonton ye hari Ahad ni. Bagi sokongan padu untuk team Thomas Cup kita.

Chaiyo..chaiyo.. 

Update : 4:24pm
Indonesia dah tempah slot ke final 3-0 kalah Korea. Wah..berdebar-debar ni tunggu Chong Wei ni

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu.

Terima kasih atas segala ilmu yang dikau curahkan.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik cikgu-cikgu.

Terima kasih sekali lagi.

Sayang kamu semua dari hati yang paling dalam.



Bila tiba Hari Guru, rasa macam sangat-sangat teruja je nak wish family terutamanya sebab rasa macam ramai je jadi cikgu.

Tapi kali ni bila kira balik, eh dah tak ramai pun..cuma ada bapa saudara dengan wife dia dan cousin aku dua orang dan husband cousin aku. Ada lima je? 

Sebelum ni pun bukan ramai pun cuma seorang jer yang dah tak de tapi rasa macam ramai pulak.

Setiap tahun Hari Guru aku tak sempat pun nak prepare gift untuk teacher sekolah GA anak aku ni tapi tahun ni rasa nak bagi. Lagi pun sebab Aisy dah last year.



Tak beli apa-apa pun, just buat kad dan letak dalam frame je. Itu pun malam tadi baru siap. Bayangkan semua barang nak buat dah prepare last week tapi bukan main susah lagi nak mulakan kerja-kerja DIY ni.

Bukan tak de masa, ada masa nak buat tapi aku cari masa yang anak aku terutama si kecik tu tidur. Tak suka nak keluarkan gunting dan kertas ni kalau ada dia. Nanti dia paling sibuk.

Sebab buat last minit malam tadi, terpaksa la bersilat dengan anak-anak tiga orang tu nak siapkan dua kad je pun.

Bila dah siap, Aisy request nak bagi kat semua cikgu-cikgu kat GA. Aku just prepare dua je untuk teacher kelas dia dan Amni je sebab aku tahu aku banyak halangan nak bagi siapkan benda alah ni.

Hari ni kena la pergi cari bahan lagi untuk siapkan lagi enam kad dan enam lagi frame. Mampu ke aku siapkan 6 kad dalam satu malam ni?????

Wednesday, May 11, 2016

Langkawi Day 4

Last day kat Langkawi tak pergi mana pun sebab tiket flight pukul 10.00 pagi.

Bngun seawal 5.30 pagi sebab nak last pack bag yang ada nak masuk telekung dan baju tidur.

Kejut anak2 mandi seawal jam 6.00 am sebab nak pack baju tidur semua dalam bagasi

7.00 am adik dah sampai bilik ambil IC kami semua untuk check in dan bagasi yang nak masuk tempat bagasi. Tinggal nursing bag dan coklat je carry naik flight nanti.

Pukul 7.10 am baru gerak sebab pemilik homestay tak masuk office lagi. Kami tinggal je kunci dalam bilik macam dia suruh buat.

Sempat pergi breakfast kat satu warung berdepan dengan Kompleks HIG jalan Penarak tu. Breakfast pagi tu baru RM 9.00. Roti telur satu, nasi lemak mata satu, kuey tiaw telur mata satu, nugget lima ketul, sosej satu ketul, air milo ais dua. Murah kan????

Tak best tengok tank minyak kelip-kelip, aku top up la RM 5.00 sebab nak hantar kereta kesian lak orang nak pakai nanti tak jumpa stesen minyak kan.

Sampai airport lebih kurang pukul 8.00 am lebih je..lama gak la menunggu kat situ. Semua kedai masuk. Rizal lak semua kerusi urut dia duduk. Lambat betul pkul 10.00 am ni..

Flight sampai dalam pukul 9.40 macam tu, dan kami bukan lah orang terakhir yang keluar dari berlepas tapi sebab mak sakit kaki nak jalan laju-laju, kami jadi orang terakhir yang sampai kat tangga pintu belakang flight.

Kami masuk je pintu flight terus tutup..hehehe..flight pun dah nak berlepas..cepat-cepat duduk, tempat nak letak bag kat atas penuh orang letak barang shopping, aku punya bag terpaksa letak kat kaki je..

Kali ni flight sangat-sangat ok..dari saat nak berlepas..kat atas awan pun ok..nak landing pun ok..tak ada kejadian pergolakan udara macam nak pergi hari tu..tak ada bunyi budak-budak nangis kali ni. Kali ni flght pun penuh dengan Malaysian je tak macam masa pergi. Ramai pelancong dari luar negara.

Sampai airport dalam 11.30 am tunggu bagasi semua pukul 12.00 pm lebih kami gerak tinggalkan KLIA.

Anak-anak aku yang Aisy & Amni ni buat jakun pulak kat KLIA tu.

Sementara tunggu C.Su dia ambil kereta, diorang tunggu kat pintu hadapan nak keluar tu. Pintu yang yang bulat tu kan auto, bila abah dia nak keluar, diorang berlari kejar abah dia. Bila diorang sampai kat pintu tu, pintu tu tak buka-buka.

Pastu budak berdua undur ke belakang dan kedepan semula pun tak buka-buka. Tapi bila ada orang dewasa kat pintu tu, pintu tu terbuka. Dah tengok drama pulak budak berdua tu berlakon. Seorang pegang sebelah tolak pintu tu bila pintu nak tertutup.

Tak boleh nak cakap apa, panggil pun tak dengar. Sudahnya biarkan je budak berdua tu main.  

Alhamdulillah, selamat sampai rumah tingkat 4.00. Penat, ngantuk, letih semua ada. Sudahnya kami satu rumah tidur hampir 16 jam hari tu sehingga pagi keesokannya.