Friday, May 22, 2015

Filem "Aftershock"

Dah lama sebenarnya tak layan cerita cina sejak wujudnya pengaruh korea dalam industri hiburan ni. Tapi malam tadi tiba-tiba tertengok pulak filem 'Aftershock' ni.



Korang pernah tengok tak? Siapa belum tengok aku sarankan sangat2 korang cari lah cerita ni dan tonton la wei. Sedih dari mula sampai akhir. Aku rasa habis baju aku basah buat lap air mata je malam tadi. Ke aku je yang emo?



Filem ni mengisahkan tentang sebalik kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Tangshan, China pada tahun 1976 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar dan meragut nyawa hampir 240,000 orang. Kalau salah sila betulkan fakta aku ye.

Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai sepasang anak kembar tapi ibu dia nampak lebih sayangkan anak lelaki.

Ketika kejadian gempa bumi tu aku rasa malam kot sebab filem tu hitam putih je, cuma aku agak malam sebab anak-anak dia ditinggalkan kat rumah dan tidur. Diorang suami isteri keluar bekerja mungkin sebagai buruh.

Bila gempa bumi tu berlaku, diorang suami isteri memang berlari ke rumah nak selamatkan anak mereka, tapi gempa bumi tu terlalu dahsyat dan terlalu cepat. 

Bangunan rumah diorang runtuh dan dua anak dia ni sebenarnya selamat bawah runtuhan cuma kalau nak selamatkan kena pilih salah seorang je. 


Waktu ni suami dia dah meninggal sebab tanah bumi dah merekah, so dia nak anak dia dua2. Dia menangis nak dua2 anak dia tapi sebab dah lama sangat dia tak buat keputusan, orang yang nak tolong angkat runtuhan tu nak pergi tempat lain pulak. 

Terus dia pilih anak lelaki dia sedangkan waktu tu anak perempuan dia masih sedar dan mampu menggerakkan tangan lagi sambil mengetuk batu. Yang lelaki tu macam dah tak sedar.



Bila dah keluarkan yang lelaki, diorang ambik jugak yang perempuan tu. Tapi semua orang ingat dia dah mati dan ditempatkan di sebelah mayat ayah dia. 


Ibu dia pulak terpaksa berjalan sambil mengendong Fang Da ni untuk dapatkan bantuan. Fang Da ni macam dah nyawa2 ikan dah pun. Dia selamat tapi kehilangan sebelah tangan.


Dengan kuasa Tuhan, Fang Deng tu sedar dari pengsan dan berjalan tanpa arah sehingga seorang tentera yang selamatkan dia dan diletakkan di kem.


Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai tentera tu sangat sukakan Fang Deng sebab dia comel. Diorang ambik budak ni jadi anak angkat.

Dalam masa yang sama berlaku perebutan antara mak Fang Da dan keluarga belah suami (mak mertua) untuk menjaga Fang Da. Cucu lelaki kan, diorang mesti nak. Oh..sedih sungguh bab ni. Bukan bab ni je, sepanjang cerita lah sedih.

Fang Deng ni besar penuh dengan kebencian terhadap ibu dia, sebab tu dia tak pernah cakap pada keluarga angkat tentang family dia, nama dia sebenar, dan segalanya tentang masa lampau dia. Walaupun dia dah dewasa, dia tak pernah nak cari mak dia atau jejak kaki ke Tangshan. Sedangkan mak dia tunggu roh dia balik pun tak balik2. 



Dia terjumpa dengan adik dia dalam satu kejadian gempa bumi. Diorang berdua ni jadi sukarelawan. 

Akhirnya adik dia bawa balik dia ke Tangshan jumpa dengan ibu dia. Mak ai..sedih gila lagi waktu ni. Kalau part diorang pergi kubur dia tu, lagi sedih. Tapi akhirnya diorang bersatu juga dalam satu family.

Moral of the story, mana ada mak yang tak sayang anak. Tapi bila dalam keadaan terpaksa, bila terpaksa membuat pilihan satu je dari dua, mungkin la keputusan tu dipengaruhi sedikit dengan rasa sayang lebih. Sedangkan nabi pun ada anak yang dia paling sayang, apatah lagi kita ni.

Tapi aku minta sangat jangan lah Allah tu uji aku dengan bagi pilihan kat aku untuk pilih satu aje dari tiga harta aku tu. Aku biar hilang segala, janji aku nak 3 orang anak aku tu ada dengan aku. Sudahnya semalaman aku menitis air mata sampai bengkak mata aku pagi ni.

2 comments:

  1. Aku kan, kadang2 aku rasa aku sayang Khadeeja lebih sket daripada Khayla. Sebabnya Khayla sayang bapak dia lebih daripada sayang aku haha. Tapi mati hidup semula pun aku tak akan pilih one over the other kalau tu bermakna aku terpaksa kehilangan anak yang aku tak pilih tu. Dua2 aku kandung 9 bulan, dgn segala mcm dugaannya, dua2 daripada darah daging aku tak sanggup wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..dari segala tingkahmu aku dah agak dah kau sayang khadeeja lebih. Mungkin sebab dengan khadeeja kau tak pernah tinggalkan dia dari kecik kan. Macam Khayla kau dah biasa tinggalkan dia. Lagipun mungkin kau kecik hati sikit sebab dia sayang bapak lebih. Hehehe

      Aku lak tak tahu aku sayang siapa yang lebih sebab dah ada tiga kan. Tapi Aisy dia asyik merungut je dia kata mama tak pernah nak marah Amsyar. Aku cakap kat dia sebab Amsyar kecik lagi dah besar nanti kalau buat salah mesti marah jugak.

      Dalam fikiran Amni pulak mungkin dia ingat aku tak sayang dia langsung sebab kalau dia bergaduh dengan Aisy rebut barang, aku ambik bagi kat Aisy. Bila dia bergaduh dengan Amsyar, aku bagi kat Amsyar. Pada aku bukan tak sayang, tapi dengan Amni dia mudah dipujuk, tak la mengamuk macam dua orang lagi tu

      Tapi bila ada anak lelaki ni lain tau Karni. Husband aku memang sayang sungguh kat budak kecik tu. Siap panggil 'boy' lagi. Beza sungguh layan anak lelaki dengan perempuan.

      Delete