Wednesday, October 30, 2013

Amni Turns Two

OMG...aku telah menternak labah-labah dalam blog aku ni rupanya..Tiada satu entry pun untuk bulan ni..so kena update laju-laju...1st kita update cerita birthday Amni dulu.

Tiap-tiap tahun pun aku tak pernah lagi nak delay celebrate birthday 2 princess aku tu..kena buat terus..kalau tangguh-tangguh jawabnya langsung tak buat. Kesian kan budak-budak ni...hari-hari nyanyi lagu Happy Birthday sambil tiup lilin (pensel warna kayu) yang diletakkan di atas kek buatan sendiri (Lego). Ntah apa yang seronok sangat aku pun tak tahu la...

Untuk birthday Amni yang kedua ni still sambut pada 03 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis...aku tetap mengambil cuti untuk buat preparation segala mak nenek makanan.

Kali ni tak buat kat rumah sebab ingat malas nak kemas rumah. Konon nak save sikit tapi haram jadah sama je cost kalau buat kat rumah. Kali ni pilih nursery dia sebab rasa macam best kalau dia dapat celebrate dengan kawan2 dia. Memang la best sampai ada budak yang kena pergi sekolah agama petang pun tak nak pergi sebab nak sama-sama celebrate.




Menu biasa je sebab budak2 je kan. Aku decide buat Mee Goreng, Beehoon Goreng, Nugget, Fries dan buah aku beli tembikai je..Segala mak nenek candy & coklat la untuk budak2 ni..Kek aku tempah kat honeyz delight. Boleh tengok blog dia kalau nak tempah kek ok. Kek sangat sedap ok dan harga sangat berpatutan.



Untuk budak2 ni mestilah kena ada goodies bag & party pack...gift lak tak bagi sama macam Aisy hari tu coz tak tahu nak bagi apa dan yang penting tak jumpa barang2 yang murah. So decide bagi gift ikut umur dan lebih la kepada stationary, pencil color. Sebab ada juga baby, kita pun kena la bagi yang sesuai untuk baby.



Majlis start pukul 3.00 petang dengan acara potong kek, makan kek dan budak2 ni main belon. Pastu bagi gift. 4.30 macam tu aku dah balik...Budak2 ni tak makan sangat pun. Diorang cuma excited dengan party pack yang ada, belon2 dan goodies bag. Kek pun tak nak makan...







Birthday Amni kali ni tak tahu nak bagi apa..aku dah belikan dress yang dia pakai waktu potong kek tu. Termasuk yang kakak dia sekali. So, abah dia pun belikan anak patung mickey & minnie untuk seorang seekor.


Ahad, kat kampung mak buat bacaan yassin...ingat nak buat birthday Amni sekali, tapi sebab husband ada game bola dia, tak jadilah potong kek kat kampung...

Adik, selamat hari ulangtahun yang kedua. Semoga panjang umur, sihat dan sentiasa dalam lindungan Nya. Jadi anak yang soleh ye..jangan kecik hati sebab mama tak celebrate kat rumah ye....

No comments:

Post a Comment