Thursday, April 26, 2012

Belum Pasti...

Tajuk untuk entry lagi sekali tak boleh blah...apa kena dgn aku ni..dah lama tak berblogging blur je nak tulis tajuk entry.

Sebab masa tak de, kali ni nak cerita tentang perkembangan Amni yang dah berkembang bersama kakaknya. Hehehe..apakah maksudnya di situ?

Amni sudah pun hampir menginjak ke usia 7 bulan minggu depan. Hohoho...cepat sungguh anak mama ni dah besar. Nak suruh mama tambah bilangan adik beradik ke ni? Difikirkan ok ye anak-anak kesayangan mama sama ada nak tambah atau pun tidak. Bila fikir sakit, rasa macam nak stop tapi anak baru dua orang. Bilangan yang kecik kan. So kena tambah la.

Bila dah masuk umur 6 bulan lebih ni, dia dah lama pun meniarap. Sekarang dalam proses untuk cuba merangkak. Dah bangun untuk merangkak tapi satu langkah je dah jatuh.

Lagi pun Amni tak pandai duduk lagi. Ingat waktu Aisy merangkak tak pandai duduk dulu, bila nak landing je tergolek. Sudahnya rumah pasang toto takut terhempas kepala. Sampai ke hari ni pun anak aku Aisy tu nak duduk atas toto atau carpet je. Makan, main, tidur, duduk tempat yang sama. Apa kes?

Bila dalam fasa nak merangkak ni, dia pun dah pandai mengengsot dengan lajunya. Apa dia nak, dia akan kejar. Sekejap tengok dia depan tv, kejap ada bawah meja. Cuma bimbang kepala je terhempas ke lantai bila cuba nak landing.

Bab mulut pulak, aku rasa dia tak la seriuh Aisy kecik2 dulu. Aisy mulut dia bising sejak dia umur sebulan lagi. Sekarang bila nampak mama je asyik cengeng sambil sebut ma..ma..ma.. pagi tadi lak terdengar dia sebut bahh..bah..bah. Tau la dapat naik motor dengan abah tiap-tiap pagi.

Budak kecik ni pun kuat makan. Untuk nursery, dah start bekalkan nestum walaupun aku dah suap dia umur 5 bulan lebih hari tu. Bagi dia try rasa. Nestum tu untuk bancuh dalam susu coz sekarang dia tak nak minum susu kalau tak letak nestum.

Kalau kat rumah lak, aku rajin je nak masak bubur nasi untuk dia. Sebenarnya bukan bubur nasi pun. Lebih kepada mashed potato atau epal, campur ngan nasi sikit, kismis & brocoli atau carrot. Bila letak potato & kismis lebih, dia suka makan. Tapi kalau letak epal or pisang dia tak suka sangat. Kalau letak ikan bilis atau ayam pun dia tak suka sangat.



Dulu aku tak rajin pun nak buat kat Aisy macam tu. Bukan tak rajin, dua kali aku buat buang je. Dia tak nak makan langsun. Bila bagi nasi yang dilecetkan dengan sup ayam, baru nak makan. Langsung besar ni nak makan ngan kicap je. Apa kes ntah anak aku ni

Kalau waktu makan lak si Amni ni jangan bagi dia air. Kalau dah bagi dia air, mulalah dia lebih nak minum je dari makan. Pastu nak minum sendiri lak tu. Kalau boleh sudu pun pegang sendiri budak kecik tu. Dia tak sabar nak besar agaknya.

Bdak kecik ni lagi satu hal. Apa yang kakak dia main, itu yang dia nak. Kakak dia dah la kedekut, tak nak share langsung. Kalau tak nak sakit, terpaksa angkat dia cepat2 coz tangan kakak dia cepat je nak tarik rambut Amni. Tak pun dia bagi pelempang. Memang ganas la Aisy tu.

Tapi kalau datang sayang kakak pada adik dia, main sama-sama. Siap bergurau senda lak dua orang tu. Kakak agah adik, adik ketawa terkekek-kekek. Adik tidur, kakak datang cium dan tepuk perlahan-lahan. Waktu ni rasa macam nak peluk je budak berdua tu kuat-kuat. Nikmatnya jadi seorang ibu kan!!!!!

video

No comments:

Post a Comment