Friday, March 2, 2012

Anak-Anak

Eceh ceh ceh..tajuk entry sekarang ni bukan main lagi. Yang ni lagi tak boleh blah. Macam ramai sangat ank dia. Baru dua tapi macam nak tambah tiga..boleh tak? Pergi cermin dulu badan yang tak kurus-kurus tu dulu. dah kurus nanti baru boleh tambah anak. Apa kaitan cerita ni?????

Sebenarnya nak cerita perkembangan dua heroin aku dan my by by ni. Dua-dua pun dah besar. Sangat besar dari usia rasanya.

Mulakan dengan Aisy yang akan menginjak ke umur dua tahun pada 19 march ni...huhuhu..dah besar kakak ye...

Kakak nak masuk 2 tahun dah

 
Sekarang Aisy dah pandai bahasakan diri dia kakak. Kalau panggil dia adik dia cakap "kakak". Ok..good..tapi yang tak good nyer, dia pun panggil Amni kakak. Apa kes ni?

Bab bercakap, Aisy memang dah bercakap sepenuhnya walaupun aya-ayat dia dari satu perkatan ke satu perkataan adalah banyak noktah dulu. Macam mengaji tu. Satu ayat tapi dia ada yang dipanjangkan dan ada juga dipendekkan sebutannya. Ni dah kira ok lah...

Tapi ada gak yang tak ok...banyak perkataan dulu dia sebut dengan betul tapi sekarang jadi tak berapa betul dan bunyi dia lain sangat dengan perkataan sebenar. Bila kita betulkan, dia marah lak..tapi tak leh selalu ikut cakap dia. Kita kena ajar perkataan yang betul... so, yang ni dah tak good untuk Aisy.



Angry bird & potato ni paling dia suka

Lagi tak bertambah good adalah dia sekarang adalah suka menangis. Sikit-sikit nak menangis..bila tak bagi melalak. Lama-lama melalak ikutkan jugak kehendak dia. So, she always win even dengan their parents. So, how????? Makin menjadi-jadi manja dia ni.


Muka baru lepas mengamuk
Masih lagi ada sedikit hasad dengki dengan Amni. Kalau dia nak susu ke, kalau Amni tidur ke..dia suka datang dan bagi pelempang kat pipi Amni. Aku pun tak faham kenapa dia nak buat macam tu. Tengah syok-syok Amni nak pejam mata, boleh dia datang bagi pelempang sebiji kat pipi. Dahsyat sungguh la...

Apa sahaja yang kita yang kita cakap kat dia, dia cakap lak kat baby. Contohnya macam ni :-
Situasi Amni tidur.
Aku : Aisy, jangan kacau baby, baby nak tidur.

Situasi Amni tengah mengekek ketawa main-main
Aisy: Baby, jangan kacau baybear. Baybear nak tidur


Muka dengki kat adik coz cakap adik comel pakai topi, dia pun sibuk nak pakai topi gak

Lagi..apa ye nak cerita...rasa macam banyak sangat nak update tentang Aisy ni...ok, bab mengira dia dah pandai. Tapi sampai sepuluh je..walaupun pandai sebut secara tersusun, tapi dia tak faham pun dari segi bilangan yang sebenarnya. Cuma pandai sebut je coz tiap-tiap hari naik tangga aku ajar dia mengira tangga.

Pastu Abc dia kureng sikit coz bila nak ajar dia, dia lak nak ajar aku balik. Tapi bab mengaji aku suka. Dia dah pandai baca alif ba ta tu. tapi sampai huruf zal je..pastu kalau nak makan dia baca doa tu. dalam bahasa dia la, tapi aku akan bacakan doa yang sebetulnya. Nak tidur pun sama.

Bab mengenal animal, transport pun dah kira ok la budak ni. Ada masa rajin nak belajar, ada masa kita yang diajarnya.

Tak sampai sebulan, birthday dia lak, aku tak tahu nak bagi dia hadia apa...nanti kena cari la...

Sampai masanya nak cerita tentang budak bam bam ni..Amni dah meniarap. Sedikit awal dari Aisy. Amni meniarap di usianya 4 bulan 8 hari. Sebelum tu terlalu gigih berusaha untuk meniarap ko...sampai berbunyi-bunyi nak terbalikkan badan. Akhirnya berjaya gak.

Amni suka tarik stokin

 
Amni sekarang dah boleh nampak dalam keadaan jarak yang jauh dah sekarang ni. Terutama aku lah yang dia nampak. Bila nampak muka mama dia, tak de benda lain dia nak..nak bergantung je lah...suara pun tak boleh dengar. Kalau dengar suara mama dia, dah tak nak dengan orang lain.

Amni jugak macam dah pandai nak berdengki-dengki dengan kakak dia. Dah pandai macam nak berlumba ngan kakak dia. Kalau kakak dia makan, dia pun nak makanan yang kakak dia makan. Kalau kakak main, dia pun nak mainan yang kakak dia main. Kalau kakak duduk atas riba mama, dia pun nak mama jugak. Kalau kakak berlari, dia pun macam nak berlari jugak...


Budak bam bam yang dah besar ni

 
Aku masih lagi gagal untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada Amni even dah beli electric pump. Macamana ni? Masa lunch hour yang cukup untuk makan dan sempat pump untuk 8/9 oz je untuk Amni. Bila balik rumah memang tak de masa ,langsung nak mengepam susu. Terpaksa jugak bekalkan susu formula untuk bam bam ni.

Last sunday, Amni jugak sudah selamat disunatkan pada usia 4 bulan 23 hari. Akikah sudah, cukur jambul sudah, sunat pun sudah. Dua -dua heroin sudah selesai bab yang ni. Tinggal baki lagi nak membesarkan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat je lagi sehinggalah mereka berdua dinikahi. Huhuhu...janganlah cepat sangat masa berlalu..belum puas bermanja dengan budak kecik dua orang ni

No comments:

Post a Comment