Sunday, April 25, 2010

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Hari ni genap Aisy genap 39 hari dan aku juga masih dalam tempoh berpantang...Kambing untuk akikah Rahadatul Aisy telah selamat disembelih awal pagi tadi..comel je kambing tu, putih melepak..

Sedari awal pagi lagi semua jiran tetangga kat kampung ni datang menolong untuk jamuan makan tengahari...menu hari ini? biasa la..mesti lah ada kari kambing, sambal tumis udang, ayam rendang, acar timun masak dan yang penting ada bubur caca..ni menu wajib kat sini kalau ada majlis cukur jambul...

Acara bermula pukul 10.00 am...bermula dengan marhaban dan berzanji...lagu2 untuk naik buai juga untuk Aisy...di pertengahan acara di teruskan dengan majlis cukur jambul...semua pun gunting rambut aisy yang lebat tu..lepas ni anak mama botak la..kena cukur...


Aisy & Wan Cu

Marhaban Team with new clothes sponsor by my lovely mom

Aisy with mama yang sudah gomuks...

With my lovely mom

Aisy with her lovely aunty ; C.Su

Aisy with her mama & abah

Selesai cukur jambul semua tetamu duduk kembali meneruskan marhaban yang belum habis...Marhaban habis dalam pukul 12.00 pm...Aisy? sungguh baik budak ni...sepanjang majlis berlangsung, dia tidur selena-lenanya...macam tiada gangguan..lagi seronok agaknya bila dapat tidur dalam buaian indah hasil rekaan C.Su dia...

Pukul 2.00 pm semuanya pun selesai..semua tetamu sudah pulang...begitu juga dengan sedara mara aku...Bila semua dah tak de, waktu ni la Aisy baru nak buka mata..terkedip2 mata..apa la Aisy ni...orang semua nak tengok mata dia...dia boleh tidur lak...


Aisy with her mama & aunties; C.De & C.Su

Sleeping beauty....

Sweet dream my love princess....

Culture

Kali ni aku tak dapat nak tolong adik2 aku membasuh pinggan mangkuk kerana masih lagi dalam keadaan berpantang...aku dah boleh berjalan macam biasa, tiada rasa sakit langsung selepas melahirkan Aisy..mungkin kesakitan tu dah habis sebelum melahirkan Aisy...makan juga masih dalam berpantang..masih makan ikan selar rebus, sayur sawi rebus dan nasi panas...huhuu..aku tak sabar nak makan sedap2...

No comments:

Post a Comment