Cuti sempena Keputeraan Nabi Muhammad SAW bukanlah bererti berehat je pada aku....dan bukanlah bererti pada hari itu sahaja aku mengingati Nabi Muhammad SAw..
Suasana agak sedih bila lepas mahgrib tatkala dari rumah aku, aku terdengar ceramah di surau berhampiran. Tentulah berkisar tentang nabi, dan saat aku menghadiahkan bacaan yassin kepada Nabi junjungan kita semua, aku teringat bagaimana saat-saat akhir baginda ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda masih lagi mengingati akan umatnya. Pelbagai pesan, pelbagai amanat sebelum baginda pergi..sedih betul..menitis air mata walau pun sedang membaca yassin..aku berharap aku mempunyai kesempatan untuk bertemu baginda di akhirat nanti...
Bangun awal pagi lagi sudah menghadap tv untuk menonton tv yang rata-rata menunjukkan perarakan sempena Maulidur Rasul..niat untuk keluar juga asyik bertangguh sehinggalah jam sudah pun menginjak ke angka 12.00 tengahari...
Aku mengajak husband aku ke OU tapi sampai semalam pun tak dapat pergi..balik-balik ajak pergi ke Selayang (Selayang Mall la tu)....tak pun ke Gombak (Giant)...aku bukannya ada barang dapur untuk dibeli, buat apa ke sana.
Aku tetap menyuarakan niat untuk ke Jalan TAR sebaik sahaja selesai membeli cendol di satu gerai di tepi jalan di belakang Giant Gombak. Nasib husband aku setuju tanpa banyak soal dan hanya bertanya nak beli apa. Aisy lak bila masuk je kereta, kerana mengantuk sangat, terus tertidur. Pada hal, malam tadi dia tidur awal tu...pukul 10.00 pm dah tidur..waktu tu aku tengah syok nak layan cerita Trilogi Cinta...tak kisah lah adik, janji adik bahagia dan sihat....
Jalan tak la jam sangat menuju ke pusat bandar kali ni..tapi yang jadi masalahnya parking...bila public holiday je, parking per entrance mesti up 2x ganda nyer...kalau per hour pun mahal gila..so kitorang just pusing area Jakel tu, tiba-tiba ada parking lak..kalau hari biasa kena bayar kat DBKL, tapi cuti ni husband aku sedekah RM1.00 pada uncle tu coz tolong jaga parking area tu...
1st masuk dalam Jakel...saje je nak cari kain pasang warna purple untuk dipakai untuk wedding dinner abang nanti...kalau jumpa berkenan beli, kalau tak ada..pakai aja baju hantaran dulu..lagi pun baju tu baru aku pakai sekali je waktu hari raya. Di Jakel, walaupun mahal, tapi aku tak suka sangat corak dia. Banyak yang berserabut dan sarat. Ada yang plain tapi kain cotton dari Jepun la..memang cantik tapi kalau beli 4 meter tak ke serabut sangat bila dia nyer corak tu bukan je kat baju tapi kat belah kain pun sama. Takkan nak beli kain plain yang lain lak untuk dibuat kain. Tak kuasa aku kalau nak buat kain pakai kain satin.
Menolak dengan baik dan terus je naik ke tingkat 2 untuk melihat kain langsir. Nak beli kain langsir baru untuk rumah, tapi kali ni lebih untuk memilih warna hitam putih atau pun kain cotton bunga english tu...(walau pun tak kena langsung ngan sofa rumah aku..huhuhu). Tapi kat Jakel tak banyak pilihan, so aku ajak aku blah terus la..Ajak gi deretan kedai kat luar lak...
Jalan punya jalan, terjumpa baju sulam dari bukit tinggi, Indonesia tu..tapi tak ada yang purple sepasang betul..yang ada cuma kain untuk baju warna purple tapi untuk kain lak jenis corak macam kain batik..tak berkenan lagi...
Jalan-jalan punya jalan, lastly aku ternampak kain jenis baju cosmic aku beli kat Kelantan tu...tapi corak dia sama ngan cotton kat Jakel tadi. Corak memang sejibik la sama ngan Jakel tapi mungkin kualiti kurang kot...tapi yang best bukan apa, dia nyer kain dah siap potong yang plain 2 meter.
Ada 2 calour purple, dua-dua pun aku suka tapi pilih nyer pilih...tanya Aisy nak yang mana? Aisy ambik yang memang aku berkenan tu..pandai betul anak mama ni...tiba masa untuk tawar-menawar lak...puas mintak harga RM40 tapi tak dapat..RM45 pun tak dapat..akhirnya dapat la jugak RM48.00..sebab dia tak ada duit kecik, cuma ada RM5 paling kecik, aku pun bagi dia RM3.00..tapi aku dalam blur-blur, tak perasan pun dia pulangkan aku RM15.00...boleh aku tak perasan dalam Aisy mengamuk nak duit lebih tu, aku bagi dia RM5.00 tapi RM10.00 aku masuk poket...Balik rumah baru aku perasan...rezeki lah tu...
Kami pulang dari KL pun jam sudah pun menunjukkan pukul 4.00 lebih...kepala sakit sangat, husband aku nak singgah mana-mana pun aku tak bagi...ajak balik terus je...mata ngantuk gila...kaki pun dah penat....sampai je rumah aku tertidur, pada hal dah nak masuk Asar waktu tu...Aisy lak husband aku yang jaga coz aku rasa dah ngantuk sangat sampai tak boleh buka mata dah. Biarlah dia jaga Aisy lak, aku dah berapa malam tidur tak cukup jaga Aisy.
Badan betul-betul penat...malam berjaga dan hanya tidur beberapa jam sahaja. Baru sahaja nak lena, dah bunyi Aisy merengek nak susu. 2 jam sekali mesti nak susu, kalau dia tidur pukul 12.00 am ke atas, dia akan bangun 3x untuk menyusu....huhuhuhu...adakalanya menunggu Aisy menghabiskan sebotol susu hampir setengah jam kerana dia hanya minum sedikit-sedikit sambil pejam mata....perlu diperhatikan bagi mengelak tersedak susu yang kadang-kadang boleh menyebabkan maut kepada bayi.
Bila dah bangun buat susu, mulalah terpandang kain yang tak berlipat, baju yang tidak berjemur, rumah yang macam tongkang pecah, sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tak berbasuh, baju yang masih belum digosok, beg Aisy yang masih belum diisi untuk bekalan esoknya....semua pun kena buat...sungguh aku penat kerana paling kurang satu jam setengah untuk settle kan semua tu...
Dan saat ini, aku perlukan kekuatan dan kesabaran untuk melayan karenah Aisy yang semakin melasak. Perlu belajar mengawal perasaan marah kerana budak sekecil Aisy tidak mengerti apa itu erti penat. Tidak memahami mamanya penat...Bersabar itu mungkin jalan yang terbaik...maafkan mama ye Aisy adakalanya mama tinggikan suara dengan Aisy...
Wednesday, February 16, 2011
Monday, February 14, 2011
Cerita Hujung Minggu....
Hujung minggu yang lalu aku pulang ke kampung hanya menumpang kereta adik kerana husband aku terpaksa bekerja untuk minggu ni. Lagi pun dia ada game hari Ahad, so lebih baik balik dengan adik je. Kenapa tak duduk je rumah tu berhujung minggu dengan suami? Jawapan yang pasti adalah masa akan terlalu panjang untuk habiskan cuti 2 hari kerana sepanjang 2 hari sudah tentu kami (Aku & AIsy) hanya terperap di dalam rumah.
Untuk turun ke bawah, nanti kena naik tangga setinggi empat tingkat untuk sampai ke rumah semula. Untuk bersiar-siar dengan Aisy, tidak bisa kerna Aisy tidak akan duduk diam-diam di dalam carseatnya. Untuk bersiar-siar dengan husband, berani kerat jari la kalau dia nak. Kalau dah bangun tidur pukul 11.00, nak siap-siap dah pukul 1.00pm, pukul 5.00pm dia dah kena ada atas padang...so macamana?Sampai ke hari ini pun niat nak ke I-City & Zoo Negara tak tercapai..huhuhu...
Nak mengemas rumah (mop lantai, bersihkan kipas, cuci bilik air dan tandas, kemas almari pakaian untuk bungkuskan semua baju yang tak pakai, iron baju untuk 2 minggu, kemaskan bilik no.3 nak jadikan bilik mainan Aisy) Aisy tak pernah nak tidur siang..so lebih senang kalau tinggalkan husband di hujung minggu supaya dia buat semua tu (dia buat mop lantai je..tukar susun atur perabot-yang ni tak suruh buat tapi rajin buat).
Ni semua refer apa yang berlaku malam tadi la, sampai-sampai je rumah memang lantai bermop tapi tak berapa bersih, tapi yang pasti kerja-kerja lain semua pun tak buat. Kira ok la bermop tu...lagi satu, semalam kata gi vakum kereta, tapi pagi tadi aku tengok kat carpet tempat pemandu tu penuh berpasir dan ada daun kering lak..apa kes ni?
Tu cerita hujung minggu apa yang husband aku buat, dan yang aku buat lak?
Tak ada apa sangat la..cuma pagi Sabtu, bangun awal pagi juga dengan niat untuk ke kampung arwah abah. Mak nak bagi duit zakat pada orang-orang yang sedikit susah kat sana. Tapi sudahnya kami hanya pergi ke Kg. Jelu pukul 10.00 am..biasa la, kalau ada Aisy, lebih banyak untuk bermain dengan dia...dia awal-awal lagi dah siap coz aku yang mandikan. tapi bila dah mandi, seronok lak melayan dia manaiki kuda mainan yang dibeli oleh mak di Kelantan hari tu...
Destinasi pertama rumah penerima zakat adalah rumah sepupu aku, anak saudara arwah abah la...memang susah pun, husband lak diserang strok dan sepupuku (Kak Yah) terpaksa menanggung keluarga yang mana anak-anaknya masih bersekolah lagi 5 orang. Kedua-dua adik k.yah juga menerima duit zakat daripada mak.
Rumah yang seterusnya rumah pakcik aku la, pak long. Dia kahwin ngan kakak abah, tapi kakak abah ni pergi di awal usia ketika k.yah dan adik-adiknya masih kecil. Mak aku cakap, adik beradik abah aku dulu tak pernah pergi ke rumah pak long sebab mak long aku dulu susah sangat hidup dengan pak long tu. Menjadi mangsa panas baran, so mereka semua macam berdendam di atas kematian mak long aku.
Cuma lately ni, ada lah pergi time raya coz pak long aku dah terlantar sakit sejak aku kecik lagi. Dia dah kahwin lain pun sebelum terlantar tu, dan isterinya telah membekalkan telur itik kepada mak kerana datang berziarah ke rumahnya. Aku lak, dah lama tak ke sana, kali terakhir mengikut abah memberikan duit zakat kepada pak long pada bulan puasa tahun 2006. Itu yang terakhir. Takut coz terdengar cerita diorang suami isteri seakan 'membela sesuatu"...seram....
Bertanya kepada mak dengan adik sebaik sahaja mak membawa telur itik memasuki kereta;
A& A : Mak, ok tak telur tu...
Mak : Ish, tak ada apa lah....
A&A : Takut la, dia hembus-hembus ke...sakit nanti...
Rumah seterusnya rumah kakak abah yang aku panggil Mek sejak kecik..orang kelantan kan panggil Mek untuk panggilan mak, tapi sebab anak-anak dia panggil mek, kitorang pun panggil mek pada dia. Tidak lah lekat dengan panggilan M.De (anak ketiga dalam adik beradik abah). Suaminya juga kami semua panggil Cheq (ayah-panggilan orang Kelantan). Lama di sana, hampir 1 jam berbual.
Kalau dulu waktu aku kecik-kecik, keluarga aku & Pak.Ngah yang kat Keratong tu paling susah. Tak ada kereta, tak ada duit yang banyak, tapi sekarang dah berubah. Kami 2 keluarga ni bukanlah kaya dan mewah, tapi tiada lagi masalah kewangan seperti dulu. Tiada lagi menaiki bas seperti dulu. Tiada lagi perlu meminjam atau menyewa kereta seperti dulu. Semuanya atas didikan dan melihat kesusahan ibu bapa, kami semua nekad belajar ke menara gading bagi mengubah taraf kehidupan. Alhamdulillah, apa yang kami ada hari ni, mak kami dapat hidup dengan gembira. Tapi sayang, abah dan P.Ngah tak dapat melihat dan merasa semua tu...kedua-dua beradik ini pergi di usia belum mencecah 60 tahun akibat serangan strok....
Kalau ketika waktu dahulu, mak adalah penerima zakat daripada Mek, tapi sekarang Mek penerima zakat pada mak..terbalik sudah...Dulu waktu anak-anak mek masih kecil dan bersekolah tidak pandai meminta, tetapi apabila sudah bersekolah menengah, semuanya pandai meminta. Sehinggakan berkahwin sekarang dan berumahtangga juga masih meminta kepada ibu bapa. Sudahnya, dengan kudrat yang semakin kurang untuk bekerja dan sering sakit-sakit, apa yang ada semakin berkurangan disebabkan sentiasa melayan permintaan anak-anak. Itu lah pentingnya mengajar anak-anak dengan kesusahan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak supaya di hari tua, kita akan dapat hidup dengan tenang. Tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak, cukup lah sekadar anak-anak tidak menyusahkan kita di hari tua. Ingatan untuk diri sendiri supaya mendidik Aisy dengan cara yang betul....
Rumah terakhir adalah rumah adik bongsu arwah nenek aku. Mak saudara arwah abah aku lah...dia dah lama sakit tapi kadang-kadang sihat. Dia sebenarnya sudah sedikit nyanyuk kerana usia sudahpun menginjak ke angka 80 mungkin...sedangkan arawah nenek aku juga sedikit nyanyuk ketika di akhir-akhir usianya, ini kan pula adiknya kerana nenek aku sudah pun kembali kepadaNya sudah lebih 14 tahun.
Kasihan sungguh pada anak bongsunya yang menjaga dia, sentiasa menjadi mangsa merepeknya...tak apa lah, dulu kita kecik, mak kita layan kita walaupun dia tak tahu apa kita nak..sekarang kita layan pula apa yang dia nak walaupun kita tak tau apa yang dia nak...tak rugi pun jaga mak yang sedang sakit...Aisy, ingat jasa mama dan abah ye membesarkan Aisy. Tak minta balasan cuma mengharapkan Aisy sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mama & abah dan biarlah kami 'pergi' dalam keadaan tidak menyusahkan sesiapa sahaja.
Sepanjang perjalanan mak membayar zakat, Aisy hanya tidur dan aku dan adik juga tidak turun mengikuti emak..hanya menunggu di dalam kereta sehinggalah sampai di rumah Mek. Mak ajak turun, tapi apabila aku baru sahaja menjejaki kaki untuk keluar dari kereta, Aisy tersedar dari lenanya. Dia baik-baik sahaja berada di rumah orang cuma masih lagi tidak bisa di ambil oleh orang lain. Dia hanya mahukan aku, abahnya, tok ma, Cik.Su, C.De dia...uncle Ady dia dulu dia nak, tapi sudah hampir dua bulan tidak bertemu, mungkin juga sudah tidak bisa didukung lagi...
Destinasi terakhir adalah di kedai handphone yang aku beli pada 22.01.2011 hari tu..baru sahaja membeli nokia X3 model yang baru kerana hp aku Nokia X3 yang dibeli tahun lepas, husband aku telah ambil. Hp Nokia daun yang aku pakai sebelum tu juga sudah tidak boleh digunapakai lagi...tapi kali ni, bateri hanya boleh tahan 12 jam sahaja walaupun di charge penuh. Yang lama tu aku pakai 3 hari pun kadang-kadang tak abis jugak lagi...sudahnya, hp baru aku akan dibawa ke bilik bedah dan aku tiada hp sekarang....huhuhu...boleh ke hidup tanpa hp?
Sebab rasanya hp tu keperluan, pinjam jugak la hp nokia adik yang dah tak pakai tu...nasib baik ada spare kat rumah...sekarang aku hanya pakai nokia 2610...huhuhu..tak boleh la merakam gambar Aisy untuk seminggu ni....
Menu masakan untuk tengahari itu adalah gulai lemak telur itik yang baru sahaja dibawa pulang dari kampung...ada 6 biji tapi mak hanya gulaikan 4 biji sahaja. Namun, hanya 2 biji yang dijamah, lagi 2 biji tidak terusik coz kami semua tak makan malam..2 biji itu pun hanya aku dan adik yang makan. Mak yang makanan kegemarannnya itu juga tidak terasa ingin makan untuk kali ini. Malam sebelum tidur, aku mengalami batuk yang teramat sangat. Ditambah dengan perut yang memulas. Adik aku juga...Tidur kami tidak lena walaupun makan ubat...
Pagi keesokannya, adik aku telah demam kesejukan. Aku masih lagi sakit perut dan berulang ke tandas. Adik aku demam dengan ditambah sakit kepala...aku tidak demam mungkin kerana aku membuang dan sering sendawa keluar angin. Tapi tidak adikku, dia hanya memulas sakit perut dan angin tidak keluar lalu terus menyerang kepala mungkin. Tambah lagi terkejut apabila gulai telur yang baki lagi 2 biji itu apabila dipanaskan menjadi hitam dan tidak seperti kebiasaaan yang hanya kering dan pekat tetapi masih lagi dalam warna kekuningan. Apa dah jadi? Sudah 'terkenakah' kami?
Namun apabila sudah menginjak ke pukul 2.00 pm, sakit makin berkurangan, adik juga demamnya sedikit kebah. Niat mak untuk mengikut kami pulang ke KL juga dibatalkan kerana adik telah pulih. Sungguh kami tidak akan makan lagi dan berpesan juga kepada mak jangan makan telur tersebut. Bukan menyangka buruk tapi lebih baik mengelak kerana mak tinggal berseorangan di kampung. Apa yang berlaku, kami semua tiada di sana.
Nasib juga aku tidak menyuapkan Aisy dengan telur tersebut. Dia masih kecil untuk merasai kesakitan. Sudahlah baru sahaja baik dari demam, batuk selesema, sakit gusi, allergic..cukup lah aku melihat kesakitan yang dia alami untuk tempoh yang singkat itu, tak sanggup lagi untuk melihat dia menanggung kesakitan yang diterima hanya dengan kesilapan memberikan makanan yang tidak sepatutnya diberi makan.
Pagi tadi dengan sorok-sorok adik dan mak yang makan keropok goreng, namun masih boleh dilihat oleh Aisy. Walaupun baru sahaja siap mandi, tanpa memakai pampers terus merangkak menuju ke arah C.Su setelah dari jauh menegur..."Hey..."sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah C.Su dan menggerak-gerakkan jari tersebut seperti seekor ulat bergerak, sungguh aku suka kalau Aisy buat begini...
Mak aku tetap bagi pada Aisy keropok tersebut walaupun tahu Aisy allergic dengan keropok...tak sampai hati bila budak sekecil itu, ingin mencuba dan belajar makan, tetapi sudah disekat dan dilarang. Aku suka tengok Aisy makan keropok..dia pandai makan keropok...dipatahkan kecil, dimasukkan kedalam mulut sehingga lembik barulah dikunyah dengan gusi kerna sehingga ke hari ini, tiada sebatang gigi pun yang tumbuh. Saban bulan sakit gusi, tapi tiada gigi juga yang tumbuh.
Yang paling best sekarang, apa sahaja dia makan dia akan suapkan ke mulutku juga. Dan apa sahaja yang ada di dalam mulut aku, akan diambil untuk makan. Kasihan dia, sehingga ada setengah makanan terpaksa aku kunyah bagi sedikit hancur sebelum bagi dia makan. Nasi juga sudah mula untuk makan sendiri, apabila di suap, akan dikeluarkan semula dan dimasukkan dengan tangan sendiri. Namun, apabila diberikan nasi di dalam pinggan sendiri, hanya membuangnya ke lantai.
Berbalik kepada cerita keropok, hanya sedikit yang Aisy makan, tapi sudah naik dua bintik merah dibelakang badan. Sungguh allergic dengan keropok goreng. Aku rasa Aisy tidak boleh makan sebarangan ikan. Berseloroh dengan mak untuk membeli ikan tenggiri atau kembung untuk membuat keropok kering sendiri untuk Aisy sahaja kerana mak ada membeli tepung sagu untuk membuat keropok ketika pulang ke Kelantan hari tu. Tunggu ada masa nanti baru buat dengan mak....
Teringat pulak, kecik-kecik dulu bila balik Kelantan, aku suka menjemur keropok-keropok kering tersebut sebelum dipaketkan...sungguh seronok di zaman kanak-kanak ketika pulang ke Kelantan. Kg. Laut tu penuh dengan kenangan, dan semuanya masih terpahat di ingatan aku. Namun sayang, Aisy tidak akan mempunyai peluang sepertimana aku merasai zaman kanak-kanak aku di sana kerana semuanya sudah berubah. Aku dan Aisy dibesarkan di dalam dua zaman yang berbeza. Yang pasti, aku akan memberikan peluang untuk Aisy merasai keseronokan dan kegembiraan aku ketika kanak-kanak walaupun persekitaran yang berbeza.
Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak yang peuh dengan kegembiraan...nanti aku buat entry zaman kanak-kanak aku lak...
Thursday, February 10, 2011
Aisy jatuh lagi.....
Kalau minggu lepas Aisy jatuh dari sofa, tapi malam tadi Aisy jatuh katil lak...huhuhu..kasihan sungguh anak mama ni...Jatuh dari sofa mungkin kurang sakit coz di bawah sofa ada permaidani, tetapi jatuh katil?huhuhu...Allah je lah yang tahu...
Pesritiwa ini berlaku ketika jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pm yang mana Aisy kelihatan mengantuk ketika dia menunggu aku membasuh bajunya dihadapan pintu bilik air. Ketika aku bersolat Isyak, aku letakkan Aisy di atas katil namun dia agak pandai bermain tanpa cuba untuk turun ke bawah. Usai solat Isyak aku cuba untuk menidurkan Aisy.
Susu habis setengah botol, Aisy dalam pejam mata masih memusing-musingkan badannya mencari posisi yang sesuai untuk tidur. Dicuba untuk berbaring di atas teddybearnya, tapi tidak lena. Aku tarik dalam pelukan aku dan mengusap rambutnya. Matanya terpejam dan aku juga terlelap. Sungguh aku suka bau yang ada pada Aisy. Suka untuk memeluk Aisy tapi anak mama ni bukan macam baby girl yang suka manja-manja, tak suka langsung dipeluk dan dicium bertubi-tubi.
Aku rasa baru sahaja aku terlelap tiba-tiba terdengar Aisy menangis dan bila membuka mata Aisy tiada dalam pelukan aku. Husband aku berkejar ke dalam bilik sebaik sahaja mendengar tangisan Aisy. Aku bertanya kepada husband aku kat mana Aisy? Husband aku menjawab yang Aisy tidak bersamanya dan terus berlari menuju ke hujung kaki katil.
Alangkah terkejutnya aku dan husband aku, Aisy meraung sambil tertiarap. Mesti dia terjatuh dari atas katil. Husband aku angkat Aisy dan raungan Aisy bergema dan kadang-kadang seperti tiada suara raungan. Betapa sakitnya dia akibat kepala menyembah lantai yang tiada alas dan hanya berlantaikan jubin itu. Aku ambil Aisy dari husband aku dan bawanya keluar ke ruang tamu untuk diberikan air untuk hilangkan rasa terkejutnya namun Aisy menolak. Masih lagi dalam raungan. Dahinya sudah pun benjol kebiruan.
Dalam raungan juga lagi, aku bawanya ke katil dan baringkan dia. Mengambil susunya yang masih lagi panas untuk cuba legakan terkejutnya. Aku cba tuamkan kain ke dahinya tapi Aisy menolak dan husband aku mengambil air batu untuk dituam kedahinya pula. Dan kali ini Aisy tidak menolak..betul-betul 'AIS' la AISY ni...
Susu yang setengah habis dan meraung sekali lagi kerna tidak cukup...cepat-cepat husband aku membancuh sebagai tambahan namun hanya sedikit yang diminum Aisy. Aisy terus lena dan air batu masih lagi di dahinya. Dalam lenanya Aisy, aku cuba untuk tukarkan Aisy dengan tuamkan Aisy menggunakan kain pula.Mengharapkan benjolnya akan surut.
Alhamdulillah, bangun pagi ni benjolnya sudah tiada. Berkatberjaga hampir satu jam untu menuamkan kain ke dahinya semalam mungkin. Cuma aku bimbang jika ada sebarang kesan ke atas Aisy punca kepalanya jatuh ke simen. Dan pagi ini juga, tiada perubahan yang berbeza berlaku kepada Aisy.
Cuma sedikit mengamuk ketika mengangkatnya dari tidur untuk dihantar ke nursery. Namun dia baik-baik sahaja apabila diberikan kipas yang dibelikan ketika di KB hari tu. Tapi sayang, bila sampai di nursery, aku terperasan kipas Aisy yang ada tiga tu dah hilang satu. Bukan main ketawa lagi dia bila melihat kipas itu berpusing jika terkena angin.
Dan buat pertama kalinya juga pagi tadi dia tidak menangis ketika Ida (pembantu di nursery) mengambil dia daripada dukungan aku. Mungkin seronok kerana semalam Ida menggunakan lappy dan duduk disebelahnya.
Buat Aisy, mama minta maaf ye sayang. Mama janji dengan adik tak akan tertidur lagi walau mengantuk macamanapun kecuali ada abah kat sebelah adik...Semoga adik tak ada apa-apa ye...

Monday, February 7, 2011
Cerita Cuti Tahun Baru Cina
Semua jalan nak balik ke KL atau keluar dari KL semalam jam teruk...aku bernasib baik kurang sikit terperangkap dalam jam..sebab apa?
Pertama, niat husband untuk pulang ke KL ikut jalan alternatif (Sertik - Lebuhraya Karak) bertukar, kami hanya ikut jalan bandar Bentong..Tak jam ke?Jam, tapi bergerak, so ok la...
Kedua, dari Bentong ke Genting Sempah melalui jalan lama....so terlepas kesesakan yang biasanya akan sangkut sampai Genting Sempah dari Plaza Tol Bentong....
Ketiga, dari Genting Sempah ke KL hanya melalui lebuhraya Karak dan hanya sangkut 5km dari plaza Tol Gombak..alhamdulillah..cuma mengambil masa 2jam setengah je untuk sampai ke rumah...
Sebenarnya nak cerita sempena tahun Baru Cina ni kami semua pulang ke Kota Bharu untuk cuti-cuti dan jalan-jalan cari makan..Mak dan adik-adik aku dah bertolak ke KB pada Selasa yang lepas lagi..tapi disebabkan aku kena bekerja juga hari Rabu, aku & husband terpaksa bertolak ke KB hanya pada hari Khamis..Niat nak bertolak hari Rabu terkandas juga kerana semua kerja-kerja claim salary foreign workers dari Flextronics hanya siap pada pukul 3.30 petang..kami hanya pulang ke rumah mak untuk memendekkan perjalanan ke KB pada hari Khamis nanti.
Ni lah cerita cuti aku....
03.02.2011 (Khamis)
Seawal pagi lagi kami bangun dan bersiap. Nasib baik Aisy tidur awal malam tu, so pagi tu dia bangun sendiri tanpa perlu kejutkan dia...yang paling best tengok dia menggigil kesejukan bila lepas mandi..kami mencari breakfast di pekan sehari..tak ramai yang menjual mungkin sebab cuti, kami hanya membeli nasi lemak dan sate untuk di bawa bekal.
Pukul 9.00 kami bertolak ke KB dari bandar Raub..waktu tu punya la banyak kereta dari KL menuju ke KB..dan kami juga menyertainya...ni 1st time aku bawa Aisy ke Kelantan..1st time juga dia akan menaiki kereta melebihi 4 jam...tentu dan pasti banyak karenah....
Sepanjang jalan perjalanan agak lancar...walaupun kereta banyak, tapi tak jam...sepanjang mendaki bukit 7 untuk sampai ke Merapoh, menyaksikan ada sebuah bas tebalik. Mungkin malam tadi coz tak ada penumpang dan hanya ada polis yang menunggu di sana...cuma perjalanan agak slow bila ada sebuah lori tangki, tapi pemandu lori tu berhemah,dia memberhentikan kenderaannya ke tepi bila ada kawasan lapang di tepi dan memberikan laluan kepada kenderaan kecil. Tapi ada pemandu kereta yang kurang bertanggungjawab..memotong sesuka hati...nasib baik tak banyak..cuma segelintir..ni lah sikap sebenarnya....
Berhenti breakfast di tempat perkelahan Sungai Yu...tempat baru aku rasa..sebelum ni aku balik KB tak pernah ada pun...tapi tak ramai sangat yang berhenti kat sana,...mana taknya, tempat tu betul-betul bawah bukit, semua orang pun tengah laju, sampai ada yang bagi signal last minit, tu yang hampir berlaku kemalangan depan mata kami ketika tengah syok makan....
Sepanjang perjalanan ni Aisy hanya tidur sekali sewaktu kami melalui bukit 7 dan bangun bila kereta berhenti di sungai Yu..sepanjang perjalanan ke Gua Musang, walau pun mata nampak macam berat, Aisy masih menahan kantuknya dan hanya berdiri sepanjang perjalanan.
Sedikit mengamuk di dalam kereta..husband berhenti di R&R di Gua Musang...memujuk dengan membeli air kotak MILO..sudahnya, habis baju Aisy kotor..Aisy bukan pandai lagi menggunakan straw untuk menyedut minuman. So,aku terpaksa la menyedut dan menyuakan ke mulutnya...biasa la, dia akan marah kalau sikit-sikit dan lambat...aku buat keputusan buka kotak dan tuang ke dalam bekas air, tapi ditepisnya..sudahnya tumpah terkena alas kaki..mencabar kesabaran betul sehingga aku meninggikan suara memarahinya..
Husband aku memangku Aisy yang sedang merengek dan mengamuk hinggalah perjalanan hampir 10km untuk sampai ke Lata Rek, Aisy tertidur di dalam dukungan husband aku. Kasihankan husband aku, aku mengambil Aisy dan meletakkanya ke seat belakang yang dah stand by untuk Aisy tidur..Husband aku juga sudah mengantuk, so kami bertukar pemandu...husband mengambil keputusan untuk tidur di hadapan sebelah pemandu berbanding duduk di belakang...
Sampai sahaja di masjid Kuala Krai, kami berhenti solat dan bertemu dengan mak dan adik-adik aku...kami memulakan perjalanan secara konvoi ke KB namun pemanduan husband aku yang lebih banyak memotong jika ada peluang, kami berada di barisan hadapan...kerana kurang sabar juga,berhampiran wakaf Che Yeh, husband aku mengambil lane di sebelah kanan menyebabkan kami terpaksa membelok ke kanan apabila lampu isyarat hijau ke kanan. Sudahnya untuk buat pusingan U kenderaan terlalu banyak, kami meneruskan sahaja perjalanan yang menunjukkan arah ke Pasir Putih, Kuala Terengganu.
Nasib menyebelahi kami apabila terjumpa papan tanda menunjukkan arah ke kiri untuk ke pusat bandar...kami melalui kawasan yang bernama Telipot dan terjumapa Sek Keb Zainab I di sana...akhirnya jumpa juga kami jalan ke pusat bandar dan adik aku sudah menunggu di hadapan...
Jalan masuk ke bandar KB agak jam dengan kereta yang banyak dan juga terdapat flyover yang dalam pembinaan..fly over ni untuk menggantikan jambatan dari Wakaf Baru- Kota Bharu..jambatan tu dah tak boleh menampung kenderaan yang banyak...
Dua tahun lepas aku rasa pasaraya PArkson ni macam tak ada lagi coz kami hanya parking kat luar Pasar Ct Khadijah je..sekarang dah boleh parking kat situ..so ok sikit, aku rela bayar parking dari memusing 10x nak cari parking...
Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang ketika kami sampai di pasar tersebut..mak ajak makan dulu baru pergi beli barang...tempat makan yang selalu kitorang makan tu dah habis lak makanan dia..terpaksa la makan kat tempat lain..yang agak mahal sikit...kawasan makan di sana agak kotor...kurang selesa tapi makan jugak la..cuma adik aku melarang Aisy memegang air tin yang disusun di atas meja kerana bimbang terkena air kencing tikus...apa lagi, mengamuk la si kecik tu...
Sudahnya kami bergilir-gilir mendukung dia kerana perut perlu di isi...aku mengumpan Aisy dengan membeli kipas yang berharga RM1.00 tu supaya dia akan leka dan seronok bermain dengan kipas tersebut jika kipas itu berpusing terkena angin yang bertiup..diamnya hanya 5 min, yang lain lebih kepada mengamuk dan membuang sahaja kipas tersebut ke lantai...
Pusing-pusing tempat menjual tudung dan baju..biasanya aku pasti membeli kain pasang dan tudung di sini...kali ni aku kurang berkenan dengan tudung-tudung bawal yang ada..aku lebih sukakan tudung bawal yang berkerawang, namun sekarang lebih kepada trend tudung pakai sarung je...tudung bawal pun dah kurang keluar...
Akhirnya jumpa satu kedai tempat mak dan adik-adik aku memborong pakaian semalam, dengan harga RM15.00 sehelai tudung, aku membeli 3 helai..kurang cantik tapi sebab murah, beli sahaja untuk dipakai ke tempat kerja...terpandang pula baju cosmic yang patung pakai...cantiknya..sudahnya, aku mengambil 2 pasang warna yang berlainan...aku tak tau la murah ke tak, dengan tak ada tawar-menawar, dia bagi aku harga RM50.00..aku pun beli je...
Selesai membeli, aku mendapatkan husband, mak dan Aisy yang hanya duduk di bangku berhampiran tandas..di sana tempatnya ada angin masuk dan Aisy seronok bermain dengan kipasnya....niat untuk membeli batik sutera sudah bertukar kepada baju lain pulak...huhuhu....
Kami terus pulang ke rumah Ayah Mud yang berada di Chabang Empat, Tumpat. Niat untuk ke Kg. Laut terpaksa cancel coz jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang...mak aku beritahu, sepupu aku, K.Feti nak ajak makan kat rumah dia..so balik terus lah rumah Ayah Mud...sampai sana, tak ada orang pulak..nasib baik tiba-tiba anak lelaki dia, Shawal terbangun dari tidur....kalau tak,aku nyer solat Asar terlepas....
Keluarga Ayah Mud sudah pergi ke rumah K.Feti, so malam ni kitorang makan kat rumah je lah...Aisy lak, sejak sampai ke rumah A.Mud, menangis je dia..nak letak pun tak nak...bila dah lepas mandi, dia pun ok..merangkak ikut suka hati...tapi tetap tak nak bila keluarga A.Mud nak ambil dan dukung dia...
Pukul 10.00 malam kami bersiap-siap untuk ke Wakaf Che Yeh...jalan punya jam start dari bandar Kb ke sana...sudahnya, kami hanya berlalu tanpa singgah di Wakaf Che Yeh kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.50 pm tapi kami masih belum lagi sampai berhampiran Mc.Donald...kami juga terpaksa balik ke Chabang 4 melalui Tendong kerana untuk membuat pusingan U jalan terlalu jam....
Pulang dengan rasa kecewa, tapi esok masih ada...so esok mesti pergi...
04.02.2011 (Jumaat)
Pagi Jumaat, kami ke Kawasan Bebas Cukai Pangkalan Kubor pulak...biasa lah..kat sini mesti beli NARITA dan pinggan mangkuk..memang niat nak beli ni pun...kami pergi awal, so orang pun tak ramai lagi...parking kereta pun ada lagi...Aisy lak tidur bila dah sampai pintu masuk Pangkalan Kubor..terpaksa la mak lak yang pangku Aisy di pondok sahaja..aku, husband & De pusing-pusing cari barang....
Sudahnya, aku hanya membeli pinggan mangkuk Duralex untuk kegunaan di rumah aku, set periuk crocodile tu, & jug air panas..Narita yang dicari sudah habis stok kerana semua barang sangkut kat seberang, tak boleh keluar untuk dua hari...huhuhu...lain kali lah beli...husband aku belikan Aisy patung katak yang besar tu...ntah Aisy buat main ke tak, tak tau lah...
Pulang dari P. Kubor, kami singgah di Pantai Sri Tujoh. Dah lama tak ke sana. 2 tahun lepas kami balik Aisy tak ada lagi dan kami hanya makan malam di sebuah restoran di sana dan bukannya menjejakkan kaki ke pasir pantai...
Dengan sedikit bekalan dari rumah, kami makan di sana...husband aku cuba meletakkan kaki Aisy ke pasir tapi sangkaan kami yang dia sukakan pasir meleset. Aisy sepanjang di pantai hanya menangis. Aku cuba bawa dia ke gigi pantai...tangisnya lagi kuat bila dia lihat ombak...kami tak lama di sana kerana Aisy menangis tak berhenti. Bila tangisnya berhenti, husband aku cuba lagi untuk meletakkannya di atas pasir namun tangisnya makin kuat. Husband aku suka sangat bila tengok Aisy menangis dan memasang niat untuk menanam Aisy di dalam pasir jika kami ke sana memang untuk berkelah dan mandi-manda....
Destinasi kami seterusnya adalah ke Kg. Laut iaitu kampung kelahiran mak aku...melawat saudara mara yang masih ada dan yang untungnya adalah Aisy lah...orang cina sambut tahun baru dapat angpau, Aisy gi rumah sedara mara pun dapat ang pau...dan yang pasti mama dia juga kuar duit angpau...hehehe...
Kalau ke Kg. laut ni, tak sah kalau tak beli sambal daging a.k.a serunding...disebabkan tidak menempahnya terlebih dahulu, makcik tu cuma boleh bagi kat mak aku 5 paket je..kira ok la tu...makcik ni kalau ngan mak aku tak pernah berkira...selalu beli dia bagi lebih, tapi sebab tak de, dia bagi murah lak...sambal daging dia the best aku pernah makan...walau pun ada jual atas pasar, tapi aku suka beli kat rumah dia....
Pulang ke rumah A.Mud berehat untuk sementara waktu sahaja kerana petang selepas Asar kami akan ke rumah K.Feti di Kubang Kerian...ye ke?aku pun tak tau tapi rumah dia dekat la ngan wakaf Che Yeh tu coz dia kerja kat CIMB sana...
Cakap je lepas Asar, sudahnya kami bertolak dari rumah sudah pun pukul 6.00 petang...tapi jalan, subhanallah..jam..1 km keluar dari rumah, tengok botol Aisy tak ada dalam beg...dia dah ngamuk nak susu...puas pujuk, siap bancuh susu dalam bekas air je tapi dia minum sikit...jalan jam, nak pusing pun tak leh..kereta berderet nak menghala ke Pangkalan Kubor...kali ni kami ikut jalan dalam ke rumah K.Feti...tentu sekali ikut Tendong bagi mengelakkan jam...tapi kami juga terperangkap dalam jam..sampai di rumah K.Feti jam dah menunjukkan 7.15 pm...
Kami dijamu dengan Beehon Goreng, keropok dan sate...A.Mud dan keluarga dia selepas Maghrib bertolak ke rumah sahabat mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kami pula masih di sana berbual-bual.
Terlalu lama tidak berjumpa dengan K.Feti...murah je rumah K.Feti beli, RM130K..rumah lot banglo..rezeki dia..kalau area sana lot banglo pun tak dapat lagi harga tu, tapi sebab owner tu nak sangat pakai duit dan pergi ke bank bertemu penasihat (k.Feti) pelaburan harta tanah, k.Feti pun ambik keputusan beli rumah tu...besar dan sangat selesa...
Aisy paling seronok bermain kat sana..maklum la, anak K.Feti keluarkan semua mainannya dan Aisy lah paling seronok bermain. Lagi satu, mesti dia ingat nursery dia...leka sangat bermain sehingga aku cuba melambaikan tangan untuk balik pun dia tidak peduli. Betul-betul happy dia kat sana...
Selepas husband aku dan A.Mi (husband K.Feti) pulang dari masjid (ntah apo kono ngan laki aku gi masjid), kami pun bertolak pulang..bukan pulang terus ye..tapi singgah ke wakaf Che Yeh..kali ni kami bernasib baik..dapat tempat parking dekat la jugak ngan pasar tu....
Gila murah kain pasang english cotton tu...RM25.00 utk 2 pasang..tapi style aku dah, kalau berpusu-pusu orang aku pun malas nak pilih...dah berhenti dan pilih, tapi bila diasak-asak dan ditolak, aku pun blah je...tak beli apa pun, cuma beli keropok pedas yang husband aku suka makan je...
On the way balik tu, jalan biasa lah jam nak naik jambatan tu...ntah kenapa, Aisy yang seronok bermain ngan adik-adik dan mak aku, tiba-tiba meraung..kami semua takut...aku bancuh susu dalam botol yang dipinjamkan oleh K.Feti, namun dia masih lagi meraung...puas semua orang memujuk, tapi tak berhenti juga raungannya...
Pada waktu ini, Aisy hanya ingin berada dalam pelukan aku...puas juga pujuk dan gosok kaki dia, namun Aisy masih lagi dalam tangisnya..tapi tidak lah meraung seperti mula-mula dia meraung....apabila kereta masuk ke dalam pagar rumah A.Mud, tiba-tiba dia berhenti menangis...terus tunjuk-tunjuk...apa tu apa tu lagi dia tanya...cheh..nak balik rupanya....ni dua kali dia buat macam ni..dulu kat Melaka macam ni jugak....macam-macam ragam Aisy ni...
Masuk je rumah, mata yang ngantuk tu pun dah jadi bulat...merangkak ke sana sini...walau pun diberi susu, namun masih lagi aktif...bila kami semua mengusik, siapa budak yang nangis-nangis tadi, dia senyum je nampak gusi yang tak ada gigi...apa lah adik ni....
05.02.2011 (Sabtu)
Bangun awal pagi untuk pack barang dan yang penting susun barang-barang dalam kereta...Kereta adik bawa memang penuh gila coz ada 2 comforter set, barang-barang mak nak berniaga lagi...aku nyer kereta sama cam pergi gak cuma bonet je penuh..cuma seat belakang ada seekor katak besar duduk...
Perjalanan seawal 9.00 am tak la jam sangat dan panas..masih lagi selesa..kereta menghala ke KL memang banyak tapi ok lagi la..still berjalan dan tak ada stop..
Aisy lak waktu nak balik ni asyik tidur je...tidur dia lak lena coz malam tadi kan tidur lambat, awal pagi dah bangun mandi..mata masih lagi dalam keadaan terpejam pun sudah kena siram dengan air..kesian adik...lagi buat Aisy tidur lena bukan apa, bila dia tertidur, aku angkat letak dia kat belakang...so dia boleh tidur dengan keadaan yang selesa (tangan depa, kaki pun kangkang)..macam orang tak de masalah...(memang la, dia bukan tau apa..tau main je)
Sampai di Kuala Krai, husband sakit perut..berhenti di stesen minyak Petronas, tapi subhanallah...ramainya orang beratur...dia dah tak tahan sangat nak beratur...dia pusing kereta menghala jalan ke KB semula coz berdepan ngan Petronas tu ada Shell..tapi depan lah sikit....kat sana beratur gak, tapi tak ramai...
Kami teruskan perjalanan, niat nak singgah kat R&R Gua Musang dibatalkan coz tak ada keadaan mendesak pun...Aisy tidur lena..kami lak, ok je nak teruskan...
Tapi bila dah sampai bandar Gua Musang, Aisy terjaga dari lena dan 'membuang' pulak...akhirnya kami singgah juga di stesen minyak Caltex untuk bersihkan Aisy dan tukarkan pampersnya...
Perjalanan balik ni ok sikit...tak ada pun orang yang memandu tanpa rasa bertanggungjawab terhadap orang lain...cuma bila kawasan yang selamat, ramai yang memotong dengan cara yang selamat...alhamdulillah..pukul 2.00 kami sampai di Kuala Lipis...
Singgah di kem tentera di Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan tiga pupu kami...majlis yang hampir selesai dan nasib kami baik kerana makanan masih ada,...terlupa membeli hadiah untuk pengantin, hanya memberikan angpau sahaja...
Jalan yang agak jam di Kg. Gali menyebabkan kami berpatah balik dan masuk ke jalan menuju ke Kg.Jelu untuk solat Zohor di rumah makcik aku...ingat sempat sampai rumah, tapi sebab jam, takut nanti terlepas waktu, selesa bersolat di rumah makcik aku...
Kami hanya sampai di rumah jam 5.20 pm..Mak dan adik-adik aku sudah sampai lebih dahulu...mak sempat tunaikan solat Zohor di rumah tapi di hujung waktu kerana terperangkap di dalam jam di Kg. Gali...
Ini sahaja lah cerita cuti-cuti di tahun baru Cina..trip yang seterusnya ke KB mungkin bulan Jun nanti untuk menghadiri majlis perkahwinan anak A.Mud...semoga trip yang akan datang berjalan lancar

Bermain sementara menunggu mama siapkan kerja tapi Aisy takut bila duduk dalam tu
Ni lah cerita cuti aku....
03.02.2011 (Khamis)
Seawal pagi lagi kami bangun dan bersiap. Nasib baik Aisy tidur awal malam tu, so pagi tu dia bangun sendiri tanpa perlu kejutkan dia...yang paling best tengok dia menggigil kesejukan bila lepas mandi..kami mencari breakfast di pekan sehari..tak ramai yang menjual mungkin sebab cuti, kami hanya membeli nasi lemak dan sate untuk di bawa bekal.
Pukul 9.00 kami bertolak ke KB dari bandar Raub..waktu tu punya la banyak kereta dari KL menuju ke KB..dan kami juga menyertainya...ni 1st time aku bawa Aisy ke Kelantan..1st time juga dia akan menaiki kereta melebihi 4 jam...tentu dan pasti banyak karenah....
Mata yang ngantuk dipujuk dengan merasa angin tu macamana
Hey Abah, makan apa tu?
Huhuhu...nak jugak...
Sepanjang jalan perjalanan agak lancar...walaupun kereta banyak, tapi tak jam...sepanjang mendaki bukit 7 untuk sampai ke Merapoh, menyaksikan ada sebuah bas tebalik. Mungkin malam tadi coz tak ada penumpang dan hanya ada polis yang menunggu di sana...cuma perjalanan agak slow bila ada sebuah lori tangki, tapi pemandu lori tu berhemah,dia memberhentikan kenderaannya ke tepi bila ada kawasan lapang di tepi dan memberikan laluan kepada kenderaan kecil. Tapi ada pemandu kereta yang kurang bertanggungjawab..memotong sesuka hati...nasib baik tak banyak..cuma segelintir..ni lah sikap sebenarnya....
Berhenti breakfast di tempat perkelahan Sungai Yu...tempat baru aku rasa..sebelum ni aku balik KB tak pernah ada pun...tapi tak ramai sangat yang berhenti kat sana,...mana taknya, tempat tu betul-betul bawah bukit, semua orang pun tengah laju, sampai ada yang bagi signal last minit, tu yang hampir berlaku kemalangan depan mata kami ketika tengah syok makan....
Sepanjang perjalanan ni Aisy hanya tidur sekali sewaktu kami melalui bukit 7 dan bangun bila kereta berhenti di sungai Yu..sepanjang perjalanan ke Gua Musang, walau pun mata nampak macam berat, Aisy masih menahan kantuknya dan hanya berdiri sepanjang perjalanan.
Budak yang mengamuk
Baru bangun tidur....
Sedikit mengamuk di dalam kereta..husband berhenti di R&R di Gua Musang...memujuk dengan membeli air kotak MILO..sudahnya, habis baju Aisy kotor..Aisy bukan pandai lagi menggunakan straw untuk menyedut minuman. So,aku terpaksa la menyedut dan menyuakan ke mulutnya...biasa la, dia akan marah kalau sikit-sikit dan lambat...aku buat keputusan buka kotak dan tuang ke dalam bekas air, tapi ditepisnya..sudahnya tumpah terkena alas kaki..mencabar kesabaran betul sehingga aku meninggikan suara memarahinya..
Husband aku memangku Aisy yang sedang merengek dan mengamuk hinggalah perjalanan hampir 10km untuk sampai ke Lata Rek, Aisy tertidur di dalam dukungan husband aku. Kasihankan husband aku, aku mengambil Aisy dan meletakkanya ke seat belakang yang dah stand by untuk Aisy tidur..Husband aku juga sudah mengantuk, so kami bertukar pemandu...husband mengambil keputusan untuk tidur di hadapan sebelah pemandu berbanding duduk di belakang...
Sampai sahaja di masjid Kuala Krai, kami berhenti solat dan bertemu dengan mak dan adik-adik aku...kami memulakan perjalanan secara konvoi ke KB namun pemanduan husband aku yang lebih banyak memotong jika ada peluang, kami berada di barisan hadapan...kerana kurang sabar juga,berhampiran wakaf Che Yeh, husband aku mengambil lane di sebelah kanan menyebabkan kami terpaksa membelok ke kanan apabila lampu isyarat hijau ke kanan. Sudahnya untuk buat pusingan U kenderaan terlalu banyak, kami meneruskan sahaja perjalanan yang menunjukkan arah ke Pasir Putih, Kuala Terengganu.
Lama lagi ke nak sampai?
Lapar la..lambat lagi sampai
Dah nak sampai ke abah?
Tu KB Mall, dah sampai la kita ye...
Nasib menyebelahi kami apabila terjumpa papan tanda menunjukkan arah ke kiri untuk ke pusat bandar...kami melalui kawasan yang bernama Telipot dan terjumapa Sek Keb Zainab I di sana...akhirnya jumpa juga kami jalan ke pusat bandar dan adik aku sudah menunggu di hadapan...
Jalan masuk ke bandar KB agak jam dengan kereta yang banyak dan juga terdapat flyover yang dalam pembinaan..fly over ni untuk menggantikan jambatan dari Wakaf Baru- Kota Bharu..jambatan tu dah tak boleh menampung kenderaan yang banyak...
Dua tahun lepas aku rasa pasaraya PArkson ni macam tak ada lagi coz kami hanya parking kat luar Pasar Ct Khadijah je..sekarang dah boleh parking kat situ..so ok sikit, aku rela bayar parking dari memusing 10x nak cari parking...
Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang ketika kami sampai di pasar tersebut..mak ajak makan dulu baru pergi beli barang...tempat makan yang selalu kitorang makan tu dah habis lak makanan dia..terpaksa la makan kat tempat lain..yang agak mahal sikit...kawasan makan di sana agak kotor...kurang selesa tapi makan jugak la..cuma adik aku melarang Aisy memegang air tin yang disusun di atas meja kerana bimbang terkena air kencing tikus...apa lagi, mengamuk la si kecik tu...
Saya tukar baju lain sebab baju saya terkena air MILO
Tolong ambik kipas saya, jatuh la
Sudahnya kami bergilir-gilir mendukung dia kerana perut perlu di isi...aku mengumpan Aisy dengan membeli kipas yang berharga RM1.00 tu supaya dia akan leka dan seronok bermain dengan kipas tersebut jika kipas itu berpusing terkena angin yang bertiup..diamnya hanya 5 min, yang lain lebih kepada mengamuk dan membuang sahaja kipas tersebut ke lantai...
Pusing-pusing tempat menjual tudung dan baju..biasanya aku pasti membeli kain pasang dan tudung di sini...kali ni aku kurang berkenan dengan tudung-tudung bawal yang ada..aku lebih sukakan tudung bawal yang berkerawang, namun sekarang lebih kepada trend tudung pakai sarung je...tudung bawal pun dah kurang keluar...
Akhirnya jumpa satu kedai tempat mak dan adik-adik aku memborong pakaian semalam, dengan harga RM15.00 sehelai tudung, aku membeli 3 helai..kurang cantik tapi sebab murah, beli sahaja untuk dipakai ke tempat kerja...terpandang pula baju cosmic yang patung pakai...cantiknya..sudahnya, aku mengambil 2 pasang warna yang berlainan...aku tak tau la murah ke tak, dengan tak ada tawar-menawar, dia bagi aku harga RM50.00..aku pun beli je...
Baju Cosmic yang aku beli
Selesai membeli, aku mendapatkan husband, mak dan Aisy yang hanya duduk di bangku berhampiran tandas..di sana tempatnya ada angin masuk dan Aisy seronok bermain dengan kipasnya....niat untuk membeli batik sutera sudah bertukar kepada baju lain pulak...huhuhu....
Kami terus pulang ke rumah Ayah Mud yang berada di Chabang Empat, Tumpat. Niat untuk ke Kg. Laut terpaksa cancel coz jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang...mak aku beritahu, sepupu aku, K.Feti nak ajak makan kat rumah dia..so balik terus lah rumah Ayah Mud...sampai sana, tak ada orang pulak..nasib baik tiba-tiba anak lelaki dia, Shawal terbangun dari tidur....kalau tak,aku nyer solat Asar terlepas....
Keluarga Ayah Mud sudah pergi ke rumah K.Feti, so malam ni kitorang makan kat rumah je lah...Aisy lak, sejak sampai ke rumah A.Mud, menangis je dia..nak letak pun tak nak...bila dah lepas mandi, dia pun ok..merangkak ikut suka hati...tapi tetap tak nak bila keluarga A.Mud nak ambil dan dukung dia...
Pukul 10.00 malam kami bersiap-siap untuk ke Wakaf Che Yeh...jalan punya jam start dari bandar Kb ke sana...sudahnya, kami hanya berlalu tanpa singgah di Wakaf Che Yeh kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.50 pm tapi kami masih belum lagi sampai berhampiran Mc.Donald...kami juga terpaksa balik ke Chabang 4 melalui Tendong kerana untuk membuat pusingan U jalan terlalu jam....
Pulang dengan rasa kecewa, tapi esok masih ada...so esok mesti pergi...
04.02.2011 (Jumaat)
Pagi Jumaat, kami ke Kawasan Bebas Cukai Pangkalan Kubor pulak...biasa lah..kat sini mesti beli NARITA dan pinggan mangkuk..memang niat nak beli ni pun...kami pergi awal, so orang pun tak ramai lagi...parking kereta pun ada lagi...Aisy lak tidur bila dah sampai pintu masuk Pangkalan Kubor..terpaksa la mak lak yang pangku Aisy di pondok sahaja..aku, husband & De pusing-pusing cari barang....
2 km nak sampai Pgkln Kubor
500m nak sampai Pgkln Kubor
Saya ngantuk ni...(mula-mula turun dari rumah)
Sudahnya, aku hanya membeli pinggan mangkuk Duralex untuk kegunaan di rumah aku, set periuk crocodile tu, & jug air panas..Narita yang dicari sudah habis stok kerana semua barang sangkut kat seberang, tak boleh keluar untuk dua hari...huhuhu...lain kali lah beli...husband aku belikan Aisy patung katak yang besar tu...ntah Aisy buat main ke tak, tak tau lah...
Pulang dari P. Kubor, kami singgah di Pantai Sri Tujoh. Dah lama tak ke sana. 2 tahun lepas kami balik Aisy tak ada lagi dan kami hanya makan malam di sebuah restoran di sana dan bukannya menjejakkan kaki ke pasir pantai...
Dengan sedikit bekalan dari rumah, kami makan di sana...husband aku cuba meletakkan kaki Aisy ke pasir tapi sangkaan kami yang dia sukakan pasir meleset. Aisy sepanjang di pantai hanya menangis. Aku cuba bawa dia ke gigi pantai...tangisnya lagi kuat bila dia lihat ombak...kami tak lama di sana kerana Aisy menangis tak berhenti. Bila tangisnya berhenti, husband aku cuba lagi untuk meletakkannya di atas pasir namun tangisnya makin kuat. Husband aku suka sangat bila tengok Aisy menangis dan memasang niat untuk menanam Aisy di dalam pasir jika kami ke sana memang untuk berkelah dan mandi-manda....
Destinasi kami seterusnya adalah ke Kg. Laut iaitu kampung kelahiran mak aku...melawat saudara mara yang masih ada dan yang untungnya adalah Aisy lah...orang cina sambut tahun baru dapat angpau, Aisy gi rumah sedara mara pun dapat ang pau...dan yang pasti mama dia juga kuar duit angpau...hehehe...
Kalau ke Kg. laut ni, tak sah kalau tak beli sambal daging a.k.a serunding...disebabkan tidak menempahnya terlebih dahulu, makcik tu cuma boleh bagi kat mak aku 5 paket je..kira ok la tu...makcik ni kalau ngan mak aku tak pernah berkira...selalu beli dia bagi lebih, tapi sebab tak de, dia bagi murah lak...sambal daging dia the best aku pernah makan...walau pun ada jual atas pasar, tapi aku suka beli kat rumah dia....
Pulang ke rumah A.Mud berehat untuk sementara waktu sahaja kerana petang selepas Asar kami akan ke rumah K.Feti di Kubang Kerian...ye ke?aku pun tak tau tapi rumah dia dekat la ngan wakaf Che Yeh tu coz dia kerja kat CIMB sana...
Cakap je lepas Asar, sudahnya kami bertolak dari rumah sudah pun pukul 6.00 petang...tapi jalan, subhanallah..jam..1 km keluar dari rumah, tengok botol Aisy tak ada dalam beg...dia dah ngamuk nak susu...puas pujuk, siap bancuh susu dalam bekas air je tapi dia minum sikit...jalan jam, nak pusing pun tak leh..kereta berderet nak menghala ke Pangkalan Kubor...kali ni kami ikut jalan dalam ke rumah K.Feti...tentu sekali ikut Tendong bagi mengelakkan jam...tapi kami juga terperangkap dalam jam..sampai di rumah K.Feti jam dah menunjukkan 7.15 pm...
Kami dijamu dengan Beehon Goreng, keropok dan sate...A.Mud dan keluarga dia selepas Maghrib bertolak ke rumah sahabat mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kami pula masih di sana berbual-bual.
Terlalu lama tidak berjumpa dengan K.Feti...murah je rumah K.Feti beli, RM130K..rumah lot banglo..rezeki dia..kalau area sana lot banglo pun tak dapat lagi harga tu, tapi sebab owner tu nak sangat pakai duit dan pergi ke bank bertemu penasihat (k.Feti) pelaburan harta tanah, k.Feti pun ambik keputusan beli rumah tu...besar dan sangat selesa...
Aisy paling seronok bermain kat sana..maklum la, anak K.Feti keluarkan semua mainannya dan Aisy lah paling seronok bermain. Lagi satu, mesti dia ingat nursery dia...leka sangat bermain sehingga aku cuba melambaikan tangan untuk balik pun dia tidak peduli. Betul-betul happy dia kat sana...
Selepas husband aku dan A.Mi (husband K.Feti) pulang dari masjid (ntah apo kono ngan laki aku gi masjid), kami pun bertolak pulang..bukan pulang terus ye..tapi singgah ke wakaf Che Yeh..kali ni kami bernasib baik..dapat tempat parking dekat la jugak ngan pasar tu....
Aisy ngan abah kat Wakaf Che Yeh
Gila murah kain pasang english cotton tu...RM25.00 utk 2 pasang..tapi style aku dah, kalau berpusu-pusu orang aku pun malas nak pilih...dah berhenti dan pilih, tapi bila diasak-asak dan ditolak, aku pun blah je...tak beli apa pun, cuma beli keropok pedas yang husband aku suka makan je...
On the way balik tu, jalan biasa lah jam nak naik jambatan tu...ntah kenapa, Aisy yang seronok bermain ngan adik-adik dan mak aku, tiba-tiba meraung..kami semua takut...aku bancuh susu dalam botol yang dipinjamkan oleh K.Feti, namun dia masih lagi meraung...puas semua orang memujuk, tapi tak berhenti juga raungannya...
Pada waktu ini, Aisy hanya ingin berada dalam pelukan aku...puas juga pujuk dan gosok kaki dia, namun Aisy masih lagi dalam tangisnya..tapi tidak lah meraung seperti mula-mula dia meraung....apabila kereta masuk ke dalam pagar rumah A.Mud, tiba-tiba dia berhenti menangis...terus tunjuk-tunjuk...apa tu apa tu lagi dia tanya...cheh..nak balik rupanya....ni dua kali dia buat macam ni..dulu kat Melaka macam ni jugak....macam-macam ragam Aisy ni...
Masuk je rumah, mata yang ngantuk tu pun dah jadi bulat...merangkak ke sana sini...walau pun diberi susu, namun masih lagi aktif...bila kami semua mengusik, siapa budak yang nangis-nangis tadi, dia senyum je nampak gusi yang tak ada gigi...apa lah adik ni....
05.02.2011 (Sabtu)
Bangun awal pagi untuk pack barang dan yang penting susun barang-barang dalam kereta...Kereta adik bawa memang penuh gila coz ada 2 comforter set, barang-barang mak nak berniaga lagi...aku nyer kereta sama cam pergi gak cuma bonet je penuh..cuma seat belakang ada seekor katak besar duduk...
Perjalanan seawal 9.00 am tak la jam sangat dan panas..masih lagi selesa..kereta menghala ke KL memang banyak tapi ok lagi la..still berjalan dan tak ada stop..
Aisy lak waktu nak balik ni asyik tidur je...tidur dia lak lena coz malam tadi kan tidur lambat, awal pagi dah bangun mandi..mata masih lagi dalam keadaan terpejam pun sudah kena siram dengan air..kesian adik...lagi buat Aisy tidur lena bukan apa, bila dia tertidur, aku angkat letak dia kat belakang...so dia boleh tidur dengan keadaan yang selesa (tangan depa, kaki pun kangkang)..macam orang tak de masalah...(memang la, dia bukan tau apa..tau main je)
Sampai di Kuala Krai, husband sakit perut..berhenti di stesen minyak Petronas, tapi subhanallah...ramainya orang beratur...dia dah tak tahan sangat nak beratur...dia pusing kereta menghala jalan ke KB semula coz berdepan ngan Petronas tu ada Shell..tapi depan lah sikit....kat sana beratur gak, tapi tak ramai...
Kami teruskan perjalanan, niat nak singgah kat R&R Gua Musang dibatalkan coz tak ada keadaan mendesak pun...Aisy tidur lena..kami lak, ok je nak teruskan...
Tapi bila dah sampai bandar Gua Musang, Aisy terjaga dari lena dan 'membuang' pulak...akhirnya kami singgah juga di stesen minyak Caltex untuk bersihkan Aisy dan tukarkan pampersnya...
Perjalanan balik ni ok sikit...tak ada pun orang yang memandu tanpa rasa bertanggungjawab terhadap orang lain...cuma bila kawasan yang selamat, ramai yang memotong dengan cara yang selamat...alhamdulillah..pukul 2.00 kami sampai di Kuala Lipis...
Singgah di kem tentera di Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan tiga pupu kami...majlis yang hampir selesai dan nasib kami baik kerana makanan masih ada,...terlupa membeli hadiah untuk pengantin, hanya memberikan angpau sahaja...
Jalan yang agak jam di Kg. Gali menyebabkan kami berpatah balik dan masuk ke jalan menuju ke Kg.Jelu untuk solat Zohor di rumah makcik aku...ingat sempat sampai rumah, tapi sebab jam, takut nanti terlepas waktu, selesa bersolat di rumah makcik aku...
Kami hanya sampai di rumah jam 5.20 pm..Mak dan adik-adik aku sudah sampai lebih dahulu...mak sempat tunaikan solat Zohor di rumah tapi di hujung waktu kerana terperangkap di dalam jam di Kg. Gali...
Ini sahaja lah cerita cuti-cuti di tahun baru Cina..trip yang seterusnya ke KB mungkin bulan Jun nanti untuk menghadiri majlis perkahwinan anak A.Mud...semoga trip yang akan datang berjalan lancar
Tuesday, February 1, 2011
Cuti Hari Wilayah...
KL cuti hari ni so aku ngan husband nak kuar ke Sogo..dah lama tak beli baju baru untuk Aisy (ayat tipu betul. Tiap-tiap bulan pun beli)
Pukul 11.00 baru kami keluar dari rumah. Biasa lah, menunggu sikecik bangun coz tak nak la kejutkan dia bangun tidur semata-mata nak kuar shopping. Nanti dia ngamuk tak cukup tidur.
Niat nak ke Sogo bertukar ke Jusco Maluri. Ni husband aku nyer cadangan la...dia mula-mula nak ke Jusco Keramat AU pastu fikir senang nak cari barang kat Jusco Maluri lagi berbanding Jusco Keramat AU.
Bila sampai kat sana, baju-baju yang ada kebanyakannya Aisy dah ada dan yang penting baju sejuk yang dicari untuk Aisy tak ada kat sana. So decide nak pergi SOGO.
Bila dah gerak ke SOGO, jalan jam gila area Pudu coz banyak jalan tutup. Le Tour De Langkawi hari ni kan last tamat kat Dataran Merdeka dari Shah Alam mereka berkayuh. Pusing punya pusing asyik jalan yang sama. Aku dah cakap, kalau naik ke jalan bukit Nanas tu confirm tak ada jalan lain nyer, tapi dia tak percaya. Akhirnya masuk balik kawasan yang jam tu...
Husband aku kata dia lapar dah sangat coz pag tadi makan nasi goreng tak kenyang. Dia nak patah balik ke Jusco Maluri coz kat sana dia kata senang nak makan dan solat. Ikut suka la...
Bila dah sampai Jusco Maluri, boleh lak dia kata kalau kita nak ke Jusco, kenapa kita tak pergi OU je..kan dekat dengan rumah kami...hohohoho...aku dah banyak kali ajak ke sana tapi dia yang tak nak...
Barang yang dicari tak ada langsung cuma kesana untuk makan dan bersolat je..lagi satu berkejar nak balik coz dia nak main bola. Cuaca kan dah kembali pulih dari hujan...

Cukup tak duit saya nak beli KFC?
Kira pakai jari pulak coz tak pandai lagi nilai duit
Bila dah sampai Jusco Maluri, boleh lak dia kata kalau kita nak ke Jusco, kenapa kita tak pergi OU je..kan dekat dengan rumah kami...hohohoho...aku dah banyak kali ajak ke sana tapi dia yang tak nak...
Barang yang dicari tak ada langsung cuma kesana untuk makan dan bersolat je..lagi satu berkejar nak balik coz dia nak main bola. Cuaca kan dah kembali pulih dari hujan...
Duit ni betul tak?
Susun duit baru dulu
Susun duit lama lak
Abah, ambik ni beli pampers Aisy
Mana lagi satu keping ni, tak cukup la (ada atas kepala)
Mencuba topi keselamatan di tempat permainan
Kepala saya selamat
Subscribe to:
Posts (Atom)