Monday, September 13, 2010

Hari Raya Ketiga

Raya yang penuh dengan aktiviti kunjung mengunjung..pagi ni awal2 lagi dah kena bakar ikan dan ayam untuk sedara mara aku yang nak datang makan tengahari..penat betul....

Aku dah janji dengan Azziyah nak gi rumah dia kul 2.00 coz nak jalan2 raya dengan kawan2 lama..tapi kul 1.00 baru siap masak semua makanan...lagi satu kerja perlu aku buat..basuh kereta coz husband aku semalam tinggalkan kereta dalam keadaan kotor yang teramat sangat..selut dan lumpur yang dah kering penuh kat tayar dan juga bahagian bawah kereta..kalau tak pi beraya pun, aku kena cuci kereta ni..esok nak balik KL..takkan nak bawak kereta yang kotor...

Pukul 2.30 aku dah siap nak pergi..sempat lagi Azziyah telefon aku nak confirm dengan aku jadi datang ke tak..aku jadi serba salah..nak bawa aisy tapi sian lak dia..dia pun macam tau2 je aku nak gi jalan, dia terus bangun dari tidur..terpaksa la aku buat susu untuk dia dulu..bagi susu dan main2 jap dengan dia..Aisy dah pandai sekarang, kalau dia tengok orang pakai tudung, dia nak ikut la..dia tau boleh jalan2 naik kereta..sorry sayang, mama tak boleh bawa aisy la...

Bila aku sampai kat rumah Azziyah, dah kul 3.00 petang..janji melayu tul la aku ni..Ja, Niza, & Ichik dah menunggu..aku la yang lambat...makan bihun goreng kat rumah azziyah dan seterusnya ke rumah Ja lak..makan laksa lak....

Destinasi seterusnya adalah ke rumah Jannah...rumah ni hanya diserang coz Jannah kata nak ikut tapi tak nampak lak batang hidung dia..nasib baik ada kat rumah...ke rumah Niza lak..kali ni bihun soto lak jadi hidangan..makan lagi...nak ke rumah Ichik tapi ada sedara mara dia lak..tukar destinasi ke rumah Nora..alhamdulillah..sama2 sampai di depan pintu rumah Nora..Nora baru sampai dari Kedah..beraya kali pertama sebagai seorang isteri & mom to be..


Kiri Atas: Ashaliza aka Ichik, Norhasnizar aka ja, Noor Azziyah aka Azziyah, Shamsuniza aka Niza
Kiri Bawah: Nurul Jannah aka Jannah, Norhanafizah aka Hanafizah, Sharifah Nora aka Nora



Untuk kali terakhir, konvoi myvi kami menuju ke RTP lak..rumah Anura 1st coz maznin tak de lak...kat sini satu kejadian yang biasa akan berlaku kalau bawa budak kecik..Princess Rania (Azziyah punya daughter) pecahkan penutup balang kuih raya...huhuhu..nangis la apa lagi bila mummy dia jentik dia...biasa la budak2..nakal sikit bila nak membesar..Aisy jangan nakal2 kat rumah orang tau, kalau tak mama tak jentik tapi mama cubit drumstick Aisy yang besar tu..Nyum nyum nyum...

Last skali kat rumah aku la..jumpa gak diorang ngan anak aku..Aisy lak tak nak minum susu lepas aku gi..sian dia..anak mama ni dah pandai...nak mama je ye...orang lain dah tak jalan ye...

P/s : Masih menanti gambar2 raya dari seorang sahabat..aku? bawa kamera tapi tak ambik pun..teruk tak aku?

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya Kedua - Majlis Cukur Jambul

Pagi-pagi lagi terus bersiap hendak ke kubur..huhuhu..sedih betul..aku bab ni tak boleh tahan tul air mata..mesti nak nangis nye..rindu kat abah la...

Perasan tak head band Aisy terbalik..hahaha


Aisy lagi comel kalau pakai topi tau..

Aisy yang tension coz smua pun nak bergambar ngan dia





Cepat la mama naik kereta, bosan la asyik ambik gambar je

Balik dari kubur, Aisy & husband aku tidur lagi..kejutkan saje la..hari ni kitorang beraya ikut haluan masing2..husband aku masih ingin beraya di kampungnya walaupun semalam kitorang dah gi sana..tak kisah la..aku nak ke majlis cukur jambul anak sepupu aku di Jelu...

Aisy with Nelly

Aisy pun tumpang sama belah mulut..bagi pandai ye..masuk U macam mama..belajar pandai2 ye Aisy..kalau boleh nak tengok Aisy jadi doktor..nanti Aisy boleh jaga mama ye..

Niat di hati nak ke rumah Aiza, tapi majlis pun dah habis lewat sangat..dalam kul 3.00 petang baru habis dan gerak balik..perjalanan diteruskan ke Thong Fatt Raub untuk mencari lauk malam ni..nak buat barbeque..

Sampai je rumah tengok kereta WRH7426 aku ada kat parking kereta..husband aku hanya meninggalkan pesan yang mengatakan dia tak balik malam ni coz esok terus nak gerak ke perak hantar MIL balik..ikut suka la..hangin tul..panas ni..sabar2..baru je semalam mintak ampun...sabar2...

Malam tu dah rasa malas dah nak buat barbque, so aku pun buat masam manis ketam..tak jadi nak bakar..tapi tiba2 Ayah Su & Family datang...nak barbeque katanya..waktu tu dah kul 9.00 pm..apa lagi, start la kerja2 menghidupkan api nak bakar membakar...






-Riang Ria Berbaque-

-Pasangan yang segan nak masuk beraya-



P/s : Mata dah ngantuk..perlu tidur yang secukupnya coz Aisy akan tidur lambat atau pun berjaga di tengah malam..esok ada program umtuk aku juga..hehehe




Saturday, September 11, 2010

Syawal Nan Indah

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..Maaf Zahir &  Batin dari aku, Rizal & Aisy..

Pagi ni aku bersyukur dipanjatkan usia untuk menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu...tak cukup pun..biasa la..org perempuan..

Datangnya Syawal bermakna berlalu sudah Ramadhan yang pasti aku rindu lagi..semoga Allah panjangkan usia ku dan ahli keluargaku agar kami dapat berkumpul lagi pada tahun hadapan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama

Bila datangya Syawal, bermakna arwah abah dah balik jugak..dah tak de kat sini..meneruskan perhitungannya dengan Allah..semoga segala kebaikan yang abah buat di dunia ini diterima..semoga Allah menerima semua amal ibadat abah..semoga Allah ampunkan dosa2 abah kerana tidak berupaya lagi menjalani kehidupannya sebagai hambaNya diakhir2 kehidupan abah sebagai insan di dunia...


Arwah Abah & De (Konvo UPM 2005)
- Gambar terakhir sebelum arwah diserang stroke -

Arwah Abah & Aku (Akad Nikah 30.05.2008)
-Gambar terakhir sebelum abah pergi selamanya (10.06.2008)-

s\edih la pulak..huhuhu..tak menjengah abah sekali pun lagi sejak aku lahirkan Aisy..terukkah aku sebagai anak yang tidak menziarahi abahnya bila dia dah tak de..teruk kan aku...

Tahun ni aku beraya kat rumah aku coz MIL aku nak beraya kat kampung dia kat Lanchang..sepatutnya aku raya kat Perak..sorry Bib & Ruby, tahun depan la jawabnya baru kita jumpa ye...


Dari Kiri Belakang : Akma, Yati, Nani, Aku
Dari Kiri Depan : Ruby, Bib, Yana
-Gambar waktu kahwin nani (2006)-

Hari raya tahun ni jatuh lak hari Jumaat..so terbatas sikit masa nak bergerak..lagi pun hujan mencurah2..tak dapat lah aku ziarah kubur abah..huhuhu...

Meriah sungguh raya kali ni sampai tak sempat kami sekeluarga bergambar..lagi mana pula nak melayankarenah si comel Aisy yang dah tak nak dengan orang lain..pantang nampak kelibat aku,menangis jika tak diangkat..Anak mama dah kenal mama ye..Alhamdulillah..


Dengan keluarga C.Mah

Aisy & Uncle Arif

Aisy tak nak dukung la mama, Aisy nak jalan

!st time saya sambut raya la C.Su

Cik De Aisy

Cik Su & Aisy


Tok Ma & Aisy

Aku & Cik Husna (Org kuat perpaduan daerah Cheras tu)

Ma tengah confuse nak ambik apa

Adik (Maiza) & Mak

Duit raya untuk budak kecik je ye...

Dari rumah  ke rumah beraya sampai ke Temerloh dan destinasi terakhir adalah di Felda Lembah Klau rumah M.Ngah aku..Balik rumah je dah kat pukul 9.00 malam..tapi biasa la, bila balik rumah, makan adalah perkara pertama yang akan kami semua buat..bukan tak makan kat rumah orang lain, tapi sebab kami adik beradik memang kuat makan, terutama sate dan nasi minyak..fuhh..sedap mak masak...

Tidur awal la..esok nak gi Jelu dan gi kubur abah..good nite

Wednesday, June 9, 2010

Happy Birthday Untuk Aku..yang Ke-28..

Selamat harijadi,
Selamat harijadi,
Selamat harijadi Hanafizah,
Selamat harijadi....

Wish dulu : Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku agar aku berkesempatan untuk membesarkan zuriat aku, berkesempatan untuk aku menjejakkan kakiku kebumi Mekah, berkesempatan untuk menambah segala amal ibadat yang masih lagi tak lengkap dan tak cukup sempurna, murahkan lah rezeki ku untuk aku membesarkan zuriat aku..amin....

Aku dah masuk 28 tahun hari ni..cukup sempurna sebenarnya apa yang aku ada hari ni..cukup lengkap..alhamdulillah..

Aku dah ada arwah abah dan mak yang the best, ada adik beradik yang caring & macam friends, ada husband, ada anak, ada rumah, ada kereta, ada kerja...alhamdulillah....

Hari ni kat office buat jugak celebrate aku nye birthday..beli kek dan makan sama2..tadi tengahari lunch kat black canyon..sempena last day gak Wani kat office...

Balik-balik je adik dah beli gak kek..De pun ikut aku balik tadi..hari ni tak drive coz husband aku yang hantar tadi..






Sebab birthday aku, nak gi makan kat luar tapi hujan lak...kesian kat si kecik Aisy tu la...so, decide aku ngan husband gi ta pow je la....ikan kembung 3 rasa, tom yam campur, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit...alhamdulillah kerna Kau masih memberikan nafas untuk aku sehingga saat ini untuk merasakan saat-saat gembira dan bahagia ini....

Note: By by, tak de hadiah ke untuk hana...jangan lupa ye...

Tuesday, May 18, 2010

Kembali bekerja........

Setelah 62 hari aku bercuti, hari ni kembali bertugas...

Sampai kat office macam biasa, dah lama tak drive, kekok rasanya..nak pegang stereng kereta pun macam tak confident..drive pun 60kmj..rasa cam takut2 lak...

Tengok la  seminggu lagi ok la kot...skill pemanduan juga teruk...tak pandai nak cilok2 cam biasa..tak pandai nak himpit2 masuk cam biasa...yang pasti aku drive aku berada di lorong tengah sahaja untuk hari ini...hahaha...

Itu cerita skill drive aku, ni lak kat office..blur, tak tau nak buat apa...hahaha..tak tau nak start kat mana...aku rasa banyak gak kerja sebelum aku cuti hari tu tak sempat nak buat...try selak sikit2...

Apa mereka kata? Diorang cakap aku macam dulu..tak gemuk pun..ahahha...ye ke tak gemuk..aku tak tau macamana la boleh kata aku tak gemuk..gemuk sangat2...suar2 semua tak leh pakai lagi..aku akan usaha menguruskan badan semula macam dulu...

Aisy? Buat sementara waktu ni, mak akan jaga sampai la masanya ku serahkan pada baby sitter..baby sitter pun lum dapat lagi....

So, chai yok chai yok untuk kembali sepeti dulu....