Tuesday, August 1, 2017

Cerita Syawal Di Bulan Zulkaedah

Salam...Hi...

Lama betul tak update blog..bila start je nak tulis..ada je benda lain nak kena buat..langsung semua pun masuk draft je.

Hari ni pun tak tahu nak cerita pasal apa sebab ada cerita pun semuanya yang basi-basi je.

Sebab dah basi, kita cerita gak la kat blog ni sebagai ingatan untuk diri sendiri..mana tau nanti boleh baca apa yang berlaku Syawal 2017 ni.

Huhuhu..raya kali ni tak meriah sangat sebab semua cousin aku turn raya belah mertua. So, semua pun tak ada di hari raya. Ayah Su aku yang tak punya menantu pun turn raya dia belah mertua so raya tahun ni tak jumpa pun dia lagi.

Aku balik hari Jumaat pagi lepas sahur. Ingat tak jam sebab sampai tol Gombak smooth je, tak de kereta. Tapi bila sampai stesyen JPJ tu, merangkak la sampai ke Petronas sebelum Tol Bentong. Lepas tu dah boleh speed laju2 sampai rumah.

Rupanya malam tadi siapa gerak lepas pukul 10.00 malam gitu, semua sangkut dalam jam berjam-jam lamanya.

Balik Jumaat pun sebab nak service kereta, kalau tak aku kerja lagi. Aku kan orang yang tak suka ponteng kerja. Lagipun tak ada apa nak buat kat rumah tu pun.

Balik-balik rumah, rupanya adik aku dua orang tu dah tumbang dua hari diserang demam, batuk selesema yang teruk sampai tak boleh bangun. Tinggal mak je yang masih bertahan. Alhamdulillah jugak mak tak kena sebab mak kan ada masalah buah pinggang dan kena hemodialisis setiap dua hari sekali. Kalau dia tak sihat nanti tak boleh buat pulak.

Sabtu adik aku dia rasa macam dah tahap teruk, so aku drive kereta bawa adik aku gi klinik dan terus ke bandar Raub sebab adik aku seorang lagi nak ambik barang dia kat office. Maklum la, dia dah mc tanpa terduga sejak Rabu lagi..

Sehari sebelum raya pun sempat lagi merayap, maklum la..kat rumah tak ada apa nakk buat pun. Aku pun teruja gak nak keluar sebab baju raya Rizal tak beli lagi. hahaha..dari masjid India pergi, akhirnya kat bandar Raub gak aku beli..dari awal puasa ukur masjid India, akhirnya akhir Ramadhan baru beli. 

Aku dah suruh dia pergi cari sendiri sebenarnya, tapi dia pun asyik je mengukur kedai tak beli-beli. Suruh pergi jusco / Sogo beli seluar pun tak pergi-pergi. Maklum la, kami ni malas nak keluar gi shopping-shopping ni dengan bawa anak-anak, nanti orang viral pulak gambar anak kita berlari-lari dalam shopping mall. 

Tahun ni Rizal nak pakai kurta je..so memang tak beli baju Melayu la. Aku lak pakai baju yang dah jahit untuk pakai kenduri bulan 2 hari tu, tapi tak jadi pakai. Anak-anak memang dah pakai, tapi diorang kesah apa dengan baju dah pakai. Diorang cuma tahu baju tu baju baru je sebab baru buat.

Petang nak buka puasa, rezeki murah betul, ada jiran yang selang 12 rumah datang hantar lemang. Keluarga pakcu dan makcu ni memang sangat baik dengan kami. Tak pernah tak hantar apa-apa kalau ada buat yang pelik-pelik dan lebih-lebih tu. Sampai naik segan pulak kami.

Hari raya tu mak dah jangkit demam, so ada tiga orang sakit kat rumah tu. Tinggal kami je anak beranak yang ok lagi. Sebab mak Rizal nak datang rumah mak aku, lepas sembahyang raya tu tak de la kami bergerak ke Lanchang macam setiap kali raya. Boleh la aku melayan raya dengan pergi beraya rumah kawan-kawan mak aku aka kawan-kawan aku gak sebab anak-anak kawan mak aku semua kawan aku walaupun tak sama umur.

Anak-anak aku ok je pergi beraya. Ynag perempuan, sibuk makan yang lelaki ni je dia pergi ukur rumah tuan rumah. Setiap pelusuk dia belek. Mencari apa tak tahu. Nasib baik kau tak ramas kuih raya dik, kalau tak habis gambar kau viral.

Petang tu ingat nak pergi rumah kawan aku kat Klau, tapi baru je nak pakaikan baju Amsyar, kawan baik aku waktu sekolah rendah, Azziyah ni dah sampai. Lama gila kami tak jumpa. Waktu last kami raya ramai-ramai waktu tu raya tahun 2010, lepas tu tak jumpa dah. Lama borak dengan dia, maklum la dia sekarang dah kerja kat Madinah. Lagi la banyak benda nak tanya dengan dia kan. Tu belum jumpa ramai-ramai macam dulu, mesti lagi meriah. Tapi kawan-kawan aku kebanyakannya raya rumah husband dulu, baru raya kat Klau. Azziyah ni pun sama gak, tapi sebab dia nak balik Sabtu, tu yang raya rumah Klau dulu. Borak-borak punya pasal, sampai lupa nak ambik gambar langsung. Pada hal, dah lama tak jumpa tu.

Malam baru abang aku sampai tapi budak-budak ni semua dah tidur. Esok je la diorang ni main. Kalau tak nanti semua tak tidur sampai pagi. Dengan orang tak sihat lagi, budak-budak ni main bukan tau bising ke tak..bukan tau siang ke malam. So, simpan dulu energy tu sampai pagi esok.

Sampai sini dulu la cerita raya pertama..esok pulak sambung raya kedua..panjang pulak karangan ni. Gambar nanti la upload..tapi tak de gambar aku pun..tak de sessi bergambar tahun ni

No comments:

Post a Comment