Tuesday, April 26, 2016

Mencari Kesejukan Di Tanah Tinggi

Hangatnya bahang El Neno ni menyebabkan ramai orang suka ke tanah tinggi mencari kesejukan agaknya.

Minggu lepas sekali lagi tumpang sekaki naik ke Cameron Highlands ikut adik aku yang ada khidmat untuk negara di sana.

Last minit nak booking hotel sebab last minit arahan keluar, rupanya kebanyakan hotel semuanya fully book. Nasib baik tiba-tiba ada yang cancel maka kami menginap lagi sekali di Hotel Rossa Passadena.

Adik aku ni book hotel ni sebab ada breakfast sekali, tu yang senang agaknya. Tambah seronok budak ni sebab bath tub. Itu yang buat diorang tak sabar nak ikut ke sana.

Tak de apa nak cerita sebab selalu sangat ke sana. Cuma nak cerita sepanjang jalan dari Pos Betau ke Tanah Rata, boleh nampak banyak pokok kering dan juga kesan kebakaran.

Lama jugak rasanya tak datang, kali ni tengok projek janakuasa Telekom / TNB tu pun dah siap. Subhanallah, cantik sungguh tempat takungan air dia tu. Boleh tengok view dari atas.

Kami sampai di Tanah Rata dalam pukul 11.00 macam tu, so decide nak pergi minum teh di Bharat Tea dulu tapi tak berhenti pun. Sudahnya si Amsyar ni mengamuk nak teh, nak teh. Eh eh eh..budak kecik boleh faham pulak kita plan apa.

Sebab tak berhenti di Bharat Tea, kami ke Taman Sedia untuk menikmati aiskrim strawberri. Alamak, penuh giler parking area depan surau tu, dan kami singgah di KHM. Kat sana je ada free space nak park kereta dan kereta pun ada empat je.

Kali ni makan aiskrim sambil minum teh Bharat tea dan menikmati scone yang sedap tu. Kalau rasa nak makan scone ni, dah boleh buat sendiri. Bukan susah mana pun sebab banyak sangat resepi di blog2 masakan ni. Bahan pun mudah je.

Sumber gambar : Google
         


Friday, April 22, 2016

Bil Elektrik Dan El Nino

Kecoh kat fb pasal bil tiba-tiba melambung naik. Bukan orang-orang yang kat fb je terkesan, aku sekali terkesan ni. 

Terkejut beruk aku bila bil elektrik rumah aku rm100 lebih tiba-tiba. Bukan main seronok aku sebelum ni tak payah bayar elektrik, tiba-tiba kena banyak macam ni rasa terkejut beruk wei.

Dalam aku tak boleh menerima pun aku redha je kena bayar. Mungkin sebab meter elektrik rumah aku sebelum ni rosak ke apa tu yang tak payah bayar. Bersangka baik je la..

Tiba-tiba semalam kat fb ada la pulak yang share pasal ilmu tentang pengiraan penggunaan elektrik, joule's law. 


Siapa malas nak klik link tu boleh baca yang kat bawah ni aku dah copy kan.

H = i^2 x r X t

Dari formula ini, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus. Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino. 

Contoh mudah, peti ais.

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27°C, satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27°C ke 0°C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1°C, jumlah tenaga yang diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

So cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena El Nino, suhu persekitaran bukanya 27°C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

So dalam situasi sama semasa fenomena El Nino, 

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ saja yang diperlukan. Tetapi bila ada El Nino, terus up jadi 30.168kJ. Ini dari segi teori, praktikal pula lebih dari jumlah ini.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk. Nak mudah faham lagi, bukan peti ais sahaja yang menggunakan kompressor, air-cond juga sama. 

Kita dulu kita set 20°C, sekarang tetap tak berubah 20°C tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°. Begitu juga dengan peti sejuk. Kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik. Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tetapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. Ada kes air-cond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dengan tariff elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh semakin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. 

Tarif blok ini hanya untuk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. Ramai pengguna yang heboh-heboh di media sosial ini berlagak macam pandai tetapi tariff elektrik untuk rumah pun tak boleh faham.

Harap selepas ini rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang menunding jari menyalahkan pihak lain. - Mohd Fikrie Yahya

Sumber :  PixelMedia

#jangantanyaakusebabakutaktahu
#akushareje

Thursday, April 21, 2016

Shopping di Groupon

Siapa yang tak tahu lagi kewujudan Groupon ni? Kalau tak tahu sila lah layari web ni..macam-macam ada.

Aku start berjinak-jinak dengan Groupon ni untuk beli voucher untuk photobook je. Hasilnya banyak la jugak photobook yang dapat dengan harga RM 5.00, RM 1.00, RM 0.00 untuk yang saiz 6'x6' tu.

Harga sangat berbaloi kan. Mana nak dapat photobook dengan harga tu kan? Tapi tau je la, benda murah mesti cepat je sold out. Macam goreng pisang panas. Tapi ni kena tunggu dia punya promotion la

Dua minggu lepas pulak aku beli entrance ticket ke Under Water World Langkawi & Bird Paradise sebab next week kami nak ke sana. Giler berbaloi, boleh jimat lebih kurang RM 2.00 / RM 3.00 / RM 4.00 dari harga tiket kalau beli di kaunter. 



Yang lagi best, Isnin dan Selasa lepas ada offer sempena April Sale macam tu la, extra lagi 10%. Berbaloi bak hang beli tiket murah macam ni.

Sebab ada sale jugak, aku terjebak membeli barang yang delivery by groupon sendiri. 



Biasa beli barang online 2nd day dah dapat tracking no tapi dengan Groupon aku tak dapat lagi. Baru je sent email kat Groupon tanya tentang tracking no kalau boleh dapat, tiba2 office dah tin tong tin tong.



Buka pintu GDEX dah sampai hantar Groupon punya barang. Wow..wow..wow..bukan wow shop tau..tapi terlalu terkejut. Baru order semalam hari ni dah dapat. Syoknya..

Korang boleh la start beli barang2 kat sini ye. Macam-macam ada.

BFF Lain Jantina

Salam..

Sepatutnya aku nak mengomel tentang BFF lain jantina ni semalam lagi sebab terdengar dalam radio topik "lebih dari satu" ke "kongsi"..aku pun tak ingat.

Ada satu caller tu dia cerita tentang siapa ntah tapi pasal bff berlainan jantina di tempat kerja tapi ber "mummy daddy".

Yang aku nak mengomel kat entry ni pasal bff berlainan jantina ni la. Aku sependapat dengan caller tu yang mana bff berlainan jantina ni sepatutnya ada limit.

Apa keperluan sebenarnya ada bff berlainan jantina bagi yang dah berkahwin aku pun tak tahu. Jarang sangat aku jumpa bff berlainan jantina ni start dari belum kahwin sampai kau dah beranak pinak dengan pasangan masing-masing.

Nama kawan tapi panggilan "mummy daddy" tu pun dah bawa ke maksud yang lain kalau orang lain dengar. Apatah lagi kalau suami atau isteri pasangan tersebut.

Belum lagi dapat baca mesej yang dalam phone tu. Ntah apa yang dibualkan sampai tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa hantar mesej. 

Ni aku cerita pasal pengalaman aku la. Aku bukan jenis orang yang suka check phone suami setiap masa. Bagi kebebasan la sikit kan, janji pandai jaga maruah sendiri.

Tapi sebenarnya bila bagi kebebasan macam ni kadang ada je nak ambil kesempatan rupanya. Ntah macamana, terbuka whatssapps dia dan kat situ kan kita boleh tengok siapa yang sangat aktif dok bermesej kan.

Memang la kawan dari sekolah tapi kenapa sampai setiap pagi mesti hantar mesej bagi salam dan bertanya khabar, tanya makan ke belum, makan apa, buat apa, kat mana. Kan macam mula-mula nak bercinta je tu kan???

Setiap hari kot..pastu bila lama-lama buka cerita pasal buruk husband sendiri kat husband kita. Husband kita ni pun rajinnya la melayan. Nasihat la konon-kononnya, tau la husband kita ni baik sangat, tapi tak payah la sampai nak cerita buruk suami sendiri kan.

Aku pun tegur la Rizal pasal ni. Bukan tak bagi kawan, tapi bila bermesej dengan berlainan gender ni, lama-lama boleh bawa kecelakaan je. Kan dah start cerita buruk suami, nanti lepas ni apa pulak kita tak tau.

Alhamdulillah, husband aku ni terima teguran aku walaupun aku ni bab menegur memang makan hati punya sape yang kena tegur. Aku ni tak pandai nak tegur cara baik, mesti nak sindir-sindir.

Kalau tegur cara baik jarang benar aku tengok orang nak terima, mungkin tegur secara makan dalam ni lebih baik kot. Baru la sedar kesalahan.

Start dari hari yang aku tegur tu, sampai sekarang tak ada la berterusan dan aku rasa macam dia stop je tengah2 tu. Macam tergantung. Aku tengok ada jugak perempuan tu hantar mesej, tapi Rizal jawab dengan mengelak berbual lebih lama. Lama-lama perempuan tu bosan kot sebab dah tak layan.

Aku ni bukan lah orang yang cemburu buta dan menolak poligami, aku rasional. Tapi aku nak siapa-siapa termasuk suami aku yang memasang niat nak bff lain jantina ke, nak berpoligami ke, harap cermin lah diri sendiri dulu. Layak ke?

Sebenarnya aku tahu, Rizal tu ada masa cemburu jugak. Dia selalu buka phone aku dan akan tanya siapa orang yang dalam list call tu kalau ada nama lelaki. Biasa la, i kan peramah, satu building office ni sentiasa bertegur sapa kalau jumpa hari-hari kat lif. 

Tapi yang suka ambil no phone ni selalunya siapa? Siapa lagi kalau bukan yang namanya "marketer" atau pun "salesman". Aku ni bagi je no phone tapi kalau nama "marketer" atau "salesman" ni naik, sah2 aku senang2 je tak nak jawab.  

Friday, April 1, 2016

Birthday Aisy & Amsyar

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat anak mama dua orang ni, Aisy & Amsyar. Semoga dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Kali ni birthday tak celebrate panggil orang makan kat rumah. Tapi dalam tak celebrate tu, tiga biji kek habis juga beli, goodies bag prepare untuk dua tempat.

19 March celebrate kat rumah mak, potong kek je budak berdua tu. Tak masak apa-apa pun. Kebetulan mak ada appointment dengan pakar urat saraf di KPJ. Tu yang petang baru potong kek je.


21 March, celebrate birthday kat GA dan taska pulak. Aisy awal2 tahun lagi dah pesan. Dari Januari asyik la menghitung hari menanti birthday dia. Nak buat kat sekolah katanya hari Jumaat.

Tak tunggu Jumaat pun, Isnin je aku bagi kek dan goodies bag untuk kelas dia. Mula nak prepare sandwich telur dan tuna, tapi bahan tak beli awal-awal. Sudahnya tak jadi buat pun. Tambah dengan malas nak bangun pagi. Aku cuma buatkan bekal Aisy macam biasa.

Petang aku ambil half day leave lagi sebab nak celebrate dengan anak-anak kat taska. Balik rumah jalan jam giler, pukul 2.45 petang baru sampai rumah.

Sempat tu aku pergi kedai beli barang nak masak mee sup. balik rumah solat Zuhur dulu, baru bersilat kat dapur. Pukul 3.50 semua siap. Mujur Rizal pun balik awal, boleh tolong punggahkan makanan yang aku masak tu ke kereta.

Meriah jugak la celebrate birthday kat nursery ni, anak-anak kan ramai. Diorang happy je dapat tiup2 party punya whistle/blower tu, makan-makan dan main-main. Pukul 5.00 lebih baru kami balik. Semua makanan habis kecuali kek, tinggal je kat nursery untuk budak2 ni makan esok.

Buat Aisy & Amsyar, mama & abah sayang korang berdua sangat-sangat. Hope semua momen indah ni akan terpahat dalam ingatan kalian walaupun tak seberapa.