Saturday, February 13, 2016

Aisy Dan Genius Aulad

2016 ni kiranya dah masuk tahun ketiga Aisy bersekolah di GA sebab aku masukkan dia start umur 4 tahun lagi.

Waktu dia 4 tahun, dia buat perangai tak nak sekolah bila aku pantang bersalinkan Amsyar. Dia dengki kat Amni sebab tinggal kat rumah...so dia pun malas nak pergi sekolah. Dalam seminggu ada la dua hari je dia pergi.

Waktu dia 5 tahun, dah last-last sekolah tu dia banyak kali ponteng sekolah. Mula dengan sakit mata, chicken pox, dengki kat Amni yang kena chicken pox, teacher kelas dia berhenti dan takut kena marah dengan teacher yang baru.

Aku ingat nak tukarkan dia ke sekolah lain jugak sebab aku rasa GA ni macam tak bagus jugak la. Ada yang kurang jugak la sebenarnya kalau nak compare dengan harga yang kita bayar sedangkan tadika Perpaduan yang bayar RM10 sebulan jauh lebih baik.

Aku bukan nak kutuk tadika Perpaduan / Kemas, nak puji lagi ada. Aku pun sekolah tadika tu je waktu kecik, pun boleh membaca menulis dan mengira apa. Sebab area rumah aku tak de tadika ni la terpaksa aku hantar diorang ke sekolah yang berbayar lebih ni.

Tapi memandangkan dia dah six years, adik dia pun dah five years, aku kekalkan je dia kat sana. Kalau hantar sekolah baru, aku kena mula semula dengan zero. Nak kena tunggu diorang ok dengan kawan2 baru, teacher baru, persekitaran sekolah baru. So, aku nekad je teruskan sekolah kat sana.

Masih dalam minggu orientasi, dia dah tak nak pergi sekolah lepas dia tak dapat jawab nama malaikat je pun.

Masuk minggu ke tiga sekolah, tak nak pergi sekolah sebab tak boleh sambung titik-titik dengan lurus. 

Pujuk-pujuk, naik kelas tapi duduk luar kelas dengan teacher lain. Tapi minggu ke empat, langsung seminggu cuti tak sekolah sebab tak nak jumpa teacher tu.

Sempena hari wilayah hari tu, aku pun meneman dia masuk ke kelas. Dia menangis je sampai pukul 10.30 di luar kelas. Tak menangis bila waktu makan je. 

Aku decide tak naik ke atas kelas dia sebab dia ada reading english starter words tu kat bawah. Ada la seorang teacher ni memang sangat baik. Dari Aisy four years, dia la yang selalu memujuk Aisy.

Alhamdulillah, sekarang Aisy terus je tukar kelas dengan sendirinya masuk kelas teacher tu. Sanggup dia tinggalkan kawan2 lama dia dan dah mula rapat dengan kawan-kawan kelas baru dia.

Apa yang aku tengok, sebenarnya budak-budak ni kena dipeluk dan dipujuk lepas dimarahi. Teacher tu tak pernah nak slow talk pujuk, peluk Aisy bila dia menangis. Teacher yang lain banyak pujuk dia.

Aku tahu teacher yang marahkan Aisy tu macam tak berapa suka kat aku mungkin kecil hati sebab aku sampai call inform dan jumpa pengetua dia. 

Aku tak kisah kalau sehari je dia tak nak sekolah mungkin sebab kecil hati dimarahi depan kawan-kawan, tapi sampai seminggu tak pergi sekolah, aku harus berbincang dengan pengetua. Apa yang boleh aku buat untuk dia ke sekolah atau aku tukarkan sekolah je.

Banyak benda aku risaukan Aisy ni dan aku rasa GA ni macam banyak jugak kekurangan dia.

Sampai hari ni, Aisy masih belum boleh membaca sedangkan tahun depan dia akan masuk darjah satu dah. Ke memang diorang tak pandai baca lagi umur macam ni?

Bukan la Aisy tak boleh membaca langsung tapi dia cuma boleh baca yang ada suku kata terbuka macam SAYA, BOLA, KAKI tapi tak boleh lagi yang suku kata tertutup macam JARUM, DATUK, NENEK.

Bukan semua suku kata tertutup dia tak pandai baca, tapi ada sikit je dia boleh baca. Yang aku peliknya, bila aku nak ajar mengeja macam B A = BA, C i = CI dia tak nak. Dia kata diorang tak belajar macam tu.

Bila suruh dia membaca buku dia,  memang dia boleh baca tapi aku tak tahu dia baca ke dia hafal. 

Aku sekarang ni tengah nak cari buku yang boleh aku ajar dia suku kata tertutup tu. Aku nak ajar dia mengeja sebab aku rasa kalau kita ni tak mengeja, macam mana kita nak tahu bunyi ye tak?

Aku dah praktis muqaddam kat rumah dengan mengeja, hope yang buku bahasa pun aku boleh ajar dia mengeja.

Ada cadangan untuk aku? Aku persilakan korang comment untuk kita sama-sama share. 

4 comments:

  1. Salam. Saya juga hantar anak sulung ke GA dari 4 tahun. Awal tahun 2015 masih belum boleh membaca dengan baik. Risau sangat. Lagi risau sebab dia tak tahu mengeja dan menulis. Saya bantu dia dirumah. Alhamdulillah bulan April dia dah boleh. Rasanya kalau aisy dah boleh membaca asas, dah ok rasanya. Utk 6 thn, Ga akan fokus on reading. Bulan 7 Ga akan mula fokus on ejaan. Rajin jumpa reading teacher dan principal. Saya selalu follow up. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih kunjung blog saya.
      Puan bantu guna buku dia di GA atau buku lain. Yang saya perasaan, dua2 anak saya diorang tak mengeja. Bila saya nak ajar mengeja diorang pulak yang tak nak sebab kat sekolah bukan macam tu.
      Simple words macam AYAM, IKAn saya suruh eja diorang tak boleh. Tapi bila saya tulis mereka boleh sebut. Itu yang merisaukan saya. Dia boleh membaca atau tidak.
      Banyak perkataan di signboard jalan dia boleh sebut dengan betul tapi bila saya suruh eja semula dia tak boleh.
      This week ada sharing teachers parents day, tu yang nak bincang dengan dia punya class teacher. Aisy ni bertukar2 class teacher, sekarang dia sendiri pulak tukar kelas sebab tak boleh nak hadap dengan teacher yang tegas sangat.

      Delete
  2. Salam. Saya juga hantar anak sulung ke GA dari 4 tahun. Awal tahun 2015 masih belum boleh membaca dengan baik. Risau sangat. Lagi risau sebab dia tak tahu mengeja dan menulis. Saya bantu dia dirumah. Alhamdulillah bulan April dia dah boleh. Rasanya kalau aisy dah boleh membaca asas, dah ok rasanya. Utk 6 thn, Ga akan fokus on reading. Bulan 7 Ga akan mula fokus on ejaan. Rajin jumpa reading teacher dan principal. Saya selalu follow up. 😊

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya juga hantar anak sulung ke GA dari 4 tahun. Awal tahun 2015 masih belum boleh membaca dengan baik. Risau sangat. Lagi risau sebab dia tak tahu mengeja dan menulis. Saya bantu dia dirumah. Alhamdulillah bulan April dia dah boleh. Rasanya kalau aisy dah boleh membaca asas, dah ok rasanya. Utk 6 thn, Ga akan fokus on reading. Bulan 7 Ga akan mula fokus on ejaan. Rajin jumpa reading teacher dan principal. Saya selalu follow up. 😊

    ReplyDelete