Sunday, May 25, 2014

Amsyar

Dua bulan aku breastfeed kan dia sepenuhnya..Sudahnya hari pertama aku nak kerja dia tak pandai hisap guna botol.

Waktu sebelum start kerja, aku try bagi tapi dia tak nak..nangis-nangis terus aku tak bagi. Sebab dia selalu buat macam tu langsung tak paksa guna botol. Yang susahnya mak aku la.

Tapi mak aku adalah supermom. Bab-bab mengasuh budak ni dia memang sangat2 pandai. Tu la pasalnya anak-anak aku kalau dengan mak aku, dengar sikit cakap. Kalau aku yang cakap, huh..susah nak dengar.

Setelah menangis hampir setengah jam, mak aku pun mandikan Amsyar. Lepas mandi mak aku terus bagi susu. Minum jugaklah walaupun tak nak. Puas mak aku fikir macamana nak handle Amsyar ni nak bagi dia minum. Sudahnya mak aku standby kan susu terus, bila nampak dia macam nak bangun je tidur, terus bagi.

Akhirnya sampai ke hari ni, dia dah ok dengan botol susu. Cuma malam je la direct feed dengan aku. Terpaksa gak mencampurkan susu sebab aku tak punya banyak masa nak mengepam susu.

Amsyar ni senang je rasanya menjaga dia. Dia tidur je, bangun pun nak menysu. Dia ni macam ni tau, kalau dia tidur dua jam, dia menyusu pun dua jam.

Bila dah masuk dua bulan ni, mata pun dah boleh nampak orang ni. Asyiklah suka sangat memandang orang yang berdiri kalau dia baring atas tilam. Kadang siap tegur lagi, itu maknanya suruh angkat dia la tu.

Tapi kalau angkat dia jangan haraplah dia nak duduk mengadap kita elok-elok. Confirm menangis lepas lima minit. Tak bagi dia menangis kalau dah angkat dia tu, kena la dukungkan dia ke atas bahu. Dukung badan dia dan sangkutkan kepala dia atas bahu kita. Dia mengadap belakang tak pe la. Senyap je dia. Cuma letih la nak dukung macam tu.

So, cara paling senang, bila dia dah kenyang hisap susu, baringkan dia. Bagi dia nampak kita, so kita terus bercakap-cakap dengan dia. Dengan gembira dan senang hatinya dia akan ketawa mengekek-ngekek atau pun berbalas cakap dengan dia.

Amsyar ni setakat ni memang baik lah. Aku kalau nak sembahyang, aku cakap ngan dia mintak dia baik sekejap kan..dia memang baik je, lepas je bagi salam lepas solat, terus dah bunyi panggil kita ambik dia..

Dari segi fizikal, dia lahir sama macam kakak dia, tinggi : 49cm, berat 3.07 je. Dah masuk dua bulan hari tu berat dah naik 4.5kg..tapi dia tak la setembam kakak dia. Tangan dan kaki dia tak la kembung je macam kakak2 dia. Yang naik nyer kat muka ngan badan je. Peha tak la kembang macam kakak dia. Mungkin sebab dia boy kot.

Walaupun lahir sama je macam kakak dia..putih tapi bila dua bulan ni dia tak la macam kakak dia. Amsyar nampaknya akan menjadi buah manggis dan bukannya buah sukun macam kakak dia. Muka dia gelap sikit, tapi I tak kisah. Dia kan boy, haruslah macho kan. Janji sihat, sempurna..alhamdulillah. Putih tak putih ni bukan aku kisah sangat pun. Tapi takut gak dia kecik hati bila dah besar nanti. Kenapa kakak dia putih dia gelap kan.

Amsyar, mama nak bagitahu ni. Amsyar gelap ke, putih ke..Amsyar adalah anak mama dan abah. Tak percaya tengoklah muka Amsyar kan sama macam kakak Amni. Mungkin sebab Amsyar ikut mama kot...hehehe...

Peace....

No comments:

Post a Comment