Tuesday, May 15, 2012

Rahadatul Aisy

Salam semua...

Minggu ni nak rajin update blog. Tak banyak pun kena update sikit. Sayang la bila setiap perkembangan tu aku terlepas nak update.

Hari ni nak cerita sikit tentang Aisy yang dah semakin besar.

Mulut dia macam bertih jagung gitu. Tapi depan kami je, bila ada orang lain je mulut terkunci kemas. Sepatah haram pun tak keluar dari mulut.

Setiap minggu, Jumaat & Ahad dia akan ke masjid mendengar kuliah gitu. Eceh2..anak aku class gitu. Jangan tak percaya...Percaya tak Aisy dengar kuliah ustaz???? Percaya????...Sebenarnya dia bukanlah mendengar kuliah, tapi dia ikut mak & C. Su dia mendengar kuliah. Niat dia, "nak makan nacik kat mesjid". Bila tak de nasik, tak sabar2 nak makan lak kat rumah sebab dah lapar. Hahaha...Tapi dia baik tau kat masjid, tak kacau orang sembahyang

Cakap pasal sembahyang, Aisy dah boleh sembahyang. Cara dia la. dia tengok kita sembahyang, dia pun dah ikut buat. Kadang tak pakai baju pun dia sembahyang jugak. Dari start ambil wuduk, suka tengok dia ambil wuduk tu. Macam kita buat jugak cuma kadang2 turutan dia tak betul. Bila sembahyang pandai dia mulut terkumat-kamit macam membaca tapi tak tahulah apa yang dia baca. Paling comel bila tunduk dan bagi salam. Memang nak pecah perut la tengok dia tu.

Bab mengira 1 - 10. dia dah ok. Dalam English pun boleh, dalam Malay pun boleh. Cepat pick up kan budak2 ni. ABC lak sebab kita dok nyanyi2 ngan dia, dia pun dah boleh sebut tapi kurang jelas. Tapi kira ok lah.

Bila cerita pasal nyanyi ni, Aisy dah hafal lak lagu Sofaz ngan Maher Zain tu. Kalau nak tidur nak dengar lagu dulu. Tu yang dah hafal lagu tu. Budak2 ni memang suka menyanyi yek???? Kalau nak ajar apa2, aku rasa kena cipta lagu la supaya diorang ni cepat hafal.

Baca Doa??? Doa makan dah boleh, doa tidur pun dah sikit2 boleh. Rasa macam nak hantar dia gi school je. Boleh dia belajar banyak2 lagi. Tapi dia macam kecik je lagi. Masih lagi pakai diapers gitu. Nanti sape nak basuh? Ke ada taska yang terima budak yang pakai diapers?

Sebab mulut dia dah banyak, kadang-kadang dia cerita kat kita apa yang berlaku kat nursery. Bagus jugak kan. Tak sedap dengar bila dia kata ada budak lempang dia kat kepala. Ni maksudnya ada budak lepuk kepala dia. Just hope dia dilindungi malaikat dari kes yang berat je. BUdak2 kecik bukan boleh controll. Marah lagi tak boleh.

Tapi lain lak case dia ngan Amni. Dia kalau datang geram dia, dia lepuk je kepala adik dia. Kadang dia tarik rambut la. Terutama kalau bab share mainan ni. Dia memang tak bagi lah. Kadang dia bagi, dia ajar tapi kalau adik dia tak ikut cakap dia, terus dia lepuk. Nakal sungguh budak kakak ni. Adik lak, baik je. tak menangis langsung.

Setakat ni je la yang aku update. Nanti update lagi. Minggu ni update blog tanpa pic. Layan cerita kosong je yek. Boleh kan?????

No comments:

Post a Comment