Major milestones
By now, your toddler may have mastered waving "bye-bye" and is probably able to roll a ball back and forth with an adult. About half the toddlers this age are drinking from a cup, and some are beginning to be interested in helping around the house. Your toddler may well be able to stand alone, can probably stoop down and then stand back up again, and might even be working on walking backwards. He may say several words and is learning more every day. He's also starting to have clear ideas about what he wants and will be persistent in trying to achieve them.
Asserts wants and desires
The things you say no to will probably have the most allure for your toddler, so making your house safe for exploration will make both your lives easier. If you cover plugs, lock low cupboards, and keep fragile items out of reach, he'll be safer and you can relax a little. You might designate one low cabinet just for toddler play. Fill it with items you don't mind him touching -- like plastic containers, toys or empty boxes -- and occasionally change the contents for variety. Your toddler learns about the world through play.
Eats with relish and exuberance
Don't expect adult manners from your toddler. Eating -- like everything else your toddler is doing -- is a learning experience, and at this age learning tends to be messy. He's working on improving his skill with a spoon -- which is central to the eating task -- but he's also checking out the texture of egg and what grapes do when thrown, which can be hard on your floor and furniture. Spread a splash mat under his chair, provide him with an assortment of healthy foods, and let him choose what he wants to eat.
Forms strong attachment to comfort items
Your toddler relies on the sense of security he gets from his favourite stuffed lion, dearest blanket, or both. These items, called "transitional objects," can be a source of comfort, especially when you're not around. Paediatricians often recommend that parents encourage these attachments. Although your child is struggling to master new skills every day with varying degrees of success, the cuddly blanket is one thing he can consistently return to for comfort.
Refer sikit-sikit dengan perkembangan di atas la kan!!!! Aku nak update perkembangan Aisy lak di usia 14 bulan ni...
Percakapan.
Sejak nak masuk 14 bulan ni, mulut dia tak henti-henti nak bercakap. Kebanyakan apa yang Aisy cakap kat aku biasanya apa yang dia nak la kan...aku dah faham apa yang dia nak dan apa yang dia tak nak. Aku rasa aku je yang faham coz husband aku pun kadang-kadang blur gak bila Aisy cakap dia nak apa.
Apa perkataan yang dia cakap?
1. Nak = Hendak. 2. Nak nak = Tak nak 3. Susu = susu 4. Uk-uk = Berak 5.Tu = Itu 6.Mainan = mainan 7. Nyanyi = Suruh pasang lagu 1 Malaysia 8. Mama = mama 9.Air = air dan banyak lagi la.
Tapi semua tu dia cakap ada pelat2 sikit la..kadang2 tu kalau dia nak susu kalau kita lambat dia marah dan cakap "cepat sikit" atau "lambat" tapi dalam pelat-pelat la. Yang ni husband aku pun faham.
Selain perkataan dia gak ada bahasa tubuh badan. Kalau dia nampak gambar bendera Malaysia atau nombor 1 tu, dia akan henjutkan badan dia. Bila macam tu maknanya dia suruh kita pasang lagu atau nyanyi lagi "Satu Malaysia" yang Ronnie ngan Ernie (Lim Kok Wing) tu nyanyi.
Makanan.
Dari dia umur 6 bulan lebih lagi aku dah suap dia dengan nasi lembik tu. Bila blend dia tak suka makan. So masak je nasik tu lembik2 dan bila panas2 tu gaul je ngan ikan, kentang.
Dulu dia suka kalau aku masak yang air-air macam sup2 atau singgang. Tapi sekarang dah tak nak makan. Kalau goreng baru lah makan. Tapi goreng mesti dengan minyak yang kurang dan pasti betul2 dah kering ngan minyak baru bagi dia makan.
Dia makan nasi bukan banyak mana pun, sikit je sekarang ni. Aku pun tak tahulah kenapa dia tak suka makan nasi.
Sebab dia tak suka makan nasi, rumah aku ada lah satu tin biskut Cream Cracker Jacobs tu ngan roti Gardenia. Dia suka makan tu. Aku pun letak rendah2 je coz bila dia nak makan dia leh ambik sendiri.
Orang cakap bila dia start makan dia minum susu kurang tapi Aisy ni start bulan ni minum susu kuat sangat. Makan memang kurang. Dia banyak minum air dan minum susu dari makan. Kalau diapers dia tu dua jam kena tukar kalau tak sebeban lah air yang bertakung dalam diapers dia.
Lagi satu bab makan minum ni, sekarang ni dia suka makan sendiri. Makan pakai tangan mahu pun sudu. Kalau ada sudu pakai sudu, kalau tak de dia pakai tangan je. tapi kesian dia, bila makan yang masuk mulut sikit je, yang tumpahnya banyak. Nak suap pun dah tak nak sangat. Dia suap aku ada lah.
Makan sendiri budak kecik ni tapi tengoklah, sudu terbalik tu
Rajin.
Budak ni rajin giler. Bila ada sampah je dalam rumah dia suka sapu sampah tu. Kalau ada sampah dia tunjuk kat aku dan cakap gi buang dalam bakul sampah, dia buang lah dalam tong sampah.
Pastu mainan dia kadang-kadang bila dia ngantuk nak tidur, bila dia rajin, dia kemas masuk dalam storage box mainan dia.
Semalam lagi rajin budak kecik ni. Tengah syok baring-baring layan tv, dia ambik botol ubat minyak gamat tu dia sapu kat betis dan kaki aku. Pastu cakap lah kat dia "Adik, gosoklah sekali kaki mama." Dia gosok tu. Terasa gak lah tangan dia mengurut betis dan kaki tu. Lama tu dia gosok sampai habis cerita JUVANA. Sampai husband aku tegur syoknya ada orang buat foot massage. Dia perasan then malu-malu terus stop.
Kat rumah Tokma dia lak, pantang nampak bekas air basuh tangan kat luar mesti nak simpan dan kemas. hari tu kan kenduri tapi bekas2 tu kan baru basuh so basah lagi. Dia pi angkut lak bekas tu nak tolong simpan. Mana lah nak dapat budak serajin ni kan!!!!!
Mainan.
Aisy sekarang suka main masak-masak. Senang je kalau nak masak kat dapur. Kita bagi je dia barang-barang plastik macam gelas, sudu, garfu, jug, pinggan yang dia punya. Dia mainlah masak-masak sorang dia. Kadang2 tu sempat gak layan dia main. Paling suka bila mintak mee goreng satu. Dia masak dan bagi kita satu pinggan. Best tak!!!!!
Main masak2 bila mama dia masak2 kat dapur je. Bila masuk je rumah balik dari nursery perkara utama adalah main ball. Dia suka sepak bola tu dari baling2 bola. Tapi seronok main ngan dia. Cuma tak suka bila husband aku suka tunjuk skill timbang bola dan buat tendangan hetrick kat dinding konon2 score goal.
Budak kecik tu suka tiru. Aisy suka sepak bola pun sebab abah dia yang ajar. Abah dia cakap apa bila aku larang "Adik, belajar main bola betul2 ye. Perempuan senang nak naik jadi player negara. Lelaki susah, tu yang abah tak jadi player negara." Hampeh!!!!!
Selain sepak bola, Aisy suka bungkus bola dalam kain
Selain dari yang di atas tu, dia suka main telefon dia dan juga hp kami. Kalau dapat hp kami dia akan bercakap dengan sape2 ntah. Sungguh2 dia cakap. Kadang2 kalau abah dia tak balik lagi aku rasa macam dia telefon abah dia. Bercakap macam kita bercakap dalam telefon tu. Tapi bila kita call betul2 dia tak nak cakap lak.
Dia ada dua telefon mainan, satu yang macam telefon rumah tu dan satu lagi hp. Hp tu bodoh2 je tapi dia suka picit2 dengar lagu pastu nari-nari. Yang macam telefon rumah tu sebenarnya macam budak dah besar baru pandai main kot tekan2 nombor tu coz dia macam game. Ada pelbagai pekerjaan, dia bagi clue, kita tekan number then kalau salah akan bunyi "oo, oo, oo". Ada 5 game kat situ. Tapi untuk Aisy aku letak level setakat yang tekan nombor one - nine tu je. Dia pandai lak tekan ikut no dan arahan tu. Aku kurang pasti sama ada dia betul2 tau no tu atau kebetulan je betul.
Kalau nak cerita pasal mainan sampai habis pun tak habis-habis. Kesimpulannya, dia dah pandai main apa sahaja mainan. Tapi tak suka main lama-lama.
Perkembangan fizikal dan kebolehan fizikal.
Apa punya tajuk daaa!!!!Aku pun tak tahu nak letak apa coz tak pandai sangat2 bab ni.
Actually aku nak cerita yang Aisy dah ada gigi. Baru 3 batang je. Boleh lah dia makan dengan kunyah2 yang betul. Sebab ada gigi jugaklah dia suka gigit aku. Semua pun nak gigit. Kalau dapat tangan, tangan dia gigit. Part aku dia suka gigit: jari, tangan, pipi, peha aku. Konon-konon nak sayang kat pipi tiba-tiba dia gigit lak.
Fizikal lain semuanya berkembang dengan baik. Alhamdulillah. Kebolehan fizikal dia dari berjalan dah update kepada berlari lak. Dia suka sangat lari2 sekarang ni. Ada masa sampai terjatuh bila dia berlari tu. Nasib baik dalam rumah bukan kat luar rumah. tapi sakit gak lah sebab dia nangis meraung.
Bila dah berhenti nangis, sambung lari-lari lagi. tak serik-serik jatuh. Selain lari, dia dah boleh capai benda-benda yang tinggi macam barang2 yang ada atas meja atau atas kabinet sinki tu. Sebab dia dah pandai jengket2 kaki nak capai barang tu. So kena letak barang tajam2 atau kaca2 ni jauh-jauh.
Yang penting sekarang ni, cakap apa je dengan dia, dia mesti faham. Kalau kita mintak dia buat pun dia akan buat kecuali dia pura-pura tak dengar dan tak nak layan kita cakap.Kalau dia nak layan, ada masanya bila kita bagi arahan, dia ikut dan kalau kurang faham dia akan tanya semula. Explain je kat dia mesti dia boleh buat. Tu yang buat sayang sangat kat dia.
Tapi nak sayang2 dan peluk cium dia tak boleh. Dia paling tak suka. Kalau ngan mak aku, dia paling tak suka nak dekat bukan apa, nanti mak aku suka peluk dia kuat2 dan cium dia. Tapi kadang2 nak Tokma dia jugak bila tengok Tokma dia pakai cantik2. Nak ikut jalan la tu.
Tapi Aisy suka ketawa dan aku sangat2 suka dengan ketawa dia. Suka bila bergurau dia, geletek dia, ketawa dia mengekek. Bila main kucak-kucak dengan dia atas bantal masa nak tidur, memang best. Suka sangat2 bila tengok dia senyum nampak 3 batang gigi dia.
Suka bila nak bagi susu kat dia, mula-mula mesti tanya dia. Hidung mana, gigi mana, mata mana, tangan mana, kaki mana...mesti dia tunjuk. Lima part tu je dia tau. Mata pun tau lepas mata dia bengkak hari tu. Mulut & telinga tak tau lagi. Ni kena ajar lagi bagi dia tau...
Aisy, gigi mana?
Aisy, mata mana?
Kalau hisap susu, dah ajar dia kalau minum habis, Aisy budak pandai. So dia akan minum habis susu tu dan cakap "Habis, Pandai" Tunjuk botol dan tepuk tangan untuk diri sendiri. Kalau ada masa buat susu tapi tak minum habis, tiba-tiba botol tu terbalik dan tumpah, dia akan cakap "Tumpah". So kita tau lah botol susu dia terbalik. Kadang2 tu dia sebut "Basah". Sama ada baju dia yang basah atau tilam yang basah. Pendek kata senang lah dengan dia sekarang ni.
Dalam senang-senang dia, ada gak yang susah tau. Kadang-kadang sampai geram tahap maksima dengan dia. Nak tau sebab apa? Dia tak suka tidur. Huhuhu...
Kadang jam dah pukul 12.00 tapi dia tak nak gak tidur. Aku sekarang ni pukul 11.00 je dah tak tahan mengantuk. Kalau kita tertidur, dia akan gigit muka atau cakar muka aku. Sekarang ni tak sah kalau muka aku tak bercalar kena gores. Kuku pendek je tapi ntah macamana boleh calar gak muka.
Mata Aisy dah ngantuk giler, minum susu usap2 dia dah macam nak tidur. Layu-layu je mata. Tiba-tiba celik buntang je mata lepas susu habis ajak main lagi. Huhuhu..dah tak larat ko nak main tengah-tengah malam buta tu...tambah panas je hati bila dia dah mula tunjuk nak tu, nak tu. Kadang barang yang dia nak ntah apa2. Nak sabun pencuci pinggan la..nak pewangi udara la..bila tak bagi nangis-nangis. Betul2 mencabar tahap kesabaran dan keimanan lah. Kalau wet wipes tu kita tertidur, habis satu pack dia buat lap badan dia.
Sekarang ni nak tidur je tak nak pakai baju seluar. Layankan aje lah. Mungkin sebab tiba-tiba ada ruam kat belakang badan dan juga kena luka getah diapers tu kot. Dah lah tak nak selimut, baju lak tak nak pakai. Just pakai diapers je tidur. Tapi sejak dua malam ni, pakai diapers pun dah tak nak. Layankan je sementara dia pejam mata. Pastu bila dia pejam mata aku pun pakai lah lengkap2 dengan baju. tapi kadang2 tu sempatlah dia terbuang air kecil atas tilam. So tiap2 hari kena tukar toto dan basuh toto. Nasib baik washing machine besar leh dobi sendiri, kalau tak, kopak aku sehari rm10.00 hantar dobi.
Bab tidur gak, budak kecik ni macam dah jadi habit lak nak pegang bucu bantal dan kadang2 hisap baru nak tidur. Tapi nasib baik dia bukan nak bantal yang sama. So tak de istilah bantal busuk, cuma bila kita tengok dia cari bucu bantal tu maknanya dia nak tidur la tu. Kadang2 tak jugak tidur..mungkin bantal tu tak busuk kot. Hahahaha...
Rasanya cukuplah perkembangan Aisy setakat ni. Lagi pun aku selalu gak update bab perkembangan dia dalam seminggu tu.
Bila dah tengok Aisy lari-lari, cakap-cakap, bila tidur je nampak dia panjang je, rasa macam dah besar la budak kecik ni. Cepat betul masa berlalu. Kasut pun pakai saiz 4 tau. Panjang tul kaki dia...
No comments:
Post a Comment