Friday, May 20, 2011

Budak Comel Mata Bengkak

Badan penat sungguh lepas kenduri tu tak habis-habis lagi. Sebab terlalu mengantuk, aku tertidur sambil menunggu masa yang sesuai nak mandi.

Sekarang nak mandi kena tengok budak kecik tu buat apa, jangan dia perasan kita masuk bilik air. Kalau tak dia mesti nak mandi sama. Sebab tu kadang-kadang dia mandi hampir 5x sehari coz suka sangat masuk bilik air ikut orang.

Aku terjaga bila budak dengar budak comel tu menangis tak berhenti-henti. Dia asyik gosokkan mukanya ke bantal sahaja sambil mengis. Bila aku angkat, aku lihat mata sebelah kanan dia membengkak. Sangat besar sehingga menutup matanya.

Untuk kurangkan tangisan dia, pujuk dia dengan air di sinki. Bermain air di sinki mengurangkan sedikit tangisan dia. Bila stop je menangis. Sampai dia tertidur dalam tangisan dan mata yang besar membengkak.

Bila bangun pagi ingatkan bengkak pada mata Aisy surut tapi tak jugak. Sekali lagi dia menangis. mungkin disebabkan terkejut kenapa dia tak nampak. Di pujuk dengan mandi je awal pagi tu. Nasib baik dia ok. Mata pun dah buka sikit.

Mula-mula dia bangun menangis tu aku pun menangis tengok budak kecik tu tak boleh bukak mata. Kelopak mata dia betul2 jatuh sampai tak boleh bukak mata sikit pun. Takut sangat penglihatan budak kecik tu akan hilang tapi syukur alhamdulillah dia ok lepas mandi.

Sebab ok la hantar dia ke nursery coz kami berdua tak boleh cuti. masing2 tak ada orang nak cover kat office. Tengahari husband call nursery tanya perkembangan Ais, mereka kata ok. Mata dah buka sikit. Bengkak pun cam surut sikit.

Pukul 4.00 pm lebih, aku terima msg dari nursery kata Aisy menangis tak henti2 sambil gosok mata. Mata pun dah bengkak semula dan tak boleh buka. Aku menangis ketika solat Asar bimbang akan penglihatan Aisy.

Aku rela Allah ambik segala nikmat penglihatan aku sebab aku sudah pun melihat kebesaran dan keagungan ciptaanNya. Gantikan kepada budak kecik tu sebab dia tak mengenali lagi kebesaran dan keagungan ciptaanNya.

Nak balik awal tak boleh coz tak ada orang kat office. Mintak husband je baik awal tapi dia lak sangkut dalam jam. Area ampang ni hujan lebat sehingga jarak penglihatan tu kabur habis. Bila smapai gombak je cuaca terang dan sampai rumah tak hujan langsung.

Niat nak tunggu husband ke klinik tolak tepi, aku terus je bawa Aisy ke klinik. Bimbang jika hujan lebat pulak lepas Maghrib.

Alhamdulllah, walaupun susah bila berdua je, tapi settle gak jumpa doc. Aisy hanya diberi ubat antibiotik untuk mengurangkan bengkak coz dia bukan sakit mata tapi kena gigitan serangga. Doc pun pesan kat aku jangan cemas sangat coz penglihatan Aisy masih lagi ok.

Balik rumah budak comel tu tetap nakal dan bermain macam biasa. Cuma aku beri banyak perhatian kat dia. Sampai ke tengah malam walaupun mata tersengguk-sengguk, tetap layan dia main.

Lagi pun semalam genap umur Aisy 14 bulan. Aku pun sanggup korban waktu tidur sebab tak nak lalai lagi sampai terjadi lagi bengkak2 mata ni.

Ini baru bengkak mata, kalau jadi yang lain-lain yang lebih teruk sebab aku lalai dan tertidur, siapa yang akan rasa bersalah seumur hidup???? Sudah pastinya aku.

Just update gambar mata Aisy yang bengkak:

Hari Ke-2


Hari Ke-3

1 comment:

  1. Fizah..

    X jemput pn kenduri...
    huhuhu..
    btw nti pegi ke kenduri kawin jannah ..

    ReplyDelete