Kembali bersiaran untuk aktiviti hujung minggu lagi. Minggu ni tak pulang ke kampung. Hanya menghabiskan masa di rumah sendiri kerana ada misi yang perlu diselesaikan dengan segera.
Bila tak balik kampung, aku berbesar hati sangat-sangat kalau en.husband dapat bawa kami ukur berapa luasnya shopping-shopping complex kat KL ni. Tapi sangat menghampakan.
Aisy yang diserang ruam di seluruh muka dan sekitar leher tidak lena tidur. Sudahnya pagi Sabtu tu pakat-pakat dok layan mata je lah. Bila dah tengahari baru sibuk-sibuk nak keluar.
Bila keluar tengahari, cuaca KL ni memang sangat-sangat panas kan...Niat untuk mencari baju by by colour purple dimulakan dengan pencarian di Jusco Taman Maluri. Aku pun tak faham kenapa husband aku pun suka Jusco ni pada hal kat rumah kami pun ada satu Jusco. Sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak ke Jusco. Mungkin selesa dan senang untuk buat pilihan di sini.
Aisy bila masuk Jusco je, dia nyer excited aku pun tak tau la..mungkin ini 1st time dia datang dengan dapat kaki. Berjalan je dia pusing-pusing Jusco tu. Bukan kami yang bawa dia, tapi dia yang bawa kami. Sudahnya baju husband tak sempat nak pilih coz layan Aisy main je. Bila dah lama, by by pun tak de mood layan Aisy yang semua barang mainan pun nak ambik.
Bila masuk kereta je, terus budak kecik tu membuta. Langsung niat nak mengukur Sogo terbantut. Niat aku nak berjalan area pasar malam Masjid India tu pun tak dapat lah. Perjalanan kami hanya menuju ke NSK, Selayang untuk membeli ketam kerana husband 'mengidam' nak makan ketam masak lemak cili api.
Yang kelakarnya, Jumaat malam tu kami makan kat luar. Dia nak makan ketam, orang kedai kata ada tapi dia mintak gulai lemak. Mana ada kedai awe jual gulai lemak cili api ketam malam-malam buto ni...tu yang pergi cari ketam kat Selayang.
Aku suruh je dia beli tapi dia tak nak. Aku kesian kat Aisy yang lena tu, tapi dia nak jugak angkat budak kecik tu masuk dalam NSK tu dengan alasan dia tak pandai pilih ketam. Kalau ke Sogo tak nak lak dia angkat si kecik tu...ajak ke MidValley pun tak nak dengan alasan Aisy tidur. Betapa tak sukanya dia dengan shopping complex..huhuhu..terlepas baby fair Mid Valley.
Sampai je rumah gesa-gesa je masak coz ingat perut by by dah lapar. Perut budak kecik memang dah lapar sangat-sangat. Tapi bila dah masak, husband tak makan pun dengan alasan nak main bola nanti muntah kalau makan. Si kecik lak, sangat-sangat lapar tapi makan tiga suap je dah tak nak. Mintak susu je lepas tu. Mungkin sebab ruam tu buat dia rasa tak sedap nak makan. Malam pun sama, makan tiga suap je terus tak nak. Sudahnya layan susu je dua jam sekali...
Ahad lak ada misi membersihkan rumah dan membuang segala sampah-sampah yang tak berguna tu. Aku pun tak tahu kenapa leh ada sampah yang banyak dalam rumah. Sampah yang memang buang dalam tong sampah tu memang la tau, tapi bila kemas je, satu beg plastik sampah besar tu penuh ngan sampah-sampah.
Budak kecik tu bangun awal pulak hari Ahad ni. Bila dia bangun mana leh nak buat kerja sangat. Dengan sibuk dia nak mandi lagi, kalau mandi bukan sekejap. Tuan puteri tu kurang-kurang setengah jam main air dalam bilik air. Berendam sambil main buih sabun. Kadang-kadang terpaksa angkat coz kita yang dah sakit lutut mencangkung teman dia.Ikutkan dia, tak nak keluar langsung.
Sudahnya gotong-royong semalam tak berapa menjadi pun...sebab seorang kena buat, seorang lagi kena layan Aisy. Aisy lak rajin nak tolong. Kita sapu dia nak sapu, kita mop lantai dia nak mop lantai. Geram nyer pasal, aku kunci dia ngan abah dia dok dalam bilik. Meraung-raung budak tu, tapi kalau layan sangat tak jalan kerja.
Bila dah clear bahagian ruang tamu, baru leh bagi budak kecik tu kuar. Sekarang ni bukan nak sangat ngan abah dia. Asyik nak ngan aku je, terutama kalau minum susu. Kalau mama dia tak ada, tak boleh minum susu agaknya. Tak pe tak pegang atau usap rambut dia, janji dia nampak aku. Kadang tu kalau dia tengah hisap botol, tiba-tiba kita bangun nak gi dapur ke, bilik ke kejap, dia pun terus campak botol dia. Takut sangat kita tinggal dia agaknya.
Bila dah nak masuk Zohor, aku terpaksa berhenti untuk siapkan makan tengahari lak. Nak solat terus coz nanti lepas solat leh sambung balik kemas rumah. Budak kecik tu semua nak ikut aku. Dah siap makan, aku nak mandi, dia pun nak mandi sebab dia tunjuk baju dia dah basah berpeluh.
Bila kita nak solat, dia pun sibuk lah berdiri depan kita sambil terkumat-kamit baca apa ntah pastu bila sujud baru dengar dia sebut "Allahuakbar". Tu je dia tahu, agaknya sebab kita baca perlahan dalam sembahyang tu yang dia terkumat-kamit baca apa ntah. Ikut baca perlahan lah tu...
Dah petang-petang baru budak kecik nak layan mata. Si by by ni pun ikut Aisy layan mata. Macam penat bebenor. Bila kejut je, celik-celik mata je terus ajak gi Taman Layang-Layang..Aku betul-betul penat kemas rumah yang tak siap-siap, so tolak pelawaan melepak di sana. Yang Aisy lak macam dengar je abah dia ajak jalan, terus je bangun.
Aisy ngan abah dia tak pergi pun taman layang-layang, just pergi taman depan rumah je dan beli kelapa sebab nak mandikan budak kecik tu. Ruam dia makin banyak.
Siap-siap mandi, abah dia bawa budak kecik tu jalan-jalan lagi. Seronok aku kemas rumah tanpa gangguan ni. Semua pun settle, rumah dah kemas, baju untuk 2 minggu pun siap iron. Sampai tak larat lah berdiri menampung berat badan yang gemuk ni nak menyiapkan semua kerja. Confirm lepas ni akan timbul tanda-tanda pecah-pecah di tumit kaki. Bila dah timbul tu, sila kurangkan berat badan ye....
Budak kecik tu balik dengan berpeluh-peluh...tapi bila masuk je rumah terus gi bilik air. Aku dah agak dah. Budak tu bukan boleh berpeluh sikit, terus nak mandi. Kalau dalam kereta dia nak tukar baju. Semalam keluar kejap je pun 4 pasang tukar baju. Sekarang ni kalau kat rumah pun dah lebih dari nursery kena stand by baju dia.
Setiap kali Aisy balik je dari bermain kat taman mainan depan rumah tu, husband aku pasti cakap yang Aisy seronok sangat dapat keluar. Aku pun balas lah, "That's why kita perlu pindah ke rumah teres secepat yang mungkin"
Aku dah lama perasan tentang ini, dan sebab itu aku rela balik balik kampung hujung minggu untuk bagi peluang Aisy meneroka dunia dia. KL ni kalau dok rumah atas-atas macam aku ni, dengan pergi ke taman permainan atau mengukur shopping complex je dapat budak kecik ni dapat meneroka.
Kalau dia balik kampung, dia leh berjalan keluar dari pintu rumah terus je nampak macam-macam binatang...boleh nampak pokok-pokok yang ditiup angin, boleh naik motor pusing-pusing kampung, boleh jalan sendiri pergi kedai, boleh lepak-lepak kat bawah pondok tengok kereta motor lalu. Sebab tu rasanya perlu untu duduk rumah teres kat KL ni.
No comments:
Post a Comment