Tuesday, August 18, 2015

Genius Aulad : 2016 Fee

Assalamualaikum...

Dah habis mood raya, kita sambung balik kepada mood kerja dan anak-anak. Bagi yang tercari-cari pre-school untuk pendaftaran anak tahun depan, kat sini aku boleh bagi details fee untuk pre-school Genius Aulad je la. Itu pun aku tak sure semua branch adalah sama atau tidak. Yang ada pada aku sekarang ni untuk branch Bandar Sri Damansara.

Untuk tahun 2016, secara officially GA akan ada preschool dan full day preschool. 


Bagi sesi preschool, parents boleh pilih sama ada nak hantar sesi pagi atau petang. Sesi pagi akan bermula 8.30 am - 11.30 am manakala sesi petang start 1.30 pm - 4.30pm. Yuran bulanan untuk tahun 2016 pula RM 284.00 inclusive GST. 

Yang nak full day preschool pulak sessi dia bermula 8.30 am - 5.00 pm dan yurannya pula adalah RM 614.80 - Option for luch meal ni kena refer dengan GA sebab aku pun tak tahu lagi secara details operasi full day ni. Ye la, mesti korang nak tahu jugak school holiday buka ke tak kan? Kalau tak buka ke mana pulak kita nak letak anak-anak kan?

 

Jangan terkejut mana yang tak tahu..kan kita dihadapkan dengan kata-kata pendidikan tak ada GST kan, rupa-rupanya sebab GA ni berdaftar atas nama 'Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak', so kita yang parents ni kenalah bayar GST untuk monthly fee ye. Sebenarnya dah start tahun ni tapi untuk branch Bandar Sri Damansara ni diorang absorb GST sehingga November.


Bukan setakat ada GST, mungkin disebabkan kos lain-lain juga, admission fee dan miscellaneous fee ni dah naik. Ye la, gaji teacher dia pun nak naik jugak kan. Kos hidup kan makin tinggi. Korang boleh rujuk gambar yang aku upload ni untuk details admission & miscellaneous fee. Untuk registration pulak nasib baik waived for existing students. Alhamdulillah....

Secara perbandingan yang aku boleh buat kat sini :-

Yang ni untuk new students.

Yang ni lak untuk existing students.

Bagi yang baru nak masuk GA ni, buku Iqra' tu kalau dah ada kat rumah tak payah beli pun tak pe. Boleh pakai je yang ada.

Kalau tanya aku program apa yang diorang guna dari segi kaedah belajar membaca, aku pun tak tahu. Budak-budak preschool sekarang semua pun tak sama cara diorang ajar budak-budak ni membaca.

Tapi alhamdulillah, anak-anak aku dua orang tu cepat je membaca kalau nak compare ngan aku seusia diorang. Cuma bab Iqra' tu aku tak pasti bila diorang boleh membaca Al-Quran sebab aku kecik-kecik dulu belajar Muqaddam. 

Kita belajar kenal Alif Ba Ta dulu, pastu baris dan dalam masa yang sama abah aku ajarkan juga surah-surah yang bermula dengan surah Al-Fatihah, An-naas dan yang seterusnya sehingga habis Muqaddam (menghafal).

Anak-anak aku pun dah hafal surah-surah pendek ni ikut kelancaran diorang la. Dari segi keberkesanan Iqra' aku tak pasti lagi yang aku pasti anak-anak aku menghafal bukan membaca Surah.

Bab membaca dan mengeja bahasa lak, kalau kita dulu eja A-aaa, B+A = ba...tapi aku dengar anak aku membaca macam lain tau. Diorang tak macam tu pun. Bila aku nak ajar macamana aku belajar, diorang terus tak nak. Dia kata tak sama macam sekolah.

Setakat ini sahaja info yang aku ada. Kalau nak details better pergi mana-mana cawangan GA yang ada. Teacher and admin diorang baik-baik je nak melayan korang bertanya. Ye la, diorang kan ajar kanak-kanak, sebab tu dengan kita pun diorang boleh layan. 
 

 

 

34 comments:

  1. terima kasih awak untuk info ini. saya di Puchong. tahun depan anak saya 4tahun. masih mencari-cari pre school untuk anak sulung saya :)

    salam kenalan - http://ummierna.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..boleh share anak puan sekolah di mana? sy tercari2 jugak tadika area puchong..TQ

      Delete
  2. terima kasih awak untuk info ini. saya di Puchong. tahun depan anak saya 4tahun. masih mencari-cari pre school untuk anak sulung saya :)

    salam kenalan - http://ummierna.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx sudi kunjung dan tinggal jejak. Kalau anak sekolah di GA, kita boeh share experience

      Delete
  3. Assalammualaikum, kebetulan saya tengah google pasal genius aulad. Jadi saya nak tanya, ada nak jual tak buku dan baju uniform genius aulad untuk anak perempuan umur 4 tahun. Kalau masih ada lagi, saya berminat nak beli.

    Lagi satu, saya juga berminat nak tahu pasal PB ni nak cuba pakai untuk kuruskan badan, dan selain tu juga nak cari peluang jana pendapatan. Tapi saya ni tak pandai bab2 promosi barang jualan, jadi tak pernah cuba jual apa2 seblm ni. Ada pun, berhenti separuh jalan je.

    Ni email saya, asystasia_intrusa@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx sebab sudi singgah blog saya. Next year ank2 saya msh bersekolah di GA, tak dapat lah nk let go baju. Buku2 ank saya comot sangat nak bagi anak pn guna.

      Hehehe..saya tak pkai sebarang produk perlangsingan lagi. Juga dlm usaha nk kuruskan bdn tp secara neutral. Kita boleh share tips nk kuruskn bdn lepas ni

      Delete
  4. awak,thax atas info2 ni sume..insyaAllah sesi 2016 ni anak saya dah 4thn,saya nak masukkan anak dekat genius aulad..kalau ada rezeki boleh la kita jumpa n share2 idea kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx sebab sudi kunjung blog saya. Genius Aulad branch mana puan? Kalau sama di Bandar Sri Damansara boleh kita jumpa di hari-hari event diorang

      Delete
    2. assalam sis i nk taye kalau monthly fee bayar time 1st day oreantation day boleh ke? i baru 1st time hantar ank kt GA, 19hb 12 ni baru open day n make payment

      Delete
    3. Salam. Lambatnya la saya reply. Sorry ye. Monthly fee tu boleh je bayar waktu 1st day orientation tu kalau kita tak settle kan sekali dengan annual fee.
      Saya bercakap atas pengalaman anak saya di GA BSD, mungkin GA branch lain, lain cara pengurusannya.

      Delete
    4. lambt reply xpe..Alhamdulilah reply masej saya..hehe
      ooo mcm 2..saya faham..sebab fee yg puan tunjuk di gmbr tu sama dgn fee yang saya dapat di GA Setia Alam..lagi pun di situ ada mention 'the admission fee is to be paid in full before the oreantation day' dan admission fee tidak dinyatakan sekali monthly fee..itu yang nk dapatkn kepastian dari puan yang dh berpengalaman sekolah kan anak di GA. terima kasih ya puan saya harap puan akan terus menulis entry berkenaan ank puan di GA..yang boleh dikongsi bersama..

      Delete
    5. Sama-sama. Kadang bayak benda nak share tapi nak menulis tu bertanguh-tangguh langsung tak tulis. Insyaallah. Saya kena cuba rajinkan diri lagi menulis. Terima kasih bagi sokongan utk saya

      Delete
    6. InsyaAllah..apa yg puan kongsikan dapat memberi manfaat bersama..tp kenala rajin hehe..macam saya suka google dan baca blog2 org tapi nak buat blog sendiri tak reti..hehe semoga kita dapat berborak lagi disini..insyaAllah saya akan sentiasa follow puan..

      Delete
    7. Terima kasih sebab jadikan blog saya ni tempat rujukan puan. Kalau ada sebarang soalan nak tanya, just contact saya di 0123582693. Saya ni jarang jugak nak update blog. Mana la tahu ada yang penting nk ditanyakn.

      Delete
  5. Salam...saya nak tau perkembangan dan perbezaan anak puan selama belajar di GA... sebab 2016 ni anak saya 4thn n nak hntr GA.. apa kelebihan yang kita dapat di GA utk anak kita b'banding dgn kindergarden lain ya?dn lagi satu anak saya masih blm bercakap secara clear...so saya perlu sangat tau cara pembelajaran di GA..hope

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanx sebab sudi baca entry saya ni.
      Saya tak boleh cakap GA ni sangat perfect dari kindergarten yang lain sebab ada jugak kelemahan.
      Kat sini saya cerita sikit, anak saya yang 2nd saya hantar dia umur 4 tahun (2015). Actually umur dia baru 3 tahun lebih je sebab lahir bulan 10 kan. Dia masuk ke GA tanpa kenal satu huruf dan nombor. Berbeza dgn kakak dia. Semua skill pun tak ada.
      Alhamdulillah, sthn di GA, dia sudah kenal huruf a-z, 1-20, iqra' sudah masuk level 2, starter words untuk english reading pun sudah masuk buku 2, bijak bahasa sudah boleh baca dua suku kata. Ex; ba,he,li,no,zu.

      Kekurangan, saya tengok anak saya yang first (5years)dia masih belum tahu di Malaysia ni ada pelbagai bangsa. Dia cuma tahu Islam(agama). Mungkin diorang tidak didedahkan dengan subjek pengetahuan umum.

      Mereka lebih tekankan untuk membaca,menulis,mengira. Mereka juga tak ada kaum yang berbeza, so diorang tak tahu yang Malaysia ni ada pelbagai kaum dan agama. Kalau hantar ke Kemas/Perpaduan, tahap 5 tahun sudah tahu semua tu sebab mereka di ajar. Itu untung kindy yang campur dgn Islamic kindy.

      GA ni tak exam so prestasi diorang kita refer dengan report card sahaja. Lagipun teacher diorang semua baik2, hari2 pun boleh tanya perkembangan anak2.

      Walaupun GA ni medium English, tapi anak-anak saya tak pun fasih berbahasa English. English ni kita kena train sendiri kat rumah.

      Insyaallah, nanti saya buat update tentang kelebihan dan kekurangan GA ni

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam...hi saya tengah survey kindy utk anak...baru start slow2 sebab anak thn depan da masuk 4 thn. Juz nak tanyelah kalau tgk pada jadual dlm gambar tu,utk full preschool kan sampi pukul 5. Jadinya kalau macam saya bekerja...selepas pukul 5 cikgu akan tunggu sampi parent dtg ambil anak dan dikira OT ke atau macam mana kalau puan tahulah. sebab parent yang bekerja kebanyakan memang tak sampilah pukul 5 tu mesti lewat.Atau memang kena amik jugak pukul 5 tu? huhu harap faham soalan saye.... tq in advance...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya minta maaf sebab tak pernah pun minta penjelasan dari pihak GA Bandar Sri Damansara berkenaan perkara ini.
      Lebih baik puan hubungi GA yang berdekatan dengan tempat tinggal puan berkenaan perkara ini. Mungkin setiap branch lain cara pengurusannya. Di BSD, anak2 di GA ada choice untuk terus di GA atau boleh juga ke Kinderkaizen yang terletak di sebelah GA dan rasanya dibawah pengurusan yang sama.

      Delete
  8. Bagus info ni..
    tengah cari school untuk my boy jugak.. TQ

    http://mummyumardandian.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Bagus info ni..
    tengah cari school untuk my boy jugak.. TQ

    http://mummyumardandian.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. salam puan..admission fee per year ke every six mth...sbb ada a few school kena byr stp 6 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admission fee tu memang per year setakat tiga tahun anak saya sekolah kat sana. May be ada yang setiap 6 months

      Delete
  11. Salam puan..if gen aulad is a tadika or preshool as claimed..why the operating hours are not following as per what jab pend swasta has made it compulsory for more than 7 years ago? That is Wajib 4 jam. Puan ada komen tentang ini. Pls share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan. Tq coz tinggal jejak dan bertanya. Saya tak ada jawapan la nak jawab soalan puan. Memang agak rugi tapi pada saya anak-anak masih tak perlukan masa yang terlalu lama di sekolah.Itu pendapat saya.

      Delete
  12. If satu hari anak kita rugi one hour compared to anak orang lain di tadika lain...saya rasa banyak ruginya. Setahun berapa jam tu..banyak tu puan

    ReplyDelete
  13. If satu hari anak kita rugi one hour compared to anak orang lain di tadika lain...saya rasa banyak ruginya. Setahun berapa jam tu..banyak tu puan

    ReplyDelete
  14. Thanks berkongsi info..sy pn sdg cari tadika bersesuaian utk ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn Suhaila. Terima kasih sebab blogwalking blog saya. Kalau pilih GA, nanti kita boleh kongsi cerita pembelajaran anak-anak

      Delete
  15. salam puan.. would u mind if i share my review here..
    sy hantar anak saya 3 org.. sy xde issue dgn my eldest daughter.. she completed at GA nilai.. agreed DURING THAT TIME GA nilai one of the best kindergarten.. i'm quite happy with my daughter punya progress, yes agreed the teacher will jaga during that time.. This year the principal managed to open 2-3 branches, one in Kota warisan alhamdulillah happy to hear for them.. However, we as a parents we will see the result to our kids. I would strongly suggest and highly NOT RECOMMENDED for 2-3 years old children enroll in this centre.. This year I've very BAD experience in GA Nilai.. Only less than a month they judge my 3rd daughter, moody, mood swing, cry, tantrum, and so many thing..for me the reason why we're sending our kids to the kindergarten memang matlamat utama untuk didikan kan.. what do u aspect for first time 3 yrs student just less than a month.. u cannot simply judge the kids juz less than a month.. my time just wasted.. paid full but the result totally gone.. I decided to stop all my kids frm tht centre last 2 month. and alhamdulillah i've made the right decision. I;'ve changed to a new kindi which totally opposite review and update from the teacher and principal shared and mentioned to me everytime i ask them.. cry cry cry.. i follow my instinct..

    nasihat saya to all my parent especially to all the lovely mommy.. pls follow your heart and instinct. I've collected info from my frens who also sent the kids to GA nilai centre, they agreed that GA nilai - no longer number one the best in NILAI and getting down and down especially to some of the teacher yang mmg agak kurang mesra and kurang approachable when parents send to the main entrance. our kids is growing and growing, the teacher dah ruin my daughter's emotion and she became kids yang x happy.. She totally changed when i tukar my daughter to other kindi...

    Org akan ckp maybe budak tu x sesuai atau tak serasi dengan tadika tu.. but for me if
    every day bila my husbnd hantar the teacher will letak my daughter dekat bilik belakang tutup pintu, and let my daughter cry and cry n cry.. the teacher back to her table and keep typing.. she just ignore my husbnd at the entrance door.. " No wonder she still cry wlaupun dh 3 week...is this the practice in GA?

    I've talked to the principal, she give reason they put her at the playground area or in surau which they have teacher to attend her. when i changed her school, it totally opposite even though came back with happy face.. we can see the result on her first day.. somethng is not right with GA nilai centre.

    just to share my review and from GA Nilai ex-parent. To all new mommies think twice, make a research and review before u plan to send to any kids.. Jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau..then puan hantar kind mane kepas tu

      Delete
    2. saya hantar ke brainy bunch kota warisan.. alhamdulillah.. her first day was totally not so bad.. until now.. i would say alhamdulillah coz i follow my instinct.. environment almost the same.. the aunties there sgt2 okey n friendly.. according to the teacher.. 2nd week dah no more cry.. i yang hantar pagi2 i can see the diffrnt.. balik rumah happy menyanyi2.. dah pndai baca surah walaupun pelat.. thanks to Brainy Bunch coz ur effort.. yes betul org cakap budak tu tak serasi.. tapi teacher's effort tu penting utk tackle budak.. the way principal tu answer wow so easy.. to all mommies or new mommies.. sy juz nk nasihat.. follow your instinct .. 90% instinct kita betul pasal anak2

      Delete
  16. Salam mommies... Any review on genius aulad semenyih? Planning to enroll my 4yo DD to this school. Tq

    ReplyDelete