Semalam berkesempatan berbuka puasa kat luar selain dalam rumah bila dah masuk hari ke 20 Ramadhan. Kalau bayar sendiri tak kuasa aku nak pergi tapi sebab company En. Husband yang belanja, kita pergi je la. Siap angkut adik aku lagi coz dia seorang je kan berbuka kat rumah tu.
Location restoran ni dulu kat Tasik Titiwangsa so senang nak cari. Location baru ni address dia kat Batu 8 3/4 Jalan Gombak, try google tak de tau address macam tu so husband aku cakap ni jalan lama nak ke Bentong. Kitorang pun gamble je ikut jalan lama dari gombak tu sampai Batu 8 kami slow kan sikit sampai nampak restoran tu. Betul-betul tepi jalan je, landmark lain tak de. Tapi sape2 biasa makan area jalan lama tu kan banyak kedai masakan thailand, confirm tau kot.
Sampai awal sangat, belum pukul 7.00 pm lagi. So, makanan dah ambik siap-siap la. Nama pun buffet kan, aku malas nak ambik nasi dulu so ambik desert yang tak berapa nak ada desert tu. Kat sini bole aku senaraikan menu apa je yang ada kat sana okay.
Buffet Ramadhan RM 37.00 untuk dewasa.
Air : Sirap atau air kosong je. Kalau nak yang lain sila order dan bayar ye
Buah : Buah tembikai merah & honey dew je
Kuih : Kuih Lopis, puding jagung, roti jala, lompat tikam
Nasi : Nasi Putih + nasi minyak + nasi dagang
Lauk : Kerutub ayam, pajeri nanas, daging kicap, fish fillet masak sweet sour, tauhu lembut masak sos, sayur kobis goreng, aku rasa ada lagi tapi tak menarik pun nak makan.
Untuk nasi dagang tu ada gulai telur dan gulai ayam.
Sate : ni dia hidang dah dekat pukul 8.00 kot itupun dapat lima cucuk seorang je tau.
Steambot : macam-macam ada, yang ni banyak boleh makan sampai muntah okay..
BBq Chicken : sikit je dia buat. aku tak sempat rasa pun.
Biasa aku makan buffet kalau habis diorang akan refill lagi kan terutama bab lauk-lauk untuk makan nasi. Tapi kat sini tak, bila habis-habis la..aku lak ingat nak makan nasi lepas solat, ambik kau dah takde lauk. Yang tinggal waktu tu cuma daging masak kicap, kerutub ayam, kari nanas, tauhu sos dan kobis goreng. Makan la jugak coz buka puasa tadi just makan lompat tikam je.
Yang tak best pergi sini bukan apa, meja yang kami duduk tu atas tak de kipas tau. Panas....anak-anak aku pun bila sampai makan terus, bila kita nak buka puasa, waktu tu diorang dah mengamuk nak balik. Aisy la..macam-macam perangai dia..mengantuk la..nak tidur la..Amni maintain je terlompat-lompat atas pentas kat tengah-tengah tu.
Langsung tunggu abah dia dalam kereta je. Nasib baik bawa adik, so boleh gilir-gilir jagakan budak-budak tu dalam kereta. Husband aku memang melantak steambot udang & ketam tu tak hengat. Sampai sangat-sangat kekenyangan baru nampak bayang dia keluar.
Kami balik dalam pukul 8.30 malam..orang pun dah ramai tinggalkan tempat tu masa yang sama gak. Ye la, nak makan apa lagi kan. Orang suka makan steambot boleh la lepak sampai pukul 10.30 malam kan. Balik tu husband aku singgah kat kedai runcit rupanya dia belikan aiskrim Magnum yang mavellesss tu. Dia kata tak puas hati coz tak de aiskrim. Hahaha...aku rasa tak pernah lagi jumpa buffet yang sediakan aiskrim kecuali waktu aku tinggal kat hotel Sri Lanka dulu.
No comments:
Post a Comment