Monday, January 20, 2014

Aisy & School

Dari last year dok confuse nak hantar Aisy ke sekolah mana dan akhirnya aku decide Genius Aulad setelah tidak menerima sebarang berita dan jawapan dari Brainy Bunch untuk sesi 2014 ni.

Bila dah siap bayar full payment untuk one year fee, bulan October lagi mek dah bayo..excited giler nak hantar anak kan...tiba-tiba end Nov Brainy Bunch informed dah buka branch kat Bandar Sri Damansara...kecewa...huhuhu..

Bukan apa, Genius Aulad ni cuma sekolah je, dia tak de transit sampai petang. Sape nak ambik hantar anak I kalau dia habis sekolah kan..sampai nak bayar van kau..kecik2 lagi aku dah nak redha anak naik van sekolah..tapi adik aku telah meng offer kan diri untuk ambik dan hantar Aisy ke nursery lak...alhamdulillah..

One week before sekolah start, nasib la GA ni start 2nd week sesi persekolahan so aku leh la ambik half day. Kalau tak, susah lah..budak office aku confirm lah cuti hari 1st sesi sekolah sebab nak settle anak2 diorang kan, nanti kosong lak office aku.

Panjang lak mukaddimah sebelum masuk sekolah ni kan. Ok la..terus sambung cerita 1st day sekolah Aisy di GA, Bandar Sri Damansara. 1st day Aisy sangat ok. Uniform dia aku dah siap iron sebelum tidur takut terlambat bangun la kan. Bila kejut dia mandi pun dia ok je..semangat jugak dia nak ke sekolah rupanya...

Hari 1st tak de lah pulak aku nak meninggalkan dia macam tu je sebab dah ambik cuti kan..lagipun dia dah tak nak dok nursery lak, aku terpaksa la bawa dia terus ke office memandangkan mak aku just boleh datang KL petang tu je..

Hari 1st dia tak nangis pun mula2 tu. Budak2 lain semua dah sedu sedan. Ada seorang tu langsung tinggalkan je terus tapi dia ada kakak umur 6 tahun. So menangislah budak tu sampai habis kelas. Dua minggu pertama sekolah tu minggu orientasi so balik pukul 10.00 je.

Aisy ni mula2 ok, ajak nyanyi pun ikut je. Tapi sebab dia dok sebelah teacher yang pegang budak nangis tu, lama2 dia lak yang jebik2 muka then terus nangis. Pujuk2 dia dah ok...datang plak pengetua dia terus halau mak ayah keluar then tutup pintu. Apa lagi, melalak terus Aisy kat dalam tu..kebetulan tu jugak aku turun jap sebab rasa macam tak kunci kereta je kan...naik2 je Aisy dah kat luar teacher dia bawa dia keluar sebab dia dah melalak...

Pujuk-pujuk..dah ok semula sampai la pukul 10.00 pagi boleh balik.

2nd day, kejut dia bangun, dia dah tak nak pergi sekolah. Tapi mintak abah dia yang cuti lak sebab aku dah cuti semalam. Tipu2 dia cakap nak bawa dia pergi office aku, dia pun selamba je mandi dan pakai dress, bukan lagi uniform GA. Hahaha..hantar anak ke GA, tapi anak selamba je pakai dress..

Bila sampai je simpang nak u-turn ke GA tu, dia terus meraung tak nak pergi. Abah dia terus dukung angkat dia naik atas. Aku terus tinggal diorang...dia ok je husband aku kata bila dia teman jap pastu terus tinggal dia.

3rd day lak, dia tak nak jugak pergi sekolah...menangis-nangis..aku malas pujuk dah sebab dah tak berdaya. Dengan tak mandi nye...terus hantar rumah mak. Malas dah nak pujuk dia.

Hari2 yang kemudian tu dia dah bangun sendiri tapi still nangis bila aku tinggal dia...teacher dia kata dia menangis sekejap je, pastu dia joint aktiviti macam biasa.

2nd week, dia sangat ok..bangun pagi hantar dia kecuali hari Rabu tu dia tak nak pergi..adik aku pujuk2 baru nak pergi..Khamis dah ok semula bangun pagi sendiri. Cuma aku mesti dengar dia meraung setiap kali aku tinggalkan dia.

Hari ni, hari 1st nak mula kelas lepas dah dapat timetable, dia buat perangai tak nak ke sekolah. Malas dah aku nak memujuk dia nanti aku yang lambat pergi kerja. Budak2 ni kalau paksa2 sangat pun tak boleh. Nanti dia langsung tak nak pergi kan...lagipun dia baru 4 tahun...tak rugi apa2 pun kalau dia tak pergi...

Tapi aku rasa aku takkan dapat dah nak tengok dia pakai uniform GA tu lagi. Rugi 1st day tak ambik gambar dia pakai uniform tu.sekarang ni selamba dia je pakai jeans dan t-shirt je ke sekolah...tak kisah lah kau nak, janji kau nak ke sekolah...