Friday, August 21, 2015

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS)

Last weekend kami tak balik kampung, so kena la cari tempat nak bawa anak-anak pergi membuang masa di hujung minggu.

Ahad tu aku ajak Rizal ke KLOBS 2015 yang di adakan di Taman Tasik Perdana. KLOBS ni start 07 August lagi sebenarnya dan hari ahad yang aku pergi tu (16/08/2015) merupakan hari terakhir.



Apa yang ada di KLOBS ni? Tentulah ada orkid dan bonsai dan aku bukanlah peminat tegar mahupun peminat orkid dan bonsai. Sikit pun tak minat. Cuma kot-kot la ada benda lain yang best kita boleh beli kan..

Lagi pun aku tak pernah bawa anak-anak aku ke Taman Tasik Perdana ni. Balik-balik ke Tasik Permaisuri je, so kita tukar sikit environment tu. Kat sini of course la banyak pokok bunga tak macam kat Permaisuri. Nama pu  Botanical Garden kan..

KLOBS ni masuk percuma je..kami sampai di sana around 12.00 pm, dua kali pusing gak la dalam tempat park tu nak cari parking. Park kat tempat yang tak ada petak pun janji tak block kereta lain kira ok la...

Orang yang datang aku rasa tak la ramai sangat kot...tapi ye la...tempat ni kan luas..manakan nak senggol-senggol bahu kalau berjalan walaupun ramai orang.

Pintu masuk KLOBS tu di susun dengan pelbagai jenis bonsai. Jenis-jenis bonsai satu pun aku tak tahu. Yang ramai teruja kat pokok bonsai ni tentulah chinese. Mungkin diorang percayakan feng shui, tapi kalau kat tempat orkid memang ramai orang Melayu.



Kalau makcik-makcik kat kampung aku datang ni, confirm la diorang dah memborong sakan tapi bukanlah mak aku. Mak aku pun bukan peminat orkid.



Kat dalam pameran of course ada gerai menjual kan. Banyak la orang menjual pelbagai pokok orkid dan bonsai, material-material untuk tanam orkid dan bonsai dan paling tak boleh tahan ada satu gerai jual makanan. Of course gerai tu yang jadi tumpuan. Hehehe...

Aku lak tersangkut kat satu gerai yang jual ubat untuk galakkan pokok berbuah / berbunga cantik. Tak silap aku serum kot...ubat ni aku beli dengan harga RM 10.00 dan kena bancuh dengan air 3 liter. Pastu dah boleh sembur-sembur kat pokok. Aku nak try kat pokok cili supaya cili aku pun berbuah macam pokok dia. Hahaha..

Gerai last sekali pulak jual anak pokok buah-buahan...aku kalau nak balik kampung esok aku dah beli dah anak mangga mas hitam tu tapi hari ni baru nak balik, mau layu pokok tu aku letak kat rumah aku

Macam-macam pokok buah-buahan yang ada kat situ. Kalau duduk rumah teres, dah lama aku beli tanam kat rumah sendiri. Ni rumah tak ada tanah..nak tanam kat rumah mak, semua pokok dah ada walaupun jenis lain-lain. 

Lagipun yang pandai tanam pokok buah-buahn ni arwah abah je. Sejak abah tak ada, buah pun tak nak keluar. Kalau keluar pun tak secantik waktu abah ada. Kalau durian tu dah banyak mati bersama tuannya...huhuhu... 



Anak-anak aku excited nya kat pet farms tu je. Ada la anak kancil dan kijang kot. Amsyar paling suka dapat tengok ayam, tak dapat tengok kat rumah tokma, dapat tengok ayam yang dalam kaca pun boleh la dik ye.



Sebelah pet farms tu ada kuda-kuda yang ditambat kat pokok oleh pekerja DBKL. Aku tak pasti kuda ni memang ada kat sini ke atau sempena KLOBS ni je sebab aku pun tak pernah ke sana kan. So aku tak tahu jawapannya...



Lepas je tengok kuda, anak-anak aku ni dah tak larat nak berjalan. Kaki Amni lak melecet..terpaksa la aku dukung dia. Itu pun sekejap je..tak larat wooo...sudahnya dia jalan kaki ayam je sebab selipar yang dia pakai tu makan kaki dia.



Satu lagi yang buat anak aku seronok kat Tasik Perdana ni, laluan yang kena cross sungai tiruan tu. Diorang lompat dari satu batu ke satu batu. Dua tiga kali gak ulang kat situ walaupun sebenarnya sebelum tu mengadu penat nak jalan dah..


Ok..ni je cerita aku hari ni..banyak cerita nak cerita tapi nanti lah... last sekali aku belanja gambar budak kaki melecet di belakang tugu negara.

No comments:

Post a Comment