Monday, September 14, 2015

Cameron Highland : Parkland Express

Knock. knock..knock...
Ada orang tak?

Salam uolls...
Lama aku tak update blog...tapi sebab ada masa sikit..kita update laju-laju..banyak cerita tapi kita cerita yang latest dulu.

Last Friday lepas cucuk Amsyar untuk 1 tahun 6 bulan, terus kami satu family ikut adik aku yang kena bertugas di Cameron Highland. Orang kerja gomen ni kena berkhidmat untuk negara tapi kami ni penyokong di belakang yang tumpang jalan-jalan. Bukan takat aku je yang cuti dengan anak-anak pun ponteng sekolah. Hehehe...

Sebab dah banyak kali pergi Cameron Highland, kami pun tak de la nak berjalan ke mana sangat selain menikmati makan aiskrim strawberry dan makan goreng pisang panas.

Kali ni kami stay kat hotel Parkland Express yang betul-betul berada di tengah-tengah bandar Brincang. Sangat strategik sebab hanya berdepan dengan KFC dan stesen minyak Shell. 

Di hadapan hotel juga ada food court so boleh cari makan dengan senang. Kat sebelah pintu hotel pun ada dobi layan diri. Kalau nak stay lama memang syok duduk sini. 

Boleh layan pasar malam bila hari Jumaat dan Sabtu dengan berjalan kaki sejauh 100 atau 150 meter sahaja. Pilihan makanan pun banyak sebab banyak kedai dan juga stall. Ada kedai cenderahati jugak so anak-anak asyik la nak beli tu..nak beli ni. (anak aku la tu..dua hari duduk sana sampai lima biji belon strawberry yang pelbagai color dan saiz diorang beli)

Jom kita review hotel ni untuk reference korang.










Bilik yang kami stay bilik yang ada attach room. Bilik yang attach room tu ada dua katil double so aku dengan anak-anak dan mak tidur dalam bilik tu. Sangat luas untuk bergolek-golek bila katil dirapatkan. 

Dalam bilik attach room tu tak ada la bilik air atau dressing table. Yang ada just tv lcd 32 inch dan kipas dinding je. So nak guna semua tu kena pergi bilik sebelah.

Dalam setiap bilik pulak diorang tak provide heater tapi boleh ke tingkat 2. Ada dua Coway water filter kat sana. So dalam hotel tak ada la jugak provide sebarang minuman cuma ada gelas je. Nak minum yang segera-segera sila bawa sendiri ok.

Untuk iron baju jugak diorang dah provide satu bilik iron kat tingkat 2 jugak. Macam susah jugak la kalau tak bawa iron sendiri sebab kalau ramai kena beratur. Macam situasi aku pagi tu, tengah aku iron, datang one lady nak iron juga. Kesian lak aku tengok dia nak tunggu aku iron baju dan tudung sedangkan dia just nak iron tudung je dan suami dia pun tengah tunggu dia. Mungkin nak breakfast atau mungkin diorang ada program ke kan...so aku bagi dia dulu..

Kepada yang ada masalah nak naik tangga, jangan bimbang...hotel ni ada menyediakan lif untuk kegunaan pengunjung. Lif persendirian yang di pasang dalam unit hotel diorang sahaja. Mula-mula naik rasa seram gak, tapi bila dah banyak kali naik tak la seram sangat. Macam naik lif kat construction site je rasanya bila first time naik..

Hotel ni lantai dia tak berpermaidani, so tak de la bau yang menusuk kalbu dan bersih jugak. Walaupun sejuk, tapi lantai jubin dia tak la sejuk sangat untuk dipijak.

So far, hotel ni sangat ok dan selesa. Tempat sangat strategik tapi biasa la..kalau stay kat pekan Brincang ni, tambah pulak dekat dengan pasar malam dan kedai, masalah parking la yang jadi masalah paling besar. Kena pusing dua tiga kali baru dapat parking.

Kami ke Cameron Highland kali ni memang tak berjalan ke mana-mana pun sebab dah terlalu kerap ke sana sampai tak tahu nak pergi mana. Lagi pun jalan sangat jam walaupun bukan lah cuti sekolah.

Last sebelum balik, awal pagi selepas breakfast kami ke Taman Sedia untuk borong aiskrim. Kat sini je tempat Melayu dan terasa halal nak makan aiskrim.

Kat sini pun terlalu banyak kedai yang jual aiskrim so kalau nak dapatkan harga aiskrim batang tu dengan harga RM1.00 dan aiskrim mangkuk tu RM 2.00, korang boleh pergi kedai makcik yang menuju jalan mati di sebelah kiri, rumah/homestay/kedai no.2. Kedai lain dulu aku pergi bagi jugak RM1.00 kalau beli banyak, tapi pergi kali ni diorang tak bagi. So aku promote kedai makcik ni untuk korang beli aiskrim sebab dia masih jual dengan harga murah.

Kat sini jugak aku terjumpa kawan sama belajar kat UTM dulu. Dalam ramai-ramai orang kat sana, boleh terjumpa pulak dengan kawan yang lama sangat tak jumpa. 

Hehehe..aku ada masalah ingatan sikit nak ingat nama penuh orang tambah lak kalau yang bukanlah rapat dengan aku..aku tau nama dia Ana, tapi nama dia Zanariah/Zahanariah..aku pun tak ingat..Kepada kawan-kawan yang pernah bersekolah, student UTM dan rakan praktikal, saya mintak maaf sangat sebab masalah ingatan ni ye....mohon jangan terasa...

1 comment: