Lama betul tak naik ke Genting Highland ni. Last sekali tahun 2008 kitaorang pergi 4 orang. Tak de anak lagi waktu tu, adik lak dapat tiket free untuk outdoor theme park.
Disebabkan ada gelombang baju merah pada 16 September tu di bandaraya, kami tak de hala tuju dan secara tak sengaja jugak kereta menuju ke puncak Genting.
Aku lak just sarung jeans and tshirt lengan pendek yang biasa jalan ke taman-taman permainan je. Bukan aku je, Rizal pun sama..pakai sempoi giler je..budak kecik Amsyar pun aku pakaikan dia seluar pendek sahaja.
Langsung la lengan masing-masih diratah cuaca sejuk Genting. Cuaca sangat ok hari tu..jerebu kurang tapi kabus sangat tebal. Memang sejuk tapi kami ni kulit biawak yang tahan cuaca sejuk kot. Hehehe
Genting sekarang dalam
construction. So, memang banyak sangat foreign workers yang bertaburan
kat sana. Bukan kat KLCC je, Genting pun ramai..hehehe...
First
time naik kereta ke puncak, empat kali pusing tak tahu nak masuk park
kereta kat mana. Untuk info orang yang pertama kali pergi dan bukan nak
stay kat sana..boleh ikut signboard 'taman tema luar, nampak hotel
resort world belah kanan, kanan ada kawasan lapang parking kereta tapi
tulis jockey..jalan depan sikit ada satu lorong masuk ke kanan sebelum
turun bukit tu. Masuk situ then boleh cari parking kat luar sahaja atau
masuk dalam bangunan bertingkat untuk parking sahaja. Parking sini free
sahaja..
Outdoor theme park tutup atau aku yang tak jumpa cari jalan..aku pun tak sempat nak cari info..bertanya pun malas..so kami jalan-jalan dalam indoor theme park je.
Aku ajak Rizal masuk Snowworld tapi dia tak nak sebab dia kata perut dia lapar. Nanti masuk lagi sejuk lagi lapar. Alasan betul! Nampak gayanya terpaksa la aku datang lagi ke sini sebab dah janji dengan Aisy nak bawa dia main salji kat sana.
Satu jam sahaja kami di puncak dengan kos belanja RM 0.00 sebab tak buat apa-apa pun. Kami cuma tanggung kos petrol pergi balik dan tol pergi balik RM 10.00. Sungguh hebat aku rasa perjalanan kali ni...
Syabas untuk anak-anak yang tak teruja dengan indoor game tu. Hehehe...Mak kau je yang nak masuk Snow world tak kesampaian.
Sekarang kalau ke Genting Highland, perjalanan balik juga ada kebun strawberry tapi Rizal tak nak singgah. Dia kata strawberry Cameron minngu lepas masih ada dalam peti ais. Kalau habis, kita baru datang sini..Ellehh..ayat berlagak betul...
Kepada yang nak cuba cari angin baru untuk anak-anak, boleh la datang ke sini ye seperti mana kos yang kami tanggung. Selamat mencuba...
wahh, dh lama x terjah bawak anak2 kat snow world nih., ;p
ReplyDelete